Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2011

Penat masih tak hilang

Over pulak tajuk entry kali ni....Kita baru jer seminggu balik dari kursus 'Team Building' kat Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Team Building ni dihadiri oleh seramai 48 orang kakitangan Bahagian ABBC dari pelbagai peringkat jawatan.

Kita pergi sana drive sesorang. Sebenarnya bas disediakan untuk ke sana, tapi kalau nak naik bas kena pergi Bangi pulak dulu. So, drive jer la.....nak balik pun senang kan?

Kursus adalah selama 3 hari 2 malam. Jadual adalah sangat padat. Hari pertama pun xtvt habis pukul 12+++am.

Hari kedua tu kita dah mula demam. Demam-demam pun masih boleh main paintball. Tapi seronok sangat pergi kursus kali ni sebab penceramahnya tersangat la....kelakarnya.....Asyik gelak jer sepanjang kursus.....Sampai lenguh tulang pipi nak gelak....Nasib baik tulang pipi kita tak cramp...huhuhu....

Hari ketiga kita masih demam. Badan orang yang jarang bersenam memang macam tu. Lari jer sikit jadual dari kebiasaan atau terlebih jer penggunaan tenaga sikit, mula la tak dapat nak sesuaikan diri....lalu demam.....

Korang layankan jer la gambar-gambar kita kat sana. Tapi gambar masa main paintball tak adoooo sebab kita tak larat dah nak bergambar-gambar ni....badan tak sihat......


Xtvt : Corporate War Games (letak benda yang hitam tu sikit-sikit jer kat muka....bajet muka comel....hehehe)


Masa nak balik ke bilik sempat lagi bergambar padahal dah pukul 12+++am



Dr. Fairus dan Dr. Leow yang tak puas bertempur kot.....

Ni la bilik kita masa kursus tu

Bersama Ayu, room-mate sepanjang kursus (nape pulak terbuntang mata kita tu?)

Ahli kumpulan kita (10 orang) bersama penceramah dan urusetia

Apa ntah nama xtvt ni. Tapi kumpulan kami menang.

Bergambar bersama penceramah

Xtvt : The Last samurai (setiap orang kena cari 1 nama jepun untuk diri sendiri)

Kumpulan kami adalah juara keseluruhan dalam kursus tu (tapi hadiah semua sama jer)

Jumaat, 23 September 2011

Not my day

Hari ni kita rasa memang bukan hari kita (walaupun masih pagi lagi nak cakap macam tu). Mana tak nya, dah 4 hari kita tak marah anak-anak pagi-pagi sebelum pergi sekolah (baru 4 hari, sebelum ni tiap-tiap hari asyik nak marah jer....hehehe....).

Tapi hari ni anak-anak buat hal tak nak bangun dan mandi. Ini semua gara-gara tidur lewat sikit dari biasa malam tadi disebabkan tengok tv. Puas dah cakap elok-elok tak nak dengar, kesudahannya keluar jugak suara hililintar ni di pagi hari......

Ok, itu satu hal.....Lepas hantar anak-anak pergi nursery, kita pun dengan semangatnya nak pergi kerja. Sampai satu traffic light tu, kita berhenti sebab lampu merah. Muka adalah maintain 'poyo' (muka akak ko ni kan serius) sambil minum air. Tetiba terasa pulak nak pandang sebelah kiri. Rupa-rupanya ada mamat tu nak usha.....(hahaha...sengal.....mana ada....). Tapi ada ke orang nak ngurat muka serius macam akak ko ni?

Mamat tu tunjuk kat arah tayar belakang kereta kita kata pancit. Alamak.....dalam hati dah pikir nak pergi kerja ke tak ni.....Dah dasar 'pemalas'......hahaha.....otak terus fikir ke situ pulak. Takpe, apa-apa hal kita berhenti kat shell sebelum tol Senawang tu dulu dan terus call Sayang.

Lepas call Sayang terus call bos bagitahu masuk lambat sikit (tak jadi nak ponteng, hehehehe). Call adik ipar minta bantuan. Tapi dia nak hantar anak pergi sekolah pulak dulu.....Takpe, terus menunggu.....

Tetiba datang abang lori 'Teh Cheeta' (macam tu ke ejaan dia?) tu tanya kita dah dapat bantuan atau belum. Dah tu siap perli kita lagi kata muka kita dah macam nak menangis......Obvious sangat ke muka kita macam nak nangis.....bukan ke muka kita ni muka serius?

Haaaa....muka kita ni memang transperant.....Bila dah panic tu muka kita memang terus bertukar jadi muka nak nangis.....padahal cuma tayar pancit jer.....

Tak lama pun nak tukar tayar tu sebenarnya.....Tapi kalau kita yang kena buat sendiri mau berjam-jam atau berhari-hari.......ye la, nak angkat tayar pun tak larat....

Dah settle semua tu kita teruskan perjalanan. Alamak.....jem pulak.....ada accident kat highway.....Huhhh....sedikit sebanyak membantutkan niat kita nak pergi bekerja lagi.....(dah dasar kan...hehehe...). Tapi dah masuk highway, tak kan nak patah balik.......

Jadi sekarang kita dah ada kat tempat kerja. Maknanya akak ko ni bukan la pemalas sangat....(motif?)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Sangat kecewa dengar berita ni

Tadi baru jer kita kata entry sebelum ni adalah entry terakhir dalam bulan puasa ni. Tapi kita kena jugak buat entry ni.

Sebelum balik tadi kita dapat tahu cerita ni. Kita rasa kecewa sesangat. Kenapalah dalam bulan yang mulia ni dah tu nak penghujung ramadhan dah, ada jugak orang yang bermulut jahat. Tak takut dosa ke? Bukan ke dihujung-hujung puasa ni kita lagi digalakkan melipatgandakan amalan?

Dia baru jer masuk group (kerja) kita, baru sebulan jer tapi macam mana dia boleh buat kesimpulan tentang hati budi, kelakuan dan sebagainya pasal seseorang yang dia baru kenal sebulan tu? Padahal dia pun jarang bercakap dengan kita.

Apa yang telah kita buat sampai dia nak kata benda yang tak baik pasal kita? Kita rasa kecewa sangat kat sorang ni (kita namakan A). Ada ke dia cakap kat B yang kita bising-bising sebab B mintak tolong kat kita masa B nak keluar tengahari tadi. Padahal dia yang cakap lebih masa tu. Dia yang tak puas hati, kata kita pulak.

Apa yang kita kecewa sangat tu dia menambah pulak citer.....Apa masalah dia yang sebenarnya. Selama sebulan ni kita bantu dia mana2 benda yang dia mintak tolong tu (bukan nak mengungkit), tapi ni balasan dia kat kita. Orang macam ni memang tak boleh di buat baik. Buat baik macam mana pun kita akan dipijak-pijak jugak.

Orang macam ni memang tak patut ada dalam organisasi sebab membawa pengaruh negetif dan boleh membuatkan orang bergaduh. Nasib baiklah B tanya kita hal yang sebenar, kalau tak kita tak tahu yang dia memburuk-burukkan kita dan B mesti berprasangka dengan kita.

Dia jeles ke kita baik dengan B? Kalau ye, kenapa dia nak jeles pulak?

Rasanya nak jer kita ajak A dan B bersemuka bersama tanya apa masalah dia yang sebenar. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu sapa yang cakap bohong dan sape yang cakap betul.


Isnin, 15 Ogos 2011

Pilih sendiri

Hari Jumaat lepas adalah hari terakhir Nurul di MPOB. Kami (Group Genomic) telah buat collection untuk beli hadiah Nurul.

Maka waktu rehat hari Jumaat tu kita bawa Nurul untuk pilih hadiah. Kenapa kita yang kena bawak Nurul pergi beli hadiah? Sebabnya yang lain ada hal. 

Bestkan kalau dapat pilih sendiri hadiah yang kita nak. 

Jam tangan Elle



Hahaha...kelakar la pulak bila tengok gambar ni. Kekonon simbolik la, kita bagi pihak Genomic's Group memakaikan jam yang kami hadiahkan kepada Nurul.....Lawak la.....

Ketika di kedai jam.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kenapa perasaan tu tak sama

Semalam bos kita dah masuk kerja setelah 2 bulan dia pergi training dan bercuti.

Sepatutnya kita gembira la kan sebab dah lama tak jumpa bos kita tu. Tapi perasaan tu tak wujud kat hati kita ni. Kenapa ek?

Bila dia datang jumpa kita semalam, kita buat macam biasa jer.....macam dia tak kemana-mana 2 bulan ni. Kita tak tanya pun pasal percutian dia. Terukkan kita ni.

Masa Grace balik dari training dulu (dia pun training 2 bulan jugak), kita punya la happy bila dia masuk kerja. Siap lompat-lompat lagi (saje nak bagi best ini citer...hahaha....).

Musykil la.......

Khamis, 4 Ogos 2011

Sedih di atas kegembiraan orang

Boleh ke macam tu? Kejam sangat bunyinya kan? Tapi itulah realitinya...Sebenarnya bukan sedih jer, gembira pun ada jugak.

Kita rasa sedih bila ada sorang staff ni nak berhenti sebab dapat kerja tetap (kerajaan). Kat sini dia post kontrak. Mesti la dia nak berhenti kerja kat sini, dah tentu kat sana post tetap yang mana akan menjamin masa depan dia. Tambahan pulak tempat kerja dia tu hanya 20 min jer perjalanan dari rumah mak dia kat Penang sana.

Kita sedih bukan apa, dah ramai sangat staff kontrak keluar masuk bawah bos kita yang sorang ni. Kita jer yang setia di sini. 9 tahun tu kita setia bekerja di sini tau. Bagi kita 9 tahun di sesuatu tempat adalah tempoh yang agak lama.

Tapi kerja research mana boleh tukar-tukar ye tak? Kecuali tukar agensi lain.

Gembira pulak sebab dia berjaya dapat pekerjaan tetap dan dapat duduk dekat dengan keluarga. Alhamdulillah.....rezeki di bulan Ramadhan....Tahniah Nurul.....

Sebenarnya dah 2 kali kita mintak tukar tempat kerja, tapi tak berjaya. Sedih tau.....Kalau boleh kita nak la tempat kerja kita tu berhampiran dengan rumah dan kerja kita tu berkaitan atau bersesuaian dengan apa yang kita belajar dulu.

Sekarang ni bidang kerja kita adalah berlainan dari apa yang kita belajar dulu. Kalau boleh kita nak sambung master dalam bidang yang kita belajar dulu. Bukannya tak boleh nak sambung master sekarang ni, tapi kalau nak sambung master jugak kena ambik bidang yang kita kerja sekarang ni..... 

Camano tu? Ada sape-sape boleh tolong selesaikan masalah kita?

Selasa, 12 Julai 2011

Apakah maknanya semua ini

Tajuk macam gempak jer kan? Kita memang suka buat tajuk yang gempak-gempak ni padahal citernya biasa-biasa jer. Sesaje nak tarik perhatian supaya orang tertarik nak baca ini cerita.

Kita rasa semua orang bila baca jer tajuk yang hot/gempak sikit, berlumba-lumba nak baca kesah seterusnya. Itu semua strategi tau. Wartawan-wartawan tu semua selalu buat tajuk yang gempak untuk lakukan majalah dia orang padahal citernya suam-suam kuku jer.....Pandai betul dia orang kan?

Kesah kita ni macam ni, minggu ni kita rasa malas jer nak pergi kerja. Nak bangun pagi pun macam liat sangat. Rasa macam tilam tu dah melekat kat badan sebab susah sangat nak bangun. Mata pulak macam dah tak boleh nak bukak.

Kat opis pun sama, takde mood nak buat kerja (padahal bukan banyak sangat pun kerja). Rasa mengantuk jer....Pagi-pagi dah mengantuk tau!

Apakah makna semua ni? Adakah kita perlu pergi bercuti? (motifff???? ) atau adakah kita perlu menghadiri kursus motivasi untuk memotivasikan diri? Korang pun punya masalah yang sama macam kita?

Macam mana nak naikkan semangat bekerja semula? Perlukah bos bagi APC tahun ni supaya kita lebih bersemangat untuk bekerja? (hahaha tak sudah-sudah berangan nak APC). Jangan harap la nak dapat APC tahun ni kalau kerja pun macam hampeh.....

Kenapa ye jadi macam ni?

Ahad, 10 Julai 2011

Part 2 : Molecular Biology

Ok, hari ni kita dah dapat upload gambar, tapi punyalah lama nak upload gambar-gambar ni.

Masih tak abis lagi citer pasal kursus ni.

Ni la rupanya tempat kursus kita sepanjang 3 hari tu. Kita duduk sebelah Kak Ijun (yang ada botol air warna kuning tu la tempat duduk kita)

Bersama Kak Ijun buat lab work.

Bersama Shikin, Dr. Ali dan Ms. Lu di dalam lab.

Sepanjang 3 hari berkursus tu makan tengahari kami adalah di The Summit. Hari pertama kami makan di restoran The Black Canyon Coffee. Hari kedua pula kat Little Taiwan dan hari ketiga kami makan di Sawasde Thai Kitchen & Cafe. Memandangkan kita hanya bawa camera pada hari ketiga, jadi gambar-gambar untuk hari pertama dan kedua adalah tidak ada.

Untuk minum pagi dan minum petang, kami makan kat tea room jer.


Tisu restoran

Bergambar sementara menunggu makanan sampai kat restoran Sawasde
Masa makanan sampai segan pulak nak ambil gambar. Makanya tiadalah kenangan bersama makanan-makanan itu...


Penyampaian sijil oleh Ms. Joyce George (Director of Customer Support Asia Pacific)

Baju ni adalah sourvenier dari Eppendorf.
Sekian, terima kasih.

Molecular Biology

Rindunya untuk menulis.......Dah lama sangat rasanya tak bukak blog ni. Tak sabar-sabar rasanya nak menulis. Banyak sangat rasanya benda yang nak diceritakan.

Tapi tengok la macam mana nanti samada nak asingkan entry atau terus rangkumkan dalam satu entry saja.

Kita adalah tak kesempatan melampau sepanjang minggu ni. Keluar rumah seperti hari-hari biasa cuma waktu balik adalah agak lewat dari kebiasaan. Ini semua adalah kerana kursus 'Molecular Biology' yang diadakan di Menara Hitech Village di USJ, Subang Jaya.

Kursus adalah bermula pukul 9am dan habis pukul 6pm. Waktu kursus adalah sangat pack. Itu pun hari pertama kursus balik lewat (pukul 6++++).

Kalau dari sana pukul 6+++ maknanya sampai rumah adalah pukul 7+++. Sepanjang minggu ni kita adalah cuti dari memasak untuk makan malam sebab badan adalah sangat tidak bermaya.

Kursus ni cuma dihadiri oleh 4 peserta jer. Kursus ni tak boleh ramai sangat peserta sebab dia ada banyak lab work.

Peserta adalah 3 perempuan dari Malaysia dan seorang lelaki dari Iraq. Peserta dari Iraq tu dah ada PHD, segan pulak rasanya sebab kita cuma ada degree jer.

Walauapapun kursus tu memang banyak membantu kita. Walaupun kat universiti dulu dah belajaar benda-benda ni, tapi tak berapa nak faham sangat.

Sorry, gambar tak dapat nak upload, tak tahu apa masalah dia. Mungkin merajuk agaknya dah lama tak menulis (boleh ke bagi alasan macam tu?).

Rabu, 15 Jun 2011

Teruk sangatkah kerja ko?

Kita rasa macam dah nak demam sebab minggu ni kita adalah pulun sakan kerja disebabkan nak settlelkan kesemua 183 sample DNA bagi 48 jenis primer (kalau korang tak paham, buat-buat paham jer tau).

Kalau boleh dalam masa 2 minggu ni kena settlekan semuanya sebab lepas tu kita ada workshop dan kerja/expt lain yang perlu dibuat.

Apa ko ingat bila bos takde ko boleh goyang kaki?

Kita dah mula selsema dan badan pun dah lenguh disebabkan buat PCR tu.

Nak minum atau pergi toilet pun kena tangguh sehingga betul-betul free jer. Nasib baik time makan boleh adjust lagi, kalau tak mau kebuluran kita.......

Kerja korang pun teruk jugak ke? Sebenarnya ada masa-masanya jugak kerja berlambak-lambak sampai kita nak termuntah tengok sample yang banyak-banyak tu. Tapi bila tak banyak kerja rasa bosan la pulak. Korang pun macam kita jugak ke?

Semangat...macam la boleh dapat APC

Hari ni memang semangat betul....Sesampai jer kat opis, letak beg dan terus pakai lab coat untuk buat lab work. Semangat betul.......dah la sampai awal (7.30am).

Kenapa semangat sangat? Nak tau jawabnya? Hahahaha......... kita terpaksa mulakan kerja awal, kalau tak, mesin (PCR-Polymerase Chain Reaction) yang kita nak gunakan tu nanti orang lain dah booking. So, tak sempat nak siapkan kerja.....

Sekarang mesin tu memang 'hot' sebab semua orang berebut-rebut nak gunakannya. Tambahan pulak sekarang ramai student practical kat lab ni dan ditambah pulak dengan student master. Kesian mesin tu bekerja keras untuk kami semua.

Tapi dalam hati masih tunggu jugak kalau-kalau dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) "cemerlangkah??????"  tahun ni.

Selasa, 14 Jun 2011

Lemah + Longlai

Lemah + Longlai. Diulangi...lemah longlai bukannya lemah lembut yeeee.

Bukan apa saje nak bagitahu yang badan kita ni dah lemah + longlai rasanya. Tiap-tiap hari bila balik rumah tu rasanya nak terus baring jer. rasa macam dah tak larat nak buat kerja lain.

Setelah hampir 5 tahun berulang (drive) dari Senawang ke Bangi rasanya badan kita ni dah lembik....Nak tunggu sampai ke pencen ada lagi 23 tahun untuk kita berulang dari Senawang ke Bangi.

Ooohhhhhhhhhhhhh tiiiiddaaakkkkkkkkkkkkk.......

Itu nasib baik ambik pencen umur 56 tahun kalau ambik pencen umur 58 tahun ada lagi 25 tahun untuk kita berulang ke Bangi ni.  

Mintak tukar ke Seremban asyik kena rejek jer......Macam mana ni? Nak mintak kerja lain, tak dapat pulak. Tapi kalau dapat kerja lain pun belum tentu lagi ditempatkan kat Seremban.

Nasib....nasib.....