Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Sharing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharing. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mei 2012

Peminat

Kita adalah peminat hasil karya Siti Rosmizah. Untuk pengetahuan korang, Siti Rosmizah adalah seorang lawyer yang menjadi penulis novel.

Macam pelik jer kan, lawyer jadi penulis novel. Macam tak masuk akal jer bagi 2 bidang yang bagi kita sangat berbeza. Tapi itulah kenyataannya dan Siti Rosmizah telah berjaya menarik minat kita membaca tulisannya.

Buku pertama tulisan Siti Rosmizah yang kita baca adalah ANDAI ITU TAKDIRNYA. Kalau tak silap kita beli novel tu pada tahun 2009. Novel tu betul-betul boleh membuatkan kita menangis kerana cara dia mengolah jalan cerita begitu menyentuh hati. Kita berasa seperti kita yang berada dalam novel tulisannya itu. 

Selepas tu kita terus mencari novel yang ditulisnya. Kita pasti yang kita tak akan rugi membeli novel tulisannya.

Koleksi novel tulisan Siti Rosmizah
Sayang pun tahu kita peminat tulisan Siti Rosmizah. Masa di pesta buku baru-baru ni Sayang terus panggil kita bila dia nampak novel Siti Rosmizah yang terbaru.  

TAKDIR ITU MILIK KITA adalah novel terbaru tulisan Siti Rosmizah yang baru kita beli. Masih dalam proses membaca lagi......

Antara koleksi novel yang kita ada

Isnin, 30 April 2012

Pasal makan lagi

Tetiba pulak teringat pasal makan. Ehhh....ye ke tetiba????? Bukan ke ko ni Hilda sentiasa ingat makan ????

Ye la....ye la.....kita kan ratu makan.......haruslah sentiasa ingat kepada makanan muaahahahaha....(gelak jahat). Sebenarnya kita nak tunjuk kat kawan-kawan opis ni pasal satay tulang.

Dia orang kat opis ni bila kita citer pasal satay tulang ni semuanya buat muka terkejut macam la kita ni buat citer bohong (kes tak percaya la tu.......) huhuhu.....


Untuk pengetahuan kawan-kawan yang kat opis ni, kita nak tunaikan janji kita untuk tunjukkan rupa satay tulang tu. Gambar ni dah lama ada kat simpanan kita cuma akak ko ni malas jer nak menulis pasal makanan sebab nanti korang cakap pulak yang blog akak ko ni asyik citer pasal makan jer.....asal bukak blog kita jer citer pasal makan. Macam kita dan makanan tak boleh dipisahkan....ai sentap uols..... huhuhu....


Ni la rupanya satay tulang tu....


Garai Satay Tulang Jelebu ni korang boleh jumpa di Taipan Senawang. Betul-betul berhadapan dengan ice room. Selain satay tulang, satay-satay yang biasa kita makan tu pun ada kat sana cuma keistimewaannya kat sana adalah satay tulang. Secucuk satay tulang berharga RM1.00.

Satay tulang ni memang terbaik la bagi kita. Bila makan tu tak la jemu. Kiranya ada cabaran la jugak bila makan satay ni sebab ada tulang. Maka tak la ko makan tu gelojoh sangat macam makan satay biasa tu. Kiranya ambil masa jugak la nak habiskan secucuk satay tu.

Sesiapa yang berminat boleh la dapatkannya di Senawang. Kat tempat lain kita tak tahu pulak ada atau tak.

Rabu, 18 April 2012

Nak kongsi....

Hari Selasa minggu lepas adalah hari appointment Harith kat Klinik Pakar Kanak-Kanak di Hospital Tuanku Ja'afar. Harith masih follow up untuk kes asthma dia kat sana. Tapi sekarang ni dah jarak sikit tempoh appointmentnya iaitu 4 bulan sekali.

Asthma Harith dah makin berkurang, alhamdulillah.....tak perlu lagi nebulizer. Harap-harap dia semakin sembuh, tapi masih gunakan inhaler untuk kawalan setiap hari. Kami kat klinik tu lama jugak sebab selain dari jumpa doktor pasal asthma, Harith juga kena ambil sampel darah sebab nak tengok dia ada talasemia atau tak. Ntah berapa kali ambik darah pun kita tak tahu la sebab dah banyak kali jugak la Harith kena ambil darah untuk check talasemia tu.

Ini semua kerana Harith kelihatan pucat seperti orang kurang darah. Semasa appointment Harith hujung tahun lepas doktor dah mula suruh Harith makan folic acid. Jika dah makan folic acid bacaan hemoglobin (hb) tak ok maka ada langkah lain pula yang akan diambil.

Kita pun pelik, setahu kita Sayang dan kita tak ada pulak sejarah talasemia ni. Apa-apa pun kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Jadi ikut jer la nasihat doktor tu.

Ok, kita kongsikan serba sedikit pasal talasemia ni kat korang. Harap-harap ia dapat menambahkan pengetahuan korang semua. Kalau doktor tak cakap pasal talasemia ni, kita pun tak rajin nak ambil tahu tentang penyakit ni.

Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.

Sebut betul-betul.....Hoghok Pikok

Sambungan entry kita Hiruk Pikok. Sebenarnya kalau betul-betul anak jati Negeri Sembilan sebutannya ialah hoghok pikok. Baru pure orghang nogoghi.

Entah minggu bila (lupa pulak tarikh) kita ada la pergi satu event ni 'Pesta Hiruk Pikok'. Kita sebenarnya tak tahu pun pasal benda ni, tapi mak yang duduk kat Pilah pulak yang lebih tahu dari kita yang duduk kat Senawang ni. Event ni di adakan kat tapak kem askar Paroi.

Hiruk Pikok ni adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Radio Negeri Sembilan (Negeri FM). Sabtu malam Ahad tu ada artis rock yang datang. Saje la nak menyesakkan keadaan, kita pun pergi jugak padahal badan dah penat. Ohh....lupa pulak nak bagitahu yang tengahari Sabtu tu mak,abah, abang dan adik kita makan di rumah kita. Tu yang penat sikit tu sebab akak ko ni masak untuk mereka uolssss......

Akak ko ni kalau ada orang datang rumah memang beriya sikit bab-bab makan ni. Kalau tak masak pun kalau boleh apa yang ada kat dapur tu semuanya nak dihidangkan kat tetamu. Puas la memikir apa benda lagi yang nak dikeluarkan bagi tetamu makan.

Sebenarnya seronok tengok tetamu datang rumah, tu pasal la kalau boleh semua nak dikeluarkan. Oooppppsss terlari topik pulak sekejap.......

Kita tak lama pun kat sana sebab badan dah penat. Anak-anak pun dah penat jugak. Harith bila tahu Awie ada malam tu, maka gigih la jugak tunggu sehingga persembahan Awie. Nak tengok muka Awie dari dekat katanya.

Sebelum persembahan Awie, Kumpulan Khalifah buat persembahan. Kita bukannya kenal pun kumpulan ni, lagu apa yang dia orang nyanyi pun kita tak tahu. Tapi bila kumpulan ni nyanyi beberapa lagu ramai la orang kat sana nyanyi sama. Glamer ke kumpulan ni? Kalau tak silap, lagu terakhir kumpulan ni nyanyikan adalah Cikgu Ayu.

Yang kelakarnya Adriana minat kat penyanyi kumpulan ni, padahal baru pertama kali tengok. Katanya penyanyi Kumpulan Khalifah ni hensem......Oh no.....takmo takmo takmo.....minat macam tu......

Sorry, mutu gambar adalah kurang memuaskan. Kumpulan Khalifah tengah buat persembahan

Awie ni suka sangat buat lawak.

Jumaat, 23 Mac 2012

Nak jadi apa?

Tetiba hari ni teringatkan zaman kanak-kanak dulu. Sekarang pun masih kanak-kanak jugak......aaawww....Seronoknya bila teringatkan zaman kanak-kanak (sambil senyum-senyum teringatkan zaman persekolahan dulu), tak perlu nak fikir banyak benda. Sekarang pun seronok jugak....cuma.......kena banyak benda nak fikir je la.

Masa sekolah dulu mesti cikgu selalu tanya bila dah besar nanti nak jadi apa? Maksudnya kalau korang dah besar nanti korang nak kerja apa? Masa sekolah dulu bila cikgu tanya soalan macam tu korang cakap nak jadi apa?

Kita masa sekolah rendah dulu nak jadi polis trafik. Tak tahu la macam mana boleh terbekenan nak jadi polis pulak. Kalau tak silap masa tu kita nampak polis tengah menjaga trafik. Kebetulan polis perempuan yang jaga trafik tu cantik pulak (bajet kita pun cantik macam polis tu jugak la.......hahahaha).

Terus kita terbekenan dengan pekerjaan tu. Tambahan pulak kita suka sangat dengan baju uniform polis trafik tu. Rasa segak sangat la bila pakai baju uniform tu ditambah pulak dengan orang yang memakainya pun cantik (macam kita........huahuahua).

Kita rasa kita memang tak sesuai jadi polis kot sebab kita ni bila orang garang-garang dengan kita, kita mudah sangat la nak menangis. Macam mana la nak ikut latihan kepolisan tu kalau hati ni tak kental. Akak ko ni sebenarnya berjiwa sentimental walaupun muka sangat la brutal.

Tapi bila dah sekolah menengah kita dah tukar cita-cita kita nak jadi lecturer. Itu semua sebab sorang makcik kita jadi lecturer. Rasa macam best jer pekerjaan dia tu. Walaupun tak jadi lecturer tapi kita pernah jugak jadi cikgu sementara di sebuah sekolah menengah. Merasa la nak jadi pendidik.

Waktu dulu (sekolah rendah) tak terdedah sangat dengan banyak jenis pekerjaan. Biasanya bila cikgu tanya nak jadi apa mesti jawapan kebiasaannya adalah cikgu, polis, jururawat, askar, doktor, peguam dan ahli bomba.

Sekarang ni kalau tanya anak-anak nak jadi apa, macam-macam jawapan yang kita dengar seperti pakar forensik, saintis, jurutera aeroangkasa, ahli kimia dan macam-macam lagi la.

Apa-apa pun pekerjaan kita sekarang tak satu pun sama macam cita-cita kita waktu sekolah dulu.

Selasa, 3 Januari 2012

Mari mari mari......

Kepada sesiapa yang tinggal di Seremban dan yang berhampiran dengannya serta menggemari Tutti Frutti sekarang ni anda boleh dapatkannya dengan mudah. Tutti Frutti kini boleh ditemui di Taipan Senawang (selang sebuah kedai dengan Secret Recipe) dan di Uptown Avenue, Seremban 2.

Wahhhhh......promote habis nampak gayanya, macam ada share pulak dengan company ni.......Bukan apa, kita cuma nak berkongsi apa yang kita tahu jer......takde niat pun nak claim apa-apa dari company ni. Tapi kalau dia orang nak bagi kita makan free untuk setahun pun ok jugak.......hua hua hua.......

Tutti Frutti di Uptown Avenue Seremban 2.
Sebenarnya kita tak pernah cuba lagi pun Tutti Frutti ni......Tak tahu macam mana rasa dia. Kalau yogurt ni, kita takut tak tertelan jer.......Setakat ni tekak kita ni hanya boleh makan yogurt mangga jer.....

Khamis, 24 November 2011

Kreatif

Hari ni Sayang hantar kita pergi kerja. Maka boleh la kita tidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Syoknyaaaaaa.......bila sekali sekala ada driver hantar kita pergi kerja ni.....huhuhu.....

Sampai jer kat tol Kajang kita dengar sayang gelak sesorang (tak ada la gelak kuat-kuat) tapi kita boleh dengar la......Jadi kita tanya la kenapa dia gelak sesorang. Rupa-rupanya kereta yang depan kami tu gunakan kayu pemukul lalat tu untuk touch n go.

Ohhhhhh....kita memang dah pernah tengok situasi tu. Jadi kita takde la heran sangat. Tapi mula-mula tengok dulu kita memang gelak la......Kita rasa orang tu kerja kat area Putrajaya sebab selalu perasan kereta dia.  

Kreatif betul orang tu. Dia lekatkan kad touch n go kat kayu pemukul lalat tu untuk memudahkan dia. Takdelah nanti nak kena bukak pintu kereta kalau berhenti terjauh sikit dari kotak touch n go tu.

Selasa, 18 Oktober 2011

Budaya membaca

Sapa kat sini yang suka membaca? Kita memang suka membaca terutama novel, buku-buku berkaitan keibubapaan, keluarga, soal jawab agama dan motivasi. Hobi kita adalah membaca. Seronok bila dapat banyak maklumat dari pembacaan kita.

Korang rasa budaya membaca ni adakah budaya rakyat Malaysia sekarang? Bagi kita budaya membaca ni masih belum jadi budaya untuk rakyat Malaysia.

Walauapapun kita dah mula terapkan budaya membaca untuk anak-anak. Banyak jugak la buku-buku cerita yang kita belikan untuk mereka. Kadang-kadang suruh mereka pilih sendiri buku yang mereka suka supaya keinginan untuk membaca itu lagi menebal.

Sebenarnya entry kali ni kita nak promote satu buku ni. Ada student master kat lab kita ni jual. Maka sesape yang berminat nak beli buku ni boleh la contact Firdaus di alamat e-mail firdaus_bio@hotmail.com .




Buku ni berkaitan soal jawab tentang permasalahan semasa secara mudah dan ringkas. Harga buku ni tak mahal, cuma RM15.00 jer.

Jadi, tunggu apa lagi, sama-sama la kita amalkan budaya membaca dan belilah buku ini. Semoga kita bersama-sama dapat manfaat dari apa yang kita baca.

Selasa, 13 September 2011

Perlu ada

Sepatutnya setiap rumah yang ada anak kecil mesti ada benda ni. Benda apa? Ni la nak kasi tau.... Dulu kita ada benda ni, tapi sebab benda tu nipis jadinya mudah hilang.

Thermometer. Dulu kita beli thermometer yang tampal kat dahi tu. Jadinya beberapa tahun kebelakangan ni benda tu dah hilang. Tak pulak berganti. Bila dah jadi kejadian Harith demam melampau ni harus la di beli termometer tu.

Pikir punya pikir dan bincang punya bincang kami laki bini sepakat nak beli thermometer yang masuk dalam telinga tu. Rege dia mahal la dari yang tampal kat dahi dan yang letak bawah lidah atau celah ketiaksss tu. Tapi kita tak la beli yang branded sangat. Beli yang biasa-biasa jer asalkan boleh baca suhu badan dengan mudah.



Hajat di hati nak jugak beli brand yang bagus-bagus, tapi bila difikir, fungsinya sama jer. Mula-mula tengok kat kedai, thermometer yang branded tu RM195, terkejut kita di situ. Cari punya cari, akhirnya jumpa la thermometer yang kat dalam gambar kat atas ni dengan harga RM90. Ok la dari takde. Senang nak pantau suhu badan anak-anak.

Selasa, 16 Ogos 2011

Migrain

Saje nak share dengan korang. Kita adalah pengidap migrain. 2 hari kita tak kerja ni adalah disebabkan migrain. Dari sekolah dulu kita selalu sakit kepala. Tapi tak pernah pun check secara detail. Masa dah keje ni la baru pergi check secara detail. Itu pun sebab dah tak tahan menanggung sakit kepala. Kalau tak silap kita pergi check tahun 2009.

Baik la pergi check awal, manalah tahu ada penyakit lain pulak.

Kita check kat KPJ Seremban dengan Dr. Marina (pakar neurology). Buat CT scan (Computer Tomography) dan EEG (Electroencephalography). Alhamdulillah takde la penyakit yang teruk cuma migrain jer (jer???).

Ok, kita share dengan korang pasal info migrain ni.

Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah. Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain
1. Migrain tanpa aura
2. Migrain dengan tanda aura
3. Opthalmoplegic migrain
4. Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko
1. Genetik
2. Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
3. Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
4. Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
5. Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
6. Tekanan perasaan atau ’stress’
7. Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
8. Cahaya yang sangat terang
9. Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
10. Letih yang keterlaluan
11. Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
12. Pengambilan pil ‘ contraceptive’
13. Haid
14. Pengambilan pemanis tiruan
15. Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
16. makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’

Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

Isnin, 15 Ogos 2011

Pilih sendiri

Hari Jumaat lepas adalah hari terakhir Nurul di MPOB. Kami (Group Genomic) telah buat collection untuk beli hadiah Nurul.

Maka waktu rehat hari Jumaat tu kita bawa Nurul untuk pilih hadiah. Kenapa kita yang kena bawak Nurul pergi beli hadiah? Sebabnya yang lain ada hal. 

Bestkan kalau dapat pilih sendiri hadiah yang kita nak. 

Jam tangan Elle



Hahaha...kelakar la pulak bila tengok gambar ni. Kekonon simbolik la, kita bagi pihak Genomic's Group memakaikan jam yang kami hadiahkan kepada Nurul.....Lawak la.....

Ketika di kedai jam.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kenapa menangis

Korang bila dah besar-besar ni biasa nangis tak? Waktu kecik dulu, mesti la selalu menangis ye tak? Ye la, perut lapar nangis, ngantuk pun nangis, berebut mainan nangis, boleh di katakan bila tak dapat sesuatu tu kena nangis dulu la untuk tarik perhatian. 

Bila dah dewasa ni bila korang nangis? Apa? Bila bergaduh dengan pakwe? Boleh la...... Sebenarnya banyak sebab jugak yang boleh membuatkan kita menangis.

Tapi ada jugak orang yang sedih macam mana pun dia susah nak nangis. Betul tak? Korang termasuk dalam kategori mana?

Banyak betul tanda soal dalam entry kali ni.....hehehehe :)

Kita bukan apa saje nak share dengan korang bahawa kita adalah orang yang sangat sensitif dan mudah nak mengalirkan air mata. Tengok drama sedih pun boleh nangis, padahal dah tahu itu cuma lakonan jer. Baca buku cerita pun kita boleh nangis sorang-sorang kalau citer tu sedih. Baca citer pasal orang buang bayi, kesah anak yatim yang melarat dan macam-macam lagi lah......

Sebelum kawin dulu abah cukup risau dengan kita sebab mudah sangat nak menangis. Abah boleh cakap "macam mana la kalau ko dah kawin nanti, cepat sangat nak nangis". Abah kita cakap kasar sikit pun kita boleh nangis tau. Nak kata anak manja, tak la jugak.

Mudah betul kita nak mengalirkan air mata ni. Kadang-kadang anak-anak terlampau nakal pun kita boleh nangis.......tak kuat betul kan kita ni?

Ok la, sebenarnya kita nak citer pasal kisah satu pasangan ni. Kesah dia orang ni memang sedih. Kita baca dari blog kakak ipar lelaki ni (Kesah Norma Dan Talib)......Sebelum tu kita nak bagitahu awal-awal ye, ini bukan kisah Sayang kita tau sebab Sayang kita pun orang panggil Talib (Abdul Mutalib).

Semalam, kawan kita ada la citer pasal blog ni, kita pun bila free jer terus baca blog tu. Sedih sangat pasal pasangan ni. Isteri dia sakit (barah, stage 4) dan nasib baik dapat suami yang begitu penyayang. Kita malas la nak citer panjang lebar kat sini sebab semalam habis merah-merah mata kita menangis bila baca kesah mereka ni.

Kita tak nak la menangis lagi bila citer pasal mereka hari ni. Jadi, kalau korang berminat nak tahu kesah mereka layarilah blog ni 'Moon Punya Blog'.


Rabu, 10 Ogos 2011

Asyik nak marah jer

Kenapa dengan kita sekarang ni, asyik nak marah jer....(Eh.....bukan kita memang suka marah-marah ke?) kwang kwang kwang......

Kenapa seseorang itu berpotensi nak jadi marah? Sape tahu jawapannya sila angguk kan kepala anda? Kita rasa la seseorang tu mudah marah bila :

1) Terlalu penat
2) Emosi terganggu
3) Memikirkan masalah (pejabat, rumah, kewangan, ect)
4) Tidur tak cukup
5) Hati dilukai / terluka

* Tu jer yang kita terfikir buat masa ni

Korang rasa la kan, kita masuk dalam kategori mana?

Kita ada terbaca, kalau seseorang tu tak pandai kawal kemarahan boleh menyebabkan orang tu gemuk sebab hormon dia akan jadi tak stabil. Jadi sesape yang nak kurus tu pandai-pandailah kawal kemarahan korang.

Cuba korang fikir sekarang, apakah motif sebenar kita bagitahu ni?????

Hahahaha....kita nak bagitahu korang semua bahawa kita ni susah nak kurus sebab tak pandai kawal kemarahan....

Macam mana ye nak kawal kemarahan? Lagi satu, kita ni kalau marah atau tak suka sesuatu perkara tu tak boleh nak sembunyikan riak muka. Bak kata orang, muka kita ni terlalu transparent. Orang boleh tahu kita ni buat-buat senyum ke, marah ke atau segala-galanya lah....

Susah la macam ni kan?

Selasa, 9 Ogos 2011

Aishiteru

Apa bendanya aishiteru ni? Pelik betul namanya kan? Kalau nak tahu ni la lagu yang kita kira tengah hangat sekarang. Aishiteru tu dalam bahasa Jepun. Maknanya lebih kurang I Love You. Tu la yang apa kita baca dan kita dengar, kalau salah harap dimaafi....

Sape yang layan lagu ni 'Aishiteru' dari kumpulan Zivilia Band. Sesape yang tengah bercinta memang layan kot lagu ni....Tetiba ter'feeling' tengah bercinta pulak.....hehehe....

Lirik lagu :

AISHITERU

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan
cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

Jumaat, 5 Ogos 2011

Roh di bulan Ramadhan

Saje nak share dengan korang pasal info ni. Kita dapat info ni melalui e-mail dari kawan kita Kak Maslenda (Kak Mas). Terima kasih Kak Mas sebab sudi share info ni dengan kita.


"Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini)..menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan".

Rabu, 3 Ogos 2011

Jangan ikut nafsu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....

Saje nak mengingatkan diri sendiri dan korang semua supaya jangan la berlebih-lebihan ketika membeli. Bukan apa, bila tengah lapar singgah pulak pasar ramadhan, kita pasti nafsu nak makan tu akan berlebih-lebihan. Sudahnya lepas berbuka makanan yang dibeli tadi tak di makan.

Bukankah itu amalan yang tidak baik? Sepatutnya bulan ramadhan ni la kita nak berjimat cermat. Jangan diikutkan sangat nafsu nak makan itu dan ini. Mentang-mentang seharian berpuasa, bila berbuka habis semua nak di makan.

Sama-sama la kita amalkan kesederhanaan (wasatiah) di bulan ramadhan ni dan bulan-bulan yang lain.

Selamat beramal.......