Teringin kat sini bukan la maksudnya mengidam. Siapa yang teringin? Jeng jeng jeng.......(sengal......). Kita memang dah lama jugak teringin, tapi baru-baru ni pun Adriana ada juga menyuarakan keinginannya itu.
Teringin apa? Haaa.....mai akak khabaq kat hang......Teringin nak ada baby......Baru-baru ni Adriana bagitahu yang dia nak baby. Dah tu bukan sorang, nak baby kembar lagi.....Ibu dia ni nak jaga dia dan abangnya pun dah huru-hara, ni kan pulak nak jaga baby kembar. Tak tahu la macam mana keadaan masa tu......
Tapi kalau Allah dah nak bagi kembar pun kita terima.....Rezeki.......Tapi setakat hari ni belum ada lagi tanda-tanda kita akan dapat baby.....Jadi bersabar je la....
Sebenarnya entry ni kita nak citer yang kita baru jer pergi melawat kawan opis yang baru lepas bersalin kat Hospital Putrajaya. Comel betul baby tu, rasa macam nak cubit-cubit jer pipi dia.....Baby tu asyik tidur jer masa kita orang datang melawat (ye la.....baby memang la asyik tidur jer kan?) sikit pun tak nak buka mata. Malu kot nak tengok auntie-auntie yang gojes ni......hahaha......gojes la sangat.....
Bertuah kawan kita ni, dapat baby girl. Kira dah dapat sepasang la sebab anak sulong lelaki. Nama baby Auni Alisha. Baby tu pun bertuah jugak sebab lahir masa maknya nak konvo 'Master' (tapi tak sempat la nak hadiri majlis tu sebab dah bersalin). Senang nak ingat tarikh kan. Ingat jer tarikh lahir baby, teringat pulak tarikh nak konvo gitu......
|
Auni Alisha |
|
Zana tengah citer pasal pengalaman bersalin Auni |
|
Hospital Putrajaya |