Nuffnang Ads

Isnin, 7 Januari 2013

Oh...semput....

Pffffuhhh............semput kita.....5 entry dalam satu hari.....punyala nak cover semua cerita....Tapi masih ada cerita lagi yang kita belum story kat korang.

Korang perasan tak yang kita kurang bercerita pasal pengalaman mengandung kali ni? Sebenarnya banyak betul yang kita nak share dengan korang, tapi macam-macam halangan la pulak....

Kalau mood kita ok dan masa mengizinkan, esok kita marathon lagi ye. Kalau tak, korang tunggu jer la bila kita dah bersalin nanti. Itu pun kalau rajin dan ada masa. 

Hari ni akak ko ni dah semput nak terus menulis.

Hari Keluarga Taman

Hari Keluarga taman perumahan kita telah dijalankan pada 30 Disember 2012. Kiranya besar-besaran jugak la sambutannya. Banyak aktiviti yang dijalankan. Bermula seawal 8 pagi sehinggalah ke malam.

Aktiviti sebelah pagi hingga peteang termasuklah sukaneka, bakat cilik, karaoke dan lain-lain lagi. Sebelah malamnya pulak adalah ceramah agama.

Pagi tu kita tak join pun. Sayang dan anak-anak jer yang pergi. Petang tu barulah kita pergi sebagai pemerhati. Takde aktiviti yang sesuai dengan kita.

Sayang adalah harapan kami untuk bawa balik hadiah dan hasilnya adalah seperti di bawah.......tidak menghampakan...huhuhu....


9th Anniversary

Alhamdulillah....tanggal 19 Disember 2012 genaplah usia perkahwinan kita dan Sayang 9 tahun. Kita bersyukur sesangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami dan kami masih bahagia seperti dulu disamping anak-anak tersayang. 

Pada 19 Disember 2012 tu kita dapat bunga dari Sayang. Memang terkejut sesangat sebab tak target apa-apa pun dari Sayang sebab tak plan apa-apa pun kerana anak-anak kat kampung. Tak syok la kalau celebrate tanpa anak-anak. 

Balik dari kerja hari tu kami terus pergi makan. Untuk pengetahuan korang sejak bulan Disember 2012 hari tu Sayang yang hantar dan jemput kita pergi dan balik dari kerja sebab kita dah tak larat nak drive. Malam tu pulak Sayang pergi main badminton dan kita pulak dah takda benda nak buat, maka tidur awal la.

Rupa-rupanya balik dari main badminton tu Sayang bawa balik bunga dan letak sebelah kita. Ohhhh....sweetnya.....Tak sangka Sayang boleh buat kejutan macam tu. Kali ni kita betul-betul terkejut...Selalunya kita boleh baca apa yang Sayang nak buat. Terima kasih Sayang.....


Pose sebelum pergi kerja
Bunga tu hanyalah sampingan jer. Hadiah anniversary yang sebenar masih belum beli lagi...huhuhu....Hadiah anniversary kita tu kita perolehi bila balik dari Pusat Sains Negara. Kami singgah ke Mid Valley masa balik dari Pusat Sains Negara tu. Masa kat Mid Valley tu takda la rasa tak larat pulak, ok jer kita bila dapat cari barang yang kita nak....huahuahua....

Ni la hadiah anniversary kita yang ke 9.


Setiap hujung tahun kita pasti akan ke Mid Valley untuk beli perfume. Asalnya nak beli perfume Burberry tapi terbekenan dengan perfume Jimmy Choo la pulak.



Free gift
Anak-anak seronok jer dapat jalan-jalan. Dah tu belikan ais krim, lagilah seronok dia orang. Takdelah dia orang bosan. Pandai tak kita umpan anak-anak?


Tengok la muka kita yang keseronokan dapat apa yang dihajati. Hilang semua rasa tak larat tu...huhuhu

Terima kasih Sayang untuk hadiah anniversary yang ke 9 dan terima kasih jugak sebab menjadi suami yang penyayang dan memahami....Semoga hubungan ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amiin.........

Aktiviti terakhir keluarga untuk tahun 2012

Aktiviti terakhir keluarga kami untuk tahun 2012 adalah ke Pusat Sains Negara. Memang mencabar betul aktiviti kali ni untuk kita sebab masa pergi Pusat Sains Negara ni kandungan kita dah 35 minggu dan kami telah tersalah parking jauh dari Pusat Sains tu. Punyalah nak menapak jauh. Tapi kita gagahi jugak demi anak-anak.


Kami sampai kat Pusat Sains Negara ni lebih kurang pukul 11 pagi. Anak-anak dan Sayang jer yang banyak  explore benda-benda kat dalam ni dan kita pulak banyak duduk. Tak larat tau nak banyak berjalan.


Adriana yang over

Punyalah bersungguh Harith kayuh basikal tu nak bagi lampu tu menyala



Kami di Pusat Sains Negara ni sehingga pukul 3 macam tu. Lepas tu kami pergi ke......Nantikan jawapannya pada entry seterusnya.... 

7 tahun (2+1)

Kita akan buat entry marathon sebab beberapa hari lagi kita kena masuk hospital. Jadi, sebelum semua cerita tu terperap untuk beberapa lama (kita kurang pasti) lebih baik kita story kat sini walaupun dengan ringkas.

Adriana adalah anak yang lahir hujung tahun. 23 Disember baru-baru ni genap usia Adriana 7 tahun. Kesian kat anak-anak yang lahir hujung tahun ni. Orang lain dah nak nak tambah usia lagi setahun, dia pulak baru nak sambut ulang tahun.

Tahun ni Adriana mewah sikit dengan kek sebab celebrate 2 kali. 


Celebrate kat Kampung Sayang. Harith pulak yang over nak potong kek sekali.


Celebrate kat rumah kami


Ok, tu jer...yang penting hari-hari yang bermakna dalam hidup kita sekeluarga dapat diabadikan dalam blog ni....