Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Jusco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jusco. Papar semua catatan

Khamis, 20 Disember 2012

Berjimba (tak sedar diri)


Kita masih tak habis lagi nak citer kat korang pasal aktiviti semasa musim cuti sekolah kali ni. Mesti korang kata kita ni tak sedar dirikan? Dah sarat-sarat pun masih nak berjimba-jimba lagi.....

Bukan apa, kita tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kesian kat anak-anak kalau tak kemana-mana masa cuti sekolah yang panjang ni (ayat baik punya kan.....?) Lagipun kita tak lama lagi kene perintah berkurung, mesti bosan sebab tak dapat pergi mana-mana. Apa la salahnya gagahkan diri untuk berjimba ni....huhuhu...

Kalau ikut plan masa ni, main bowling memang tak ada dalam senarai. Sepatutnya kami tengah bermandi-manda di Wet World, Pedas. Tapi disebabkan bila kami sampai disana tu masih ada lagi adik-beradik yang tak sampai dan lepas tu pulak hujan turun dengan lebat, maka plan telah berubah. 

Makanya, banyak permintaan untuk main bowling. So, jom kita ke Jusco....

Adik beradik kita (abang jer yang takde dalam gambar, merayap kat mana ntah mamat tu)



Untuk pengetahuan korang kita tak la buat kerja gila main bowling tu. Kita cuma jadi pemerhati dan tukang makan jer. Takut terberanak pulak kalau kita pun turut main. 

Aktiviti lain di musim cuti sekolah ni jugak, kita ke Seri Bulan, Port Dickson. Kali ni dengan family Sayang pulak. Main bowling tu bersama family kita.

Kami stay kat sana selama 3 hari 2 malam. Kat sini pun kita tak buat apa-apa. Tak larat koooo.....Bila dia orang buat sukaneka, kita hanya jadi penjaga garisan jer, tak boleh nak join sukaneka tersebut...huhuhu....sedih.....

Kalau kita masuk sudah pasti kita akan jadi juara...hahaha....ayat over dari orang yang tak boleh nak bersukaneka.

Mandi-manda pun kita tak join sebab takut air kat swimming pool tu melimpah.....hahaha.......





Ada lagi ke aktiviti kita di musim cuti sekolah kali ni? K\Sama-sama kita nantikannya......

Ahad, 10 Julai 2011

Tak dapat apa dihajati

Korang ingat tak minggu lepas mengenai keterujaan kita untuk shopping sakan sempena J Card Members' Day (hanya untuk pemegang kad Jusco sahaja).

J Card Members' Day adalah pada 8.7.2011 (Jumaat) dari pukul 8am hingga 11pm. Korang kalau nak tahu, kita siap ambil cuti untuk pergi J Card Members' Day ni tau. Dah la hari Selasa hingga Khamis pergi kursus, hari Jumaat pulak cuti, mau sakit jer hati bila orang tengok kita seminggu tak pergi opis.

Punyalah gigih, pagi-pagi lagi kita dah keluar rumah untuk shopping sakan. Ingatkan tak la ramai orang lagi, rupa-rupanya dah ada orang yang dah nak balik bila kita sampai Jusco tu dalam pukul 8.30am. Kata mula buka pukul 8am, camana dia orang boleh siap shopping awal?

Kita shopping sampai pukul 1 lebih macam tu. Pada kita, harga barang-barang dia biasa jer, tak la murah mana pun tapi kelebihan hari ni ialah dengan setiap pembelian RM100 akan dapat voucher sebanyak RM10. Jadinya kalau korang shopping hingga RM1000, korang akan dapat voucher RM100.

Selain dapat voucher korang juga dapat kumpul point.

Tujuan asal kita adalah nak cari kasut. Memang dah jumpa kasut yang berkenan di hati dan diskaun 30% tapi kasut tu adalah last pair. Sedih giler......Cari-cari lagi, memang tak jumpa yang berkenan, lagipun Jusco Seremban 2 ni tak banyak sangat pilihan kasut. Nampaknya kena pergi shopping tempat lain pulak ni (boleh terima tak alasan kita ni?)

Dekat outlet luar Jusco pun kita cari jugak, tapi takde yang berkenan. Tu tengah memilih kasut la tu.

Hasil shopping'an pada hari tersebut.
Dah 5 jam ber'shopping' pun masih tak dapat apa yang dihajati. Benda lain pulak yang dibeli.

Jumaat, 1 Julai 2011

Keluar jugak....

Akhirnya.....setelah beberapa bulan, kita keluar jugak (keluar dari kawasan opis) waktu lunch hour.

Mulanya tak nak keluar, tapi bila memikirkan kad Jusco (member's card) dah expired, kena jugak keluar sebab Jumaat depan nak shopping sakan (kalau jadi la).

Ke Jusco semata-mata nak renew kad. Mood untuk bershopping hari ini terpaksa pendamkan dulu takut terover budget.

Ok, tu jer.....tata....