Nuffnang Ads

Ahad, 31 Julai 2011

Steamboat

Birthday mak kita adalah pada 3 Ogos, tapi memandang kan masa tu dah puasa dan tengah-tengah minggu maka kami adik-beradik sepakat untuk celebrate birthday mak awal.

Kali ni adik-adik kita punya cadangan untuk celebrate birthday mak kat restoran steamboat. Restoran yang dipilih adalah di Seremban 2.



Kek birthday yang disponser oleh Atih









Bergambar kenangan sebelum balik. Ramaikan ahli keluarga kita.

TGI Friday's

Korang pernah makan tak kat TGI Friday's ni? Time lunch Jumaat ari tu kita dan kawan-kawan sepakat nak makan kat luar sebelum bulan Ramadhan ni.

Korang pun tahu kan yang kawan-kawan kita bukan semuanya melayu. Mesti korang agak pelikkan sebab kerja dengan kerajaan ni biasanya tak ramai orang bangsa lain selain melayu. Korang silap, kat tempat kita terutama sekali group kita (Genomics) ada pelbagai bangsa (1 Malaysia la katakan.....)



Tengah tengok menu pun sempat bergambar


Ceria jer muka masing-masing

Disebabkan tunggu makanan yang agak lama

Bergambar lagi

Menu
Kita pilih menu ini.


Tennessee Chicken

Apple juice


Wajah riang dapat makan setelah hampir 45minit menunggu
Bagi kita harga makanan adalah mahal, rasa pulak tak berapa nak sedap (mungkin pilihan kita tu memang tak sedap kot). Kalau bagi peluang nak pergi sana lagi, mungkin kita tak nak pergi lagi kot....Tapi apa-apa pun kita enjoyyyyy dapat keluar makan dengan kawan-kawan....

Jumaat, 29 Julai 2011

Ihya' Ramadhan

Semalam opis kita ada ceramah Ihya' Ramadhan (menghidupkan bulan Ramdhan). Nak tahu sape yang bagi ceramah? Seorang yang cukup kita semua kenali iaitu Y. Bhg. Datuk Dr. Hassan Din Al-Hafiz.



Memang penuh la dewan semalam sampai ada yang duduk kat tangga sebab Y. Bhg. Datuk Dr. Hassan Din Al-Hafiz yang bagi ceramah.

Dalam ceramah tu dia ada cakap sesiapa yang menghadiri majlis ilmu seumpama berada dalam taman syurga Allah. Jadi, sesama lah kita semua rajin-rajin kan diri untuk menghadiri majlis ilmu ni.

Banyak info yang beliau berikan dan banyak betul yang terkena kat batang hidung kita. Contoh :
1) Paksa anak berpuasa.
Tahun-tahun sebelum ni memang kita paksa anak-anak kita puasa sejak umur 5 tahun. Macam kejam jer bunyinyakan? Sebenarnya bila tengok anak orang lain dah mula puasa, kita pun nak la jugak anak kita puasa.

Sebenarnya dalam islam tak suruh kita paksa anak berpuasa, suruh paksa anak solat adalah yang paling utama. Ustaz tu kata lagi kalau anak-anak kita dah konsistan solat secara tak langsung dia akan berpuasa.

2) Jangan tamak lakukan perkara-perkara sunat sehingga luput perkara-perkara yang wajib.

Beliau juga ada menyebut bahawa nabi puasa genap sebulan pada bulan Ramadhan dan banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Perbanyakkan puasa pada bulan Syaaban adalah untuk persediaan kita menghadapi bulan Ramadhan.

Bulan Rejab       : Bulan Allah (terdapatnya malam Israk & Mikraj iaitu pada 27 Rejab)

Bulan Syaaban  : Bulan Nabi (terdapatnya Nisfu Syaaban yang disambut pada hari ke 14, malam 15    Syaaban. Ramai dari kita yang masih keliru sambutan Nisfu Syaaban ni kerana ramai diantara kita yang menyambutnya pada hari 15 malam 16 Syaaban.)

Bulan Ramadhan : Bulan umat (terdapatnya malam Lailatul Qadar ~ 10 hari terakhir Ramadhan iaitu malam-malam ganjil  seperti hari ke 20 malam 21, hari ke 22 malam 23)

Ada macam-macam lagi info yang beliau berikan. Beliau menyeru kepada kita semua supaya rebutlah peluang untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan untuk kumpul sebanyak pahala dan buangkan sebanyak dosa yang kita lakukan selama ini.

Ketika sesi Q&A
Dah alang-alang cerita pasal bulan Ramadhan ni kita ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sama-sama lah kita perbayakkan segala amalan kita dan meninggalkan segala perkara-perkara yang tidak baik. 

Kita juga ingin memohon kemaafan kepada semua  sekiranya perbuatan, kata-kata, tulisan atau tingkah laku kita selama ini ada menyinggung anda perasaan semua.

Rabu, 27 Julai 2011

Alih angin

Kita bukan la dukun yang boleh alih-alih kan angin ni DDDDAAANNNNN harus diingat bukan jugak buang angin. Entry kita kali ni saja nak bagitahu walaupun korang dah tahu bahawa blog kita dah berubah warna.

Sesiapa yang mengikuti blog kita ni mesti akan perasan punya warna blog kita telah berubah dari hitam/putih/kelabu ke merah.

Asalnya nak warna biru sebab kita suka warna biru firus, tapi tak ada pulak yang kita berkenan. Pilihan kedua pulak nak warna purple, tapi masih tak ada yang berkenan di hati. Akhirnya untuk menggambarkan blog kita yang ceria, kita ambik la warna merah ni.

Korang suka tak perubahan warna blog kita ni. Sila komen kalau tak berkenan. Kadang-kadang bila alih angin ni akan mendatangkan mood yang bagus.

Harap-harap kita tak la cepat marah seperti mana orang menggambarkan merah ni garang, kuat, bara api dan sebagainya.....

Selasa, 26 Julai 2011

Tergoda lagi

Ni yang kita tak suka ni.....Mudah sangat tergoda dan terpengaruh.....nak buat canne ni? Susah la kalau selalu macam ni. Rabak duit Ai tau......

Skin care 'Clinelle'. Macam-macam produk skin care yang telah kita guna sejak dari sekolah menengah. Semuanya hanya untuk kecantikan diri. Mesti korang cakap "kulit muka kita masih macam tu jer", betul tak? baik korang cakap betul-betul, kalau tak kita tak nak kawan dengan korang.....(dah mula ting tong la ni......)

Eh korang, macam mana nak jadi tak mudah tergoda dan terpengaruh dengan benda-benda ni? Tolong bagi tips sikit........



Isnin, 25 Julai 2011

Gara-gara durian

Kita bukan la nak salahkan durian, tapi benda ni terjadi mungkin disebabkan durian. Kita tetap tak nak salahkan durian sebab durian adalah buah yang paling kita suka (syorrrrrggggaaaaa).

Disebabkan makan durian, kita sakit tekak dan suara kita tak keluar. Tapi la kan, kita rasa memang musim kot sekarang ni ramai orang batuk, cuaca pun tak berapa nak ok.......hahaha....tak nak jugak salahkan durian.....

Selain suara tak berapa nak ada, kita jugak merajuk dengan Sayang sebab tak bagi kita makan durian lagi.....wwwwwaaaaaaaaaaaaaaaa.....tak suka tak suka..................

Suara kita dah la tak keluar, dah tu bising-bising pulak dengan Sayang tak boleh nak tidur sebab batuk.....Memang patut pun Sayang tak bagi kita makan durian lagi.....Sayang buat untuk kebaikan kita pun kita nak merajuk kan? Saje la tu nak mengada-ngada...... 

Ok, tu jer nak citer kat korang.....Jangan ada sesiapa yang menghalang kita dari makan durian tau.......hehehe....

Unik di Hari Peladang,Penternak dan Nelayan

Kalau ada ekspo Hari Peladang,Penternak dan Nelayan kat bekas tapak kem Paroi tu biasanya kita akan pergi. Tak kira la ekspo apa pun kat sana, selalunya kita akan pergi jugak.

Sabtu malam Ahad ari tu kami sekeluarga pergi la menjengah ke sana. Mana la tahu kalau jumpa apa-apa yang menarik. Masa kat sana jumpa pulak dengan biras kita (Kak Ngah) bersama anak-anaknya, jadi kami jalan sama-sama.

Budak-budak ni macam tak muak-muak pulak tengok haiwan-haiwan kat sana seperti lembu, kambing, landak, kuda, flaminggo dan lain-lain lagi la. Selalunya kat bahagian haiwan-haiwan ni la yang anak-anak kita suka pergi.






Kalau tanya kita, kita suka kat bahagian makanan terutama bahagian buah-buahan tempatan. Sekarang kan musim buah.

Ada satu bahagian tu pamer tentang buah-buah yang unik selain pertandingan buah yang terbesar, tandan terpanjang dan macam-macam lagi la. Bagus dapat tengok benda-benda ni semua. Anak-anak kita pun berminat kat bahagian ni sebab banyak benda jugak yang mereka tanya pasal buah-buah ni.






Mengapa stress

Hari Jumaat kita balik awal sebab ada temujanji dengan doktor. Keluar opis pukul 2 macam tu. Mula-mula drive ok lagi. Bajet boleh sampai Senawang pukul 2.40 (macam biasa la) paling lewat pun pukul 2.45.

Sampai jer kat nilai, kereta dah mula bergerak perlahan. Ingatkan tak la jauh mana pun jem nyer. Tapi, bukan setakat bergerak perlahan, ada masa-masanya tak bergerak langsung. Dekat 20km jugak la jem tu.

Yang paling kita sakit hati ialah bila ada pemandu lain yang fikir mereka sahaja yang nak cepat dan sesuka hati nak memotong tengah-tengah jem tu tanpa bagi lampu isyarat. Dalam keadaan cuaca yang panas walaupun pasang air-cond, hati kita dah mula terbakar dengan tindakan pemandu-pemandu yang tak sabar ni.

Agak-agaknye la, ramai penduduk Malaysia ni stress salah satu sebabnya ialah memandu di dalam jalanraya yang sesak.. Kita memang stess hari Jumaat tu. Dah la badan tak berapa nak sihat, pandu pulak kereta manual dalam keadaan jem, cuaca panas tambah lagi dengan pemandu-pemandu yang tidak bertimbangrasa atau bahasa kasarnya 'biadap'. Memang stressssssssss..........

Kesesakan tu disebabkan kerja-kerja mengangkat treler yang terhumban ke dalam parit berhampiran tol Seremban. Lepas kawasan tu perjalanan adalah amat lancar....Kita sampai Senawang lebih kurang pukul 4.15pm.


 

Jumaat, 22 Julai 2011

Bisu

Harith memang selalu buat kita ketawa dan terharu. Semalam dia dengan penuh rasa prihatin ajak kita pergi klinik.

(Situasi di dalam kereta semasa kita jemput Harith balik dari Kafa)
Harith : Suara ibu dah elok lum?
Kita    : Lum (dengan suara yang tenggelam timbul)
Harith : Pergi la klinik.
Kita    : Sape nak hantar ibu?
Harith : Jom, abang hantar ibu....
Kita    : Naik apa?
Harith : Naik basikal abang la bu....

Hahaha....kelakar betul la dia ni......

Kita    : Takpe la kita tunggu ayah ye...
Harith : Nanti ibu pergi tau, kalau tak bisu pulak ibu nanti....
Kita    : Abang suka la ibu bisu, tak payah nak marah-marah abang lagi.....
Harith : Mana ada, abang tak suka kalau ibu bisu....
(lebih kurang macam tu la perbualan kami dalam kereta semalam)

Harith.....Harith......macam-macam betul dalam fikirannya.....kekadang susah nak dijangka.....

Khamis, 21 Julai 2011

Jimat vs kedekut

Sejak bulan ni kita kurangkan belanja sekolah Harith kepada RM1 jer. Dengan harapan dia tahu kesalahan dan menghargai apa yang dia ada.

Harith ni memang tak tahu jaga barang-barang dia. Sejak masuk sekolah bulan Januari tu dah banyak kotak pensel, pensel, pemadam, pembaris, gam, gunting, pensel warna, stokin dan macam-macam lagi la yang hilang.

Yang paling kita terkilan bila pensel warna dia hilang awal bulan dulu. Bila dah hilang harus la kena beli yang baru, maka malam tu kita pergi la beli pensel warna dia untuk gantikan pensel warna yang hilang tu. Tak sampai 2 hari pensel warna yang baru beli tu pun hilang jugak. Punyala kita hanginnnnn....Dia ingat bila barang-barang dia hilang tu, kita akan gantikan semula.

Kalau asyik hilang dan kita asyik kena beli yang baru, tokeh balak pun boleh gulung tikar....Kita bukan la nak berkira sangat, tapi kita kena ajar sikit supaya dia menghargai barang-barang dia. Mungkin bila dapat sesuatu benda tu dengan mudah dia tak menghargai benda tu.

Kita buat semua ni sebab nak mendidik dia supaya hargai barang-barang dan apa yang dia ada. Kita cakap dengan dia, bulan ni kita kurangkan belanja sebab dia tak tahu jaga barang. Dengan cara tu kita harap dia boleh hargai dan jaga barang-barang dia.

Masih ada jugak barang-barang dia yang hilang tapi sekurang-kurangnya tak la kerap macam dulu.


Pagi tadi Harith bagi kita RM1 untuk buat belanja. Pelikkan? Kenapa pulak Harith yang perlu bagi kita duit? Sepatutnya kita la yang bagi dia duit belanja sekolah. Sebenarnya Harith dapat RM2 hari ni. RM1 kita bagi dan RM1 lagi ayah dia bagi.

Bila kita kata nak masukkan duit tu dalam tabung, dia tak bagi pulak. Dia suruh kita beli makanan.

Nak tahu kenapa jadi macam tu? Sebab boleh dikatakan setiap kali kita jemput dia balik dari sekolah dia ajak kita pergi kedai. Semalam kita tak ikut pun kehendak dia tu. Kalau pergi kedai nanti mesti dia nak beli air tin atau ais krim. Mana la bagus makan benda-benda tu selalu.

Jadi kita cakap la kat dia kita tak ada duit. Nak makan pun takde duit. Sebab tu agaknya pagi ni dia bagi kita duit suruh buat belanja. Takut ibu dia ni tak makan agaknya..... Terharu pulak rasanya bila anak prihatin tentang kita ni.....

Rabu, 20 Julai 2011

Kata ganti nama diri

Selamat pagi semua. Hari ni pelajaran kita adalah mengenai kata ganti nama diri. Ada macam cikgu tak? (pagi-pagi dah sengal kita ni...hahahaha....). Dulu pernah jugak nak jadi cikgu, tapi mungkin tak layak kot sebab dah beberapa kali pergi temuduga asyik kantoi jer.

Mungkin kita ni tak sesuai kot jadi cikgu. Tapi sekurang-kurangnya kita ada jugak pengalaman jadi cikgu ganti selama 3 bulan kat Sek. Men. Keb. Dato' Shamsudin Naim, Rantau pada tahun 2002. Merasa jugak la murid-murid panggil kita cikgu. Manis sungguh kenangan itu.......

Jadi cikgu ni mencabar jugak terutama mengajar di kelas yang dah hujung-hujung tu (kelas pelajar yang lemah).

Ok, kita sambung semula dengan pelajaran kita iaitu kata ganti nama diri. Korang bila berbual gunakan nama apa? Bukan apa, semalam tetiba pulak kita terfikir bila ada orang bahasakan diri dengan suaminya 'ayang'. Kita tak pernah pun bahasakan diri kita ayang walaupun Sayang panggil kita 'sayang'. Rasa lain macam pulak.

Tak romantikkan kita ni? Nak buat macam mana, memang kita rasa geli nak bahasakan diri 'ayang' dengan Sayang. Dari mula berkenalan dengan Sayang dulu pun kita dah bahasakan diri kita 'kita'. Kita rasa lagi mesra kita gunakan kata ganti nama diri 'kita' macam kita gunakan kat blog ni. Rasa dekat dan mesra jer kita dengan korang.

Walaupun nama kita Hilda, kita tak pernah sekalipun bila berbual dengan orang kita bahasakan diri kita Hilda atau Ida. Kita rasa macam janggal sangat kalau gunakan nama sendiri sebagai kata ganti nama. Nak termuntah pun ada......Kita tak biasa la.....

Selalunya kita akan gunakan kata ganti macam ni pada orang-orang yang berlainan :

1) Untuk Sayang              : kita
2) Anak-anak                  : ibu
3) Adik-beradik               : an / angah
4) Sedara-mara                : an / angah / orang
5) Mak/abah                    : orang
6) Kawan-kawan             : kita / I
7) Ipar duai                      : saya
8) Mertua                         : saya
9) Anak sedara kita          : mak ngah
10) Anak sedara Sayang   : mak su
11) Orang yang muda       : akak
12) Orang yang tua           : saya
13) Orang yang tak kenal  : saya
14) Bos/pihak atasan        : saya / I

Skema ke kita ni kalau guna kata ganti diri 'saya'?

Selasa, 19 Julai 2011

Berbaloikah?

Sekarang ni kita teringin sangat nak kurus. Bukan la nak kurus sangat pun macam mula-mula kahwin dulu (43kg). Saje la nak eksen sikit kat korang yang kita pernah kurus....tu yang siap tulis berat kita berapa tu.....huhuhu.....

Ok la, kurus sangat macam dulu pun bukannya cantik. Betul tak?

Nak tahu berat badan kita sekarang? Weeiiiiiii.......malu nak sebut.......memang naik berkali-kali ganda....Kalau dulu beli t-shirt boleh lagi beli saiz S, sekarang kalau tak L, XL pun ada tau.....Boleh dikatakan berat badan kita sekarang 20 kg naik dari dulu.

Naik banyak kat perut dan lengan. Kat perut tu mungkin la sebab kita 2 kali bersalin ceaser dan tak boleh nak berbengkung. Tapi ada jugak orang lain yang bersalin ceaser perut dia ok jer. Bersalin secara ceaser bukanlah sebagai alasan.

Anak-anak siap main-mainkan perut kita yang lembik ni. Harith siap kata kita ni montel.....Tak suka tau....

2-3 tahun lepas pernah jugak pergi ke May Fair, masa tu ada promosi untuk satu sesi percubaan. Consultant May Fair tu cakap kita ni gemuk air. Dia ada jugak syorkan pakej May Fair kat kita, tapi dia kata lagi kalau tak berkesan kena tambah beberapa sesi yang lain.

Itu yang kita tak nak dengar tu. Berapa ribu lagi akan kena tambah untuk dapatkan bentuk badan idaman.

Kat May Fair tu, tu je la 1 sesi yang kita pergi. Tak kose nak pergi lagi sebab banyak masa diperlukan. Kalau jadi ambik pekej masa tu, seminggu kita kena pergi 3-4 kali. Mana la kita ada masa, dengan nak jemput anak balik sekolah lagi, nak masak dah tu sampai rumah nanti dah pukul berapa....

Kat Slim World pun kita pernah call sebab masa tu tengok promosi macam murah. Tapi tak jadi jugak nak pergi.

Baru-baru ni kita ada call Marie France Bodyline tanya pasal pakej yang mereka sediakan. Kalau tiada aral melintang hujung minggu ni kita ada appointment kat sana (sesi tummy reduction-promosi). Tapi tak tahu lagi nak pergi atau tak.

Korang rasa berbaloi tak kita buat semua benda ni untuk kurus? Ada orang kata bila dah pernah cuba untuk kurus guna mesin ni nanti bila gemuk lagi susah nak turun semula. Betul ke?

Ada apa-apa cadangan untuk kurus selain dari pergi pusat-pusat pelansingan?


Isnin, 18 Julai 2011

Kita tak sanggup, korang?

Tadi kita baca kesah kat blog isteri sepupu kita. Tetiba lak sedih rasanya kalau benda tu terjadi kat kita. Kita rasa kita belum kuat untuk semua tu.

Kita memang tahu sepupu kita ni sekarang tinggal berasingan disebabkan mencari rezeki. Tapi buat tak tahu jer la sebab tak jadi kat kita.

Sepupu kita ni bekerja dan tinggal kat Shah Alam dan isterinya pulak tinggal dan bekerja kat Penang sana. Mereka ada 2 orang anak dan anak-anak tinggal dengan isterinya.

Kalau tak silap baru 7 bulan dia orang tinggal asing-asing ni sebab isteri dia dapat jawatan tetap di sana (Jabatan Kerajaan). Kalau nak tukar pun makan 1-2 tahun jugak.

Kalau korang la secara jujurnya sanggup tak PJJ (perkahwinan jarak jauh) ni? Kalau tanya kat kita la, memang kita tak sanggup. Kita rasa semua orang pun tak nak PJJ ni. Tapi untuk mencari rezeki maka terpaksa la melakukan pengorbanan.

Bukan kita jer yang sedih tapi kesian kat anak-anak jugak bila tinggal berjauhan ni. Bila anak-anak tanya pasal ayah dia........ohhhh sedih sungguh......Kita bab-bab macam ni memang sensitif sangat, mudah jer nak mengalirkan air mata.

Sayang baru jer pergi kursus kita dah sedih dan susah nak tidur, ni kan pulak PJJ. Kuat betul la sesiapa yang boleh hadapi benda ni.

Sebelum kahwin dulu pun kita dah bagitahu Sayang yang kita tak nak dia pilih kerja yang ada syif. Kita nak dia kerja waktu normal jer.

Doa dan harapan kita agar kami sekeluarga akan sentiasa tinggal bersama dan dipermudahkan segala urusan.
Saje tunjuk gambar masa kahwin untuk mengingati masa hangatnya percintaan kami. Sekarang pun hangat jugak percintaan kami malah kita rasa kasih sayang kita lebih hangat bersama suami dan anak-anak sekarang ni.

Semoga perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin........Terima kasih Sayang kerana menjadi suami kita........Love you.

Tak sudah-sudah

Selagi ada dia, selagi itulah kita akan bercerita pasal dia. Pasal siapa? Korang nak tahu? Nantikannya......hahaha......sengal sungguh ko ni Hilda.......

Korang mungkin dah tahu apa kita nak citer agaknya. Selagi ada musim buah ni, selagi itulah kita akan bercerita. Memang dasar.........

Korang suka atau tak, kita tak kira, kita akan citer jugak.......Korang mesti baca jugak tau, nanti sentap kita nyah.......tetiba????##@@!$%%^>><

Apa lagi yang kita nak citer, pasal durian la.....Semalam kita dan biras beli durian fresh dari dusun (Kg. Kepis).

Punya la banyak buah dia

Kesemua buah ini telah habis dimakan

Tengok la Adriana yang kemain kusyuk makan buah duarian.
Disebabkan makan durian terlalu banyak, memasing tak selera nak makan nasi tengahari tu. Ok, mungkin akan ada lagi kesah durian ni.......hehehehe

Menduga sungguh.....

Sabtu malam Ahad ari tu, seperti yang kita dah bagitahu pada entry sebelum ni merupakan kenduri kat rumah uwan kita.

Pukul 7pm+++ macam tu kita sampai kat rumah  mak dan terus pergi rumah uwan. Rumah mak kita dan rumah uwan dekat jer (rumah uwan kita adalah depan rumah mak kita). Sembang-sembang dengan uwan sekejap lepas tu masing-masing dah bersiap untuk solat maghrib berjemaah.

Kenduri kali ni hanya untuk anak-beranak jer. Tak jemput orang luar pun. Tak jemput orang luar pun dah penuh rumah. Maklumlah....keluarga besar.....

Untuk pengetahuan korang cicit uwan kita ada yang dah kahwin tau. Ok, kita show kat korang gambar-gambar kejadian pada hari tersebut.

Selepas solat maghrib berjemaah

Makcik kita (Cik Ja) yang maintain cun walaupun dah bercucu.

Uwan bersama-cama cucunya.

Uwan

Bergambar sebelum bacaan yassin.

Masing-masing tengah kusyuk baca yassin.

Kaum lelaki yang memenuhi ruang anjung rumah.
Tengah baca yassin tu, elektrik pulak takde. Boleh dikatakan satu Pilah takde letrik. Masing-masing dengan pantas mencari sumber cahaya termasuklah lampu yang ada pada handphone untuk meneruskan bacaan yassin.

Masalah letrik dah selesai datang pulak masalah lain. Masalah tu kita tak nak citer (biarlah rahsia). Hanya sesiapa yang menghadiri majlis tu jer yang mengetahui.

Tapi kejadian malam tu memang banyak menduga kami bila berkumpul beramai-ramai setelah sekian lama tak ada majlis macam ni kat rumah uwan.

Sampai hari ini kejadian malam tu masih punyai kesan pada kita. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

Jumaat, 15 Julai 2011

Musang king

Korang tahu Musang King tu apa? Selain Musang King ada D24, D99 dan lain-lain lagi la. Korang tahu tak apa bendanye tu?

Kita rasa bagi penggemar buah ni mesti dah tahu apa yang kita nak citer kat entry kali ni. Bagi sesiapa yang tak tahu lagi, kita nak citer pasal buah durian, hahahaha......tak habis-habis lagi pasal durian ni.....(biasa la....peminat durian).

Petang semalam Sayang beli lagi durian. Tak puas makan durian kat pasar malam ari tu. Durian yang Sayang beli malam tadi memang terbaik. Puas hati la makan.....Takde yang busuk pun. Harga pulak murah.....

Tq laling  sebab belikan kita buah durian tu.....Nanti nak lagi tau......hehehe....

Dah makan separuh baru teringat nak snap gambar. Punya la tak sabar nak makan durian terlupa pulak nak snap gambar untuk blog.....teruk kan? Dasar 'hantu' durian.......

Sebahagian kulit durian. Isinya telah selamat sampai di dalam perut.
Kita tak tahu la ini Musang King atau tidak tapi asalkan durian kita memang suka. Kalau masa kecik-kecik dulu kalau tak silap jika durian tu warna kuning macam gambar kat bawah ni dan isi pulak tebal dia orang panggil durian tembaga. Sekarang ni macam-macam nama dia orang bagi.

Kalau tak silap ada 55 jenis durian tak termasuk durian klon lagi. Punyalah banyak jenis durian. Memang payah kalau nak camkan setiap jenis tu. Makan je la kan, apa ada kesah nak tahu jenis-jenis bagai.....

Kita suka durian yang isi tebal, rasa manis dan pahit-pahit sikit dan boleh dikatakan bila makan tu rasanya melekat kat dalam mulut. Nikmatnya.......

Lihatlah isinya yang kuning berkilat itu, sungguh menyelerakan.

Korang terliur tak tengok gambar ni?

Kulit-kulit durian malam tadi. Banyak tak kita orang anak-beranak makan?
Durian yang tak habis dimakan kami simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Semua tu kita la akan menghabiskannya nanti......huahuahuahua.....(jahat tak gelak kita?).

Untuk di simpan di dalam peti sejuk.
Bagi penggemar buah durian, sama-samalah kita menikmati buah yang bermusim ini. Enjoyyyyyy.....

Khamis, 14 Julai 2011

Terkesima

Terkesima bukannya takasima tau! Tak tahu la tajuk ni sesuai tak dengan apa yang kita akan ceritakan ni. Kita rasa sesuai, sebab tu la kita gunakan tajuk ni. Tapi kalau tak sesuai korang buat tak tahu jer la ye...

Pagi tadi masa nak hantar anak-anak pergi nursery Harith boleh tanya kita macam ni :

Harith : hari ni ibu tak lewat ke?
Kita    : tak, kenapa?
Harith : patut la ibu tak mengamuk......
Kita    : ###@#$R%%%><

Oh......rupa-rupanya dia perasan yang kita selalu mengamuk marah-marahkan mereka kalau lewat. Kesian kat dia orang, selalu jadi mangsa kemarahan kita. 

Macam mana tak marah dia orang ni pun memang saje cari pasal pagi-pagi. Bila sarapan tu main-main la, malas nak pakai baju la, nak bangun pagi tu kemain la liat......

Anak kita ni adalah pemerhati dan pendengar yang baik. Dia boleh perasan tingkah laku dan kata-kata kita yang berbeza dari kebiasaan.

Kita cuba nak jadi ibu yang baik, tak mau la selalu marah-marah ni, tapi bila sampai masa jer, tak boleh kontrol pulak perasaan ni.

Takpe abang (Harith), nanti ibu cuba kurangkan mengamuk (marah-marah) ye.....

Korang pun macam kita jugak ke, selalu marah-marah? Kalau tak, macam mana korang kontrol kemarahan korang? Bagi la tips sikit. Kita tak nak la muka kita ni berkedut sebelum masanya sebab asyik marah jer.....

Rabu, 13 Julai 2011

Durian oh Durian

Jeles betul kita bila tengok entry Kak Nani tentang makan durian tu. Rasa lama sangat tak makan durian. Last sekali kita makan durian bulan 4 ari tu.

Dah lama jugak kita merengek kat Sayang nak makan durian, tapi dia buat dek jer......tak suka tau.....Kita ni memang suka sangat makan durian. Ingat lagi masa mengandungkan Harith dan Adriana dulu, makan durian macam dah tak ada hari esok.

Tapi masa tu Sayang macam tak berapa suka sangat makan durian, jadinya kita mewah la makan durian sensorang. Sayang siap kopekkan buah durian dan simpan dalam peti sejuk sebab kita tak pandai sangat nak kopek buah durian ni, tapi makan buah durian, kita sangat pandai......I loike.....hahaha......

Balik jer dari kerja masa tu, terus cari  buah durian dalam peti sejuk. Nikmatnya masa tu.....

Tahun lepas kami siap beli durian kat dusun lagi (dusun kawan Sayang kat Beranang). Memang banyak dan murah, tapi masalahnya sampai seminggu kereta kita bau durian.

Malam tadi ada pasar malam. Kita memang dah aim nak beli durian. Tapi tak cakap pun dengan Sayang sebab takut rasa kecik ati bila Sayang tak nak beli. Kita tak sebut pun nak beli durian, tapi Harith pulak bersuara yang dia nak makan durian. Siap dia boleh tanya kita "ibu tak nampak ke ada orang jual durian".

Mungkin dia pelik agaknya kita tak sebut pasal durian hari ni. Selalunya pantang jer nampak orang jual durian, kita akan bising-bising kata nak makan durian.

Malam tadi, Sayang beli jugak durian. Mungkin dia kesian kat kita kot sebab dah lama mintak nak makan durian. Kami beli 4 biji jer.

Sekarang ni anak-anak dan Sayang dah suka makan durian, jadi kita dapat makan sikit jer. Takpe, Sayang kata dia ada nampak harga durian RM3 sekilo, boleh la nak beli banyak-banyak nanti.

Gambar tak ada sebab kita terlalu teruja nak makan durian sampai lupa nak snap gambar. Dah abis makan baru ingat......hehehehe

Selasa, 12 Julai 2011

Uwan

Korang tahu tak apa itu uwan? Kalau kat Negeri Sembilan ni, uwan tu maksudnya nenek. Korang panggil apa untuk nenek korang sebab lain tempat lain pulak panggilannya.

Kalau nenek sebelah abah kita, kami panggil puan (pelik kan?). Abah kita orang Melaka.

Bukan apa, saje la nak bagitahu, uwan kita tak sihat sekarang ni. Umur pun dah 80+++. Uwan kita ni dah lama jugak tak boleh jalan sebab kaki dah tak kuat lagi.

Masa balik kampung minggu lepas uwan kita demam. Nampak la badan dia macam tak bermaya. Kesian kat uwan.

Tadi makcik kita call bagitahu nak buat kenduri Sabtu malam Ahad ni. Selain tahlil dan kenduri nak sambut puasa, nak buat solat hajat agar kesihatan uwan bertambah baik. Mudah-mudahan uwan bertambah sihat.

Uwan kita yang tengah makan ais krim tu (tudung purple). Yang tudung putih tu pulak adik kepada uwan kita.

Harap-harap kita dapat balik kampung minggu ni untuk kenduri tu. Sepupu-sepupu yang baca blog ni pun jangan lupa ye balik kampung. Sama-sama la kita berdoa untuk kesihatan uwan. Korang pun doa kan ye kesihatan uwan kita supaya bertambah baik.