Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Planning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Planning. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mei 2012

Bodek membodek

Operasi membodek telah bermula. Bodek siapa, bodek untuk apa? Kita tak boleh nak bagitahu sekarang. Tunggu sehingga operasi membodek itu berjaya barulah kita bagitahu. Kalau tak berjaya, maka lupakan saje la entry ni.....huhuhu.....

Siapa terror pasal bodek membodek ni? Boleh ajar kita tak........Macam terdesak jer bunyinya kan? hahahaha....

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cuti sekolah dah dekat

Tak lama lagi dah nak cuti sekolah. Cuti panjang tu.......tapi kita masih tak plan lagi nak pergi jenjalan kat mana masa cuti sekolah nanti.

Anak-anak mesti merungut kalau tak pergi jenjalan masa cuti sekolah nanti. Kita baru jer terfikir bab-bab bercuti ni sebab hari ni Harith dah habis exam. Kalau tak tu, serabut kepala ni risaukan dia yang nak exam tu. Exam kali ni mana ada dia buat latihan atau ulangkaji sangat sebab ada jer urusan yang tak membolehkan dia ulangkaji atau buat latihan.

Harap-harap dapat la pergi bercuti masa cuti sekolah ni. Adriana pun dah siap tulis nota kecik untuk kita mengatakan yang dia nak pergi bercuti.

*Sayang, boleh tak tolong plan kan percutian keluarga kita .....hehehe :) Love you....

Kemana korang?

Wahhhh.....mentang-mentang gaji dah masuk, panjang jer langkah masing-masing kan? Kemana korang tengahari ni? Hari ni kan hari Jumaat, waktu rehat panjang......jadi boleh la nak beronggeng ye tak?

Hajat di hati ni nak jugak keluar, tapi mengenangkan yang orang kerajaan dah dapat gaji terus cancel sebab tak nak bersesak-sesak.

Sebenarnya sebab nak keluar hari ni adalah nak beli apa-apa yang patut untuk diberikan kepada Harith dan Adriana. Hari ni adalah birthday Harith yang ke 7 tahun. Untuk Adriana pulak sebab dia dapat nombor 1 dalam exam akhir tahun.

Nampaknya malam nanti la (kalau ada masa) bawak dia orang keluar.....

Selasa, 2 Ogos 2011

Bersemangat

Kalau petang-petang ni bersemangat, korang boleh teka tak bersemangat untuk apa? Hahaha bersemangat nak bersiap-siap untuk balik rumah.

Dalam bulan puasa ni takde masa untuk lengah-lengah balik rumah. Kalau terlewat sikit, jalan adalah jem. Jadi pukul 4.30 jer dah mula kemas dan bersiap untuk balik. Kita masuk kerja WKP I (7.45) dan balik pukul 4.45.

Kalau ada waktu yang lagi awal, akan ku pilih waktu itu, tapi tak adoooo kat sini. Tak suka la bersesak-sesak kat jalanraya ni. Tambahan dengan oarang ramai nak pergi pasar ramadhan. Otw nak balik rumah kita akan lalu kawasan pasar ramadhan ni.

Ok la....kita nak balik ni...bye....

Jumaat, 22 Julai 2011

Bisu

Harith memang selalu buat kita ketawa dan terharu. Semalam dia dengan penuh rasa prihatin ajak kita pergi klinik.

(Situasi di dalam kereta semasa kita jemput Harith balik dari Kafa)
Harith : Suara ibu dah elok lum?
Kita    : Lum (dengan suara yang tenggelam timbul)
Harith : Pergi la klinik.
Kita    : Sape nak hantar ibu?
Harith : Jom, abang hantar ibu....
Kita    : Naik apa?
Harith : Naik basikal abang la bu....

Hahaha....kelakar betul la dia ni......

Kita    : Takpe la kita tunggu ayah ye...
Harith : Nanti ibu pergi tau, kalau tak bisu pulak ibu nanti....
Kita    : Abang suka la ibu bisu, tak payah nak marah-marah abang lagi.....
Harith : Mana ada, abang tak suka kalau ibu bisu....
(lebih kurang macam tu la perbualan kami dalam kereta semalam)

Harith.....Harith......macam-macam betul dalam fikirannya.....kekadang susah nak dijangka.....

Isnin, 23 Mei 2011

Seperti yang dijangka

Sape ada bace entry kita Jumaat lepas? Ala......entry yang kita memekak nak keluar waktu rehat tengahari tu.....

Kita rasa korang pun dah tahu samada kita jadi pergi atau tak kan? Seperti yang dijangka, kita tak kemana-mana pun tengahari tu.....Lepak kat dalam lab jer....

Biasa la ratu tidur, tapi kita tak tidur pulak tengahari tu? Musykil betul kan? Apa-apa jer la....Saje nak bagitahu korang kita ni tak la kuat jalan sangat macam yang korang sangka.

Hari Jumaat ni (27.05.2011) ada  J  Card Member's Day kat Jusco Equine dan Melaka. Tapi kita tak dapat nak pergi sebab berkursus. Kalau tak boleh la ambik cuti gi shopping....

Kita la antara orang yang suka menyesakkan Jusco kalau ada J  Card Member's Member's Day.......Korang pun samakan.....ngaku jer la.....malu-malu pulak.....

Jumaat, 20 Mei 2011

Ke mana kita tengahari nanti?

Seperti biasa, setiap hari Jumaat perancangan untuk keluar waktu tengahari memang ada, tapi ke mana, soal no. 2.....

Ke mana ye kita nak melepak tengahari ni, ke Alamanda kah, ke Jusco kah atau ke Mines kah atau paling tidak pun ke Kompleks PKNS (Billion) kah?

Yo yo ooo je kan perancangan kita, tapi bila sampai tengahari nanti macam dah malas jer nak keluar.....Lebih baik tidur je kan...(Dah dasar ratu tidur.....) kwang...kwang...kwang.....

Dah lama pulak rasanya tak g jenjajan waktu tengahari......Asyik memerap kat opis jer.....(macam katak bawah tempurung). Apa yang kita tahu cuma jalan pergi kerja dan jalan balik kerja jer....Bosankan?

Kalau dapat kawan yang kaki jalan ok gak kan macam kak Nani (my biras). She lovessss jenjalan ni....So, banyak tempat dia dah explore... Bayangkan waktu kerja kat Seremban, rehat tengahari boleh pergi Mid Valley lagi...terror kan? Aii loike..........