Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Februari 2013

Permata Hati Ke 3

Hai.....dah lebih sebulan tak menulis kat blog ni, rindu rasanya. Perasaan nak menulis tu memang membuak-buak tapi tak berkesempatan (ok ke ayat macam tu?)

Alhamdulillah....kita telah selamat melahirkan seorang anak perempuan dengan berat 3.9kg pada 10 Januari 2013 bersamaan hari Khamis pada pukul 8.51 pagi secara cesarean (ambik ko.....detail kita bagitahu). Untuk makluman semua kali ini merupakan kali ketiga kita bersalin secara cesar. So, harap korang sedia maklum bahawa kalau dah 2 kali bersalin secara cesar sebelum ni maka yang ketiga pasti akan cesar jugak ye kawan-kawan.

Kita memilih untuk bersalin di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ). Kalau ikutkan hati nak jugak bersalin kat hospital swasta, tapi memandangkan sejarah kita bersalinkan 2 anak sebelum ni ada masalah dan kandungan kali ini pun ada masalah di awal kandungan serta doktor pula berat menyuruh kita bersalin di hospital kerajaan, maka kita ikutkan jugak. Tak nak la ambil risiko.....

Doktor nasihatkan kita untuk bersalin pada minggu ke 37 kandungan. Maka kita telah diberi pilihan untuk memilih tarikh untuk bersalin. Hajat dihati nak pilih tarikh 13.01.13, kebetulan tarikh tu jatuh pada hari Ahad pulak. FYI, kat HTJ ni dia tak buat kes cesar yang telah dirancang pada hari cuti. Kalau kes kecemasan tu boleh la....

Kita masuk ke hospital sehari awal sebelum cesar. Kali ni debaran nak bersalin tu lain macam sikit, takutnya terlebih. 

Mungkin dah lama tak bersalin kot membuatkan perasaan takut tu berlebihan. Ye la....Adriana dah darjah 2 baru kita nak bersalin semula....

Selepas bersalin kita dapat tengok anak kita sekejap jer sebab dia ada masalah pernafasan, jangkitan kuman dan beberapa masalah lain dan terpaksa dimasukkan ke wad NICU. Selama 9 hari jugak la anak kita kat NICU dan SCN untuk pemantauan. Sedih tu memang la sedih tengok anak kita dimasukkan macam-macam tiub kat hidung, mulut, pusat dan kaki. Tapi semua tu untuk kebaikan.

Sekarang usia anak kita dah 37 hari. Eh.....lupa pulak nak bagitahu nama permata hati kita ni. Kelakar pulak bila fikirkan pasal nama permata hati kita ni sebab kita dan sayang siap cabut undi lagi nak pilih nama apa. Kita ada 3 pilihan nama dan tiga-tiga tu pun ok, semua ada makna cuma panjang dan pendek jer jadi masalah.

Pilihan 1 : Nur Adelia Binti Abdul Mutalib
Pilihan 2 : Nur Adra Adelia Binti Abdul Mutalib
Pilihan 3 : Adra Adelia Binti Abdul Mutalib

Korang rasa kita dan sayang pilih yang mana? 

Setelah cabutan undi dibuat kami memilih Pilihan 1 iaitu Nur Adelia Binti Abdul Mutalib. 

Ini lah dia permata hati ke tiga kita dan Sayang

Nur Adelia @ day 8
Nur Adelia @ day 11
Nur Adelia @ day 13
Nur Adelia with ayah @ Hospital SALAM teman ibu check-up
Harith dan Adriana kemain sayang sangat kat adik mereka ni. Setiap kali balik sekolah mesti cari adik dia dulu. Kalau tak nampak adik dia masa masuk pintu tu mula la tanya tak sudah-sudah adik dia orang ni kat mana.

Setiap masa pun kalau boleh nak cium adik. Sampai rimas adiknya kene cium dekat abang dan kakak. Harith siap nak tumbuk sesiapa yang kata nak ambik adik dia. Ada lagi kisah kelakar budak-budak ni, tapi lain kali la kita cerita ye.

Nur Adelia with abang
Nur Adelia @ day 20
Nur Adelia @ day 25


Khamis, 17 Mei 2012

Tibalah masanya yang ditunggu-tunggu......

Kini sudah tiba masanya untuk kita tunjukkan kepada korang semua hasil bodekkan kita itu.....

Akak ko ni bukan la pandai mana bab-bab nak membodek ni, tapi kali ni akak ko telah berjaya. Sesiapa yang nak belajar cara-cara membodek bolehlah contact akak ko ini......huhuhu....

Malu pulak nak tunjuk.....#paaaanggggggggg44x....Ngengada la pulak ko Hilda......over la tu.....




















Taraaaaaaaaa.......................................................


Suka....suka....suka.....akak ko ni dah boleh la mengupdate blog ni melalui bendalah ni..........Sekarang ni kita bizi sikit, jadi belum ada masa lagi nak menggodek bendalah ni.

Tapi entry  Yess!!!!!! adalah entry pertama kita menggunakan Galaxy Note ni. 


Kawan-kawan ku sekelian sila jangan jeles ye.......huahuahua......

Harap maaf, nama orang yang kita bodek tu terpaksa dirahsiakan......Apa yang penting kita takde suggar daddy ye......kwang...kwang...kwang.....

Selasa, 21 Februari 2012

Sedapnya......orang belanja

Sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang kita suka. Nikmat rasanya.....tambah pulak kalau orang belanja. Bertambah-tambah la nikmatnya itu......huhuhu......

Terima kasih la kepada sesiapa yang belanja kita tu. Semoga murah rezeki dan dipanjangkan lagi punca rezeki....Amin.....

Kita???? Bila nak belanja????Insya Allah, doakan kita dimurahkan serta dipanjangkan punca rezeki, nanti boleh la belanja.....Sekarang pun ada jugak belanja, tapi belanja biasa-biasa jer dah tu tak dapat nak belanja semua orang....

Terima kasih kepada orang sekeliling kita yang selalu memberi. Secara tak langsung kita belajar untuk memberi jugak.

Kita bersyukur berada disekeliling orang yang baik-baik......Semoga diri kita pun akan bertambah baik....Amin....

Bukan sebab dia orang belanja kita, kita kata dia orang baik tau......memang dia orang baik dan punyai aura positif (tapi normal la kalau ada 1-2 orang yang berperangai pelik tu).




Isnin, 2 Januari 2012

Tahniah

Awal tahun ni kita mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada orang-orang disekeliling kita. Kita nak ucapkan tahniah kepada 2 orang sepupu kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Aminah, walaupun orangnya biasa-biasa jer dan low profile tapi anda adalah seorang yang hebat kerana telah berjaya mendapat 9A. Tahniah jugak sebab dapat membuatkan mak dan abah bangga dengan kejayaan anda.

Buat Shikin juga tahniah angah ucapkan kerana berjaya dapat 7A. Teruskan usaha anda untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi SPM kelak seterusnya berjaya memasuki ke universiti yang anda berdua idam-idamkan.

Tahniah juga buat kawan-kawan kita yang selamat melahirkan anak-anak yang comel. Maaf, tak sempat nak pergi ziarah lagi. Iza, tahniah dapat baby girl pada 29 Dec 2011. Ahamdulillah, dah dapat sepasang. Buat kak Ijun, tahniah jugak dapat baby girl pada 30 Dec 2011.

Kita pulak yang terlebih happy bila dapat tahu yang mereka berdua dah selamat bersalin. Tak pasal-pasal jer senyum sorang-sorang sebab happy dengar kawan-kawan dapat menimang cahaya mata, rezeki dari Allah....


Selasa, 27 September 2011

Teringin

Teringin kat sini bukan la maksudnya mengidam. Siapa yang teringin? Jeng jeng jeng.......(sengal......). Kita memang dah lama jugak teringin, tapi baru-baru ni pun Adriana ada juga menyuarakan keinginannya itu.

Teringin apa? Haaa.....mai akak khabaq kat hang......Teringin nak ada baby......Baru-baru ni Adriana bagitahu yang dia nak baby. Dah tu bukan sorang, nak baby kembar lagi.....Ibu dia ni nak jaga dia dan abangnya pun dah huru-hara, ni kan pulak nak jaga baby kembar. Tak tahu la macam mana keadaan masa tu......

Tapi kalau Allah dah nak bagi kembar pun kita terima.....Rezeki.......Tapi setakat hari ni belum ada lagi tanda-tanda kita akan dapat baby.....Jadi bersabar je la....

Sebenarnya entry ni kita nak citer yang  kita baru jer pergi melawat kawan opis yang baru lepas bersalin kat Hospital Putrajaya. Comel betul baby tu,  rasa macam nak cubit-cubit jer pipi dia.....Baby tu asyik tidur jer masa kita orang datang melawat (ye la.....baby memang la asyik tidur jer kan?) sikit pun tak nak buka mata. Malu kot nak tengok auntie-auntie yang gojes ni......hahaha......gojes la sangat.....

Bertuah kawan kita ni, dapat baby girl. Kira dah dapat sepasang la sebab anak sulong lelaki. Nama baby Auni Alisha. Baby tu pun bertuah jugak sebab lahir masa maknya nak konvo 'Master' (tapi tak sempat la nak hadiri majlis tu sebab dah bersalin). Senang nak ingat tarikh kan. Ingat jer tarikh lahir baby, teringat pulak tarikh nak konvo gitu......


Auni Alisha

Zana tengah citer pasal pengalaman bersalin Auni

Hospital Putrajaya

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ole-ole hari raya

Hari ni merupakan hari terakhir kita bekerja sebelum raya. Kita cuti seminggu jer (jer.......) untuk hari raya ni. Tahun ni untung sebab tak perlu nak ambik cuti banyak-banyak....

Tadi bos kita ada bagi ole-ole raya. Saje la nak menunjuk kat korang dalam bulan puasa ni....Korang ada?



Korang nak tahu apa ada sampul tu? Betul ni nak tahu?

Takpe lah.....tak baik tau menunjuk......Tunjuk sikit-sikit sudah la ye tak? Nanti ada yang jeles pulak......hehehe....


Selasa, 9 Ogos 2011

Syukur

Alhamdulillah...dapat jugak bonus 1/2 bulan gaji...Baru semalam opis mate tanya pasal bonus....Akhirnya kerajaan bagi jugak bonus kepada kakitangan awam.

Walaupun tak dapat bonus 3-4 bulan gaji macam company lain tu, kita tetap bersyukur....

Jimat-jimat la gunakan duit yang tak seberapa tu ye....Tapi kalau gaji korang 5-6 k.....takpe la kalau nak berbelanja sakan....huhuhu