Nuffnang Ads

Khamis, 20 Disember 2012

Dah selesai...senang hati kita

Kepada ibu bapa yang ada anak yang bersekolah tu dah settle ke shopping barang-barang keperluan sekolah anak? (Ayat poya bagi orang yang dah settle bershopping)

Bukan apa, kalau beli lambat-lambat nanti susah nak sari saiz dan banyak benda yang kita nak tu tak ada. Kita dah settle membeli semua barang-barang keperluan sekolah anak-anak dari bulan November lagi. Faktor utama beli awal adalah akak ko ni makin hari makin tak larat nak banyak bergerak. Oleh itu masa tengah larat ni la kita settlekan apa yang patut ye tak?

Bagi kita tahun ni harga baju sekolah anak-anak dah naik kot. Rasa macam mahal sikit la kali ni. Tapi tak tahu la kalau kita jer rasa macam tu.

Tahun depan Harith jadi pengawas, maka terpaksalah beli 5 pasang baju sekolah. Adriana pulak kita beli 3 pasang jer sebab baju sekolah tahun ni masih boleh digunakan lagi.




Buku sekolah pun kita dah siap beli, cuma tinggal nak bayar yuran jer....Ok, kita dah boleh senang hati, korang pulak?

Berjimba (tak sedar diri)


Kita masih tak habis lagi nak citer kat korang pasal aktiviti semasa musim cuti sekolah kali ni. Mesti korang kata kita ni tak sedar dirikan? Dah sarat-sarat pun masih nak berjimba-jimba lagi.....

Bukan apa, kita tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kesian kat anak-anak kalau tak kemana-mana masa cuti sekolah yang panjang ni (ayat baik punya kan.....?) Lagipun kita tak lama lagi kene perintah berkurung, mesti bosan sebab tak dapat pergi mana-mana. Apa la salahnya gagahkan diri untuk berjimba ni....huhuhu...

Kalau ikut plan masa ni, main bowling memang tak ada dalam senarai. Sepatutnya kami tengah bermandi-manda di Wet World, Pedas. Tapi disebabkan bila kami sampai disana tu masih ada lagi adik-beradik yang tak sampai dan lepas tu pulak hujan turun dengan lebat, maka plan telah berubah. 

Makanya, banyak permintaan untuk main bowling. So, jom kita ke Jusco....

Adik beradik kita (abang jer yang takde dalam gambar, merayap kat mana ntah mamat tu)



Untuk pengetahuan korang kita tak la buat kerja gila main bowling tu. Kita cuma jadi pemerhati dan tukang makan jer. Takut terberanak pulak kalau kita pun turut main. 

Aktiviti lain di musim cuti sekolah ni jugak, kita ke Seri Bulan, Port Dickson. Kali ni dengan family Sayang pulak. Main bowling tu bersama family kita.

Kami stay kat sana selama 3 hari 2 malam. Kat sini pun kita tak buat apa-apa. Tak larat koooo.....Bila dia orang buat sukaneka, kita hanya jadi penjaga garisan jer, tak boleh nak join sukaneka tersebut...huhuhu....sedih.....

Kalau kita masuk sudah pasti kita akan jadi juara...hahaha....ayat over dari orang yang tak boleh nak bersukaneka.

Mandi-manda pun kita tak join sebab takut air kat swimming pool tu melimpah.....hahaha.......





Ada lagi ke aktiviti kita di musim cuti sekolah kali ni? K\Sama-sama kita nantikannya......

Rabu, 12 Disember 2012

Kidzania

Minggu pertama cuti sekolah aktiviti kita memang la padat. Tu pasal la kita cuti seminggu pada minggu pertama cuti sekolah kali ni. Lagipun memang dah berjanji dengan anak-anak yang kita akan cuti seminggu.

Jadual kita di minggu pertama cuti sekolah :

10 Nov 2012 : Lost World Of Tambun
11 Nov 2012 : Masih di Ipoh
14 Nov 2012 : Kidzania
17 Nov 2012 : Wet World Pedas, Bowling, Jusco Seremban2

Rancangan awal nak bawa anak-anak pergi Kidzania ni dari cuti sekolah bulan Mei hari tu lagi. Tapi memandangkan masa tu kita tengah 'mabuk' awal mengandung maka ditundakan dulu rancangan tu. Kalau nak diikutkan masa bawa anak-anak ke Kidzania baru-baru ni pun kita tak larat sebab kandungan dah 7 bulan, tapi bila lagi nak bawa anak-anak pergi kan?

Jadi, seminggu sebelum pergi kita dah minta Sayang belikan tiket. Kalau waktu pergi tu baru nak beli tiket takut dah habis pulak.

Kami masuk untuk sesi pagi iaitu pada pukul 10. Tapi pukul 9.20 kami dah tercegat kat sana. Untuk sesi pagi bermula dari pukul 10 hingga 3 petang. Sesi petang pula bermula dari pukul 4 petang hingga 9 malam.





Anak-anak yang tak sabar nak masuk


Sebelum masuk, anak-anak diberikan cek berjumlah 50 Zos matawang yang digunakan di Kidzania dan hendaklah ditunaikan sebelum memulakan pekerjaan.


Mula-mula sekali anak-anak pilih nak jadi pilot. Gambar tak ada sebab ibu bapa tak boleh masuk bila anak-anak lakukan aktiviti. Sepanjang 5 jam kat sana ada la 6-7 pekerjaan sahaja yang sempat anak-anak lakukan. Setiap pekerjaan mengambil masa selama 15-20 minit. Itu belum kira nak beratur tunggu giliran lagi, sebab setiap sesi tu boleh memuatkan 4-8 orang kanak-kanak sahaja.

Orang punyalah ramai, almaklumlah cuti sekolah.

Pekerjaan kedua yang anak-anak lakukan. Pemprosesan di Makmal Vitagen
Masa di Makmal Vitagen ni setiap orang akan dapat sebotol air vitagen setelah habis pemprosesan dilakukan.


Doktor bedah


Ahli bomba


Masa dekat Kurlz Beauty Salon ni Adriana dah  beratur untuk jadi worker, tapi ubah fikiran pulak nak jadi customer untuk buat manicure.


Adriana tak sabar nak 'manicure'


Last sekali anak-anak jadi chef burger pulak. Dapat la kita rasa burger yang disediakan oleh anak-anak. Tambahan waktu tu pun masih lapar lagi walaupun dah makan. Makanan kat dalam tu memang mahal, tapi redha jer la......

Chef

Buat burger sendiri

Jumaat, 30 November 2012

Lost World Of Tambun

Hari pertama cuti sekolah hari tu kami sekeluarga telah pergi bercuti (bercuti la sangat....). Punya la anak-anak teruja nak bercuti, inikan pulak ibunya, terlebih lagi keterujaannya......

Mesti orang kata dah sarat-sarat pun nak berjalan lagi.....Kita ni kalau bab-bab berjalan larat jer......Tapi kalau duduk kat rumah memanjang jer tak larat.....Over tak?

Sayang awal-awal lagi dah tanya kita samada larat tak nak pergi bercuti ni. Kalau tak larat, dia cancelkan....Uishhhhh....mana boleh cancel, kesian kat anak-anak......masa cuti sekolah tak dapat pergi mana-mana....takkan disebabkan kita, anak-anak tak dapat berjalan.....(ayat cover line)..huhuhu.....

Maka pada 10 November tu (sebelum subuh lagi) kami dah bersiap-siap dan keluar rumah kerana kena sampai ke Lost World of Tambun tu pada pukul 9 pagi. Kami singgah solat subuh kat KL area mana ntah, tak ingat pulak.

Oh...lupa pulak nak bagitahu yang percutian kali ni adalah sempena family day office Sayang. Kami di sana cuma 2 hari 1 malam sahaja.....Asalkan dapat bercuti, itu pun dah dapat menggembirakan hati anak-anak....


Adriana yang keriangan


Benda ni belum bergerak lagi, Harith dah pegang besi pemegang tu kuat-kuat...dasar penakut...huhuhu









Maaf la ye, kedudukan gambar tunggang langgang. Malas nak menyusun. Gambar mandi-manda dan acara sukaneka tiada. Cuaca masa tu panas sangat dan kita tak larat nak banyak bergerak. Tugas kita pada hari tu adalah sebagai penjaga beg (sedih tau sebab tak dapat join mandi-manda).

Keluar dari Lost World tu dalam pukul 4 petang dan terus check in kat Hotel Heritage, Ipoh. Malam tu pulak ada dinner. Sebelum menunggu dinner tu kami bermalas-malas kat dalam bilik sebab dah kepenatan.


Harith dan Adriana di lobby hotel

Adriana bersama cabutan bertuah
Keesokan harinya kami bersiap-siap nak balik. Tapi dalam perjalanan balik tu sempat la singgah untuk beli buah jambu, petis dan limau bali. Walaupun macam tergesa-gesa jer percutian kali ni, tapi kita dan anak-anak happy....




Tu jer citer kita pasal percutian di Tambun. Akan menyusul lagi citer pasal tempat yang kita pergi masa cuti sekolah kali ini....

Khamis, 29 November 2012

Birthday Harith yang ke 8

Wah.....rindu sangat kat blog ni....Dah sebulan lebih tak sempat nak menulis dalam blog ni. Bukannya  tahap kemalasan kita berada di tahap maksimum, tetapi kekangan waktu menyebabkan kita tak berkesempatan untuk menulis di blog yang tak seberapa ni.

Banyak betul benda yang kita nak cerita kat sini. Tapi kita hanya mampu untuk bercerita kisah bermula dari bulan Oktober jer la.....Ok tak?

21 Oktober 2012 yang lalu adalah birthday Harith yang ke 8. Asalnya kita dan Sayang nak celebrate birthday Harith dan Adriana sekali. Nak jimat kos kaedahnya walaupun birthday Harith dan Adriana beza 2 bulan (Harith pada bulan Oktober dan Adriana pada bulan Disember).

Kekonon nak celebrate kat A&W. Tapi entah macam mana tak jadi nak celebrate sekali. Jadi kita celebrate la birthday Harith dulu. Kalau ikutkan memang kita tak larat nak masak-masak ni, tapi Sayang sanggup nak menolong kita habis-habisan, maka misi diteruskan.

Menu hari tu simple jer iaitu mee hoon sup, sate, nasi impit, nagget, kentang goreng, buah, air dan jajan. Harith gembira la sesangat sebab ada ramai orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. Kemain dia pilih kek untuk harijadinya. Kalau ikut kita dan Sayang nak beli kek ais krim la, tapi entah kat mana dia tengok agaknya, dia terbekenan dengan kek gambar Boboi Boy. Maka layankan saje..........



Kek Birthday Harith

Tak sabar nak potong kek

Muka teruja

Sesi makan-makan




Ok, tu jer kisah untuk kali ni....Nanti kita sambung lagi ek....

Isnin, 22 Oktober 2012

Leha world

Apa ko ingat Mawi AF tu jer ke yang boleh world? Leha pun nak guna juga perkataan world tu pada nama dia.

Ko kenal ke siapakah gerangannya orang yang bernama Leha world ni? Kita memang tak kenal tapi restoran dia kita tahu la.

Kita bukan nak promote kereta ni ye. Harap maaf la kepada empunya kereta ni.
Restoran Leha World ni terletak kat Taman Paroi Jaya. Kita rasa kakitangan kerajaan area Seremban memang tahu kewujudan restoran ni. Kita yang kerja kat Bangi ni pun tahu jugak sebab kita tinggal area sini. 

Makanan kat sini memang banyak dan pelbagai pilihan. Rambang mata bila nak buat pilihan untuk makan tengahari. Kalau kerabu tu, ada beberapa jenis kerabu. Ko pilih je mana yang berkenan. Harganya pulak memang berpatutan. Minuman pulak free jer. Ko boleh pilih minuman yang disediakan pada hari berkenaan. Ada la 3-4 jenis air.

Restoran ni buka pada hari bekerja je. Jadi kalau ko pergi hari Sabtu atau Ahad memang tak buka la. Sesiapa yang belum pernah cuba makan kat sini, boleh la cuba makan di sini. Kita memang syorkan la makan kat sini....


Khamis, 11 Oktober 2012

Selera Mak Buyung : Part 3

Makan makan dan makan lagi......Syorrrggaa......Memang dasar....kan?

Kali ni nak citer pasal makan makanan western pulak. Kejadian masih berlaku di bulan Syawal. Kebetulan pulak masa ni birthday Sayang, bila tanya Sayang dia nak celebrate kat mana, dia cakap nak makan kat Restoran "The Windmill Station" kat Seremban 2.

Umpama bila mengantuk disorongkan bantal, kemain seronok la kita sebab disamping dapat celebrate birthday Sayang, kita jugak dapat makan sebab sebelum ni ada jugak bagi hint kat Sayang yang kita nak cuba makan kat Windmill ni....huhuhu.....

Saiz hidangan makanan kat sini memang sesuai untuk seorang makan. Tak terlalu sedikit atau terlalu banyak dan harganya pulak semua orang mampu untuk menikmatinya. 

Bagi kita restoran ni ok la dengan harga makanannya cuma tekak kita ni ada rasa kekurangan sikit dari segi rasa. 

Kalau dah tak ada pilihan dan nak jugak makan western food, boleh la berkunjung ke sini.

Jangan ko tanya nama menu makanan ni, akak ko dah lupa.........

Pilihan Adriana
Pilihan Harith
Pilihan Sayang
Pilihan kita