Nuffnang Ads

Memaparkan catatan dengan label MPOB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MPOB. Papar semua catatan

Rabu, 29 Februari 2012

Jom Heboh di Bangi

Apa??? Jom Heboh di Bangi? Kenapa, korang tak percaya? Betul......Jom Heboh buat kat Bangi......Jom Heboh kali ni bukan la dikendalikan oleh TV3 tapi kakitangan kat opis kita ni jugak yang handle benda ni.

Sempena Karnival Hari Keluarga kat opis kita kali ni mereka buat ala-ala Karnival Jom Heboh. Sepanjang kita bekerja kat sini dah macam-macam tempat kita pergi untuk Hari Keluarga. Sebelum-sebelum ni Hari Keluarga pernah di adakan di FRIM, Desa Water Park, Tiara Beach Resort, Bukit Merah dan lain-lain lagi.

Tapi tahun ni kita rasa paling best sebab banyak sangat aktiviti yang kami sekeluarga boleh masuk walaupun hanya buat di dalam kawasan MPOB ni dan makanan pun memang banyak dan banyak pilihan..

Banyak betul aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk semua kakitangan dan kita rasa semua orang pun enjoy menghadiri Karnival Hari Keluarga tahun ni.

Antara aktiviti-aktiviti yang ada :
1) Pertandingan mewarna
2) Memanah
3) Paintball
4) Flying Fox
5) Horse Riding
6) Refleksologi
7) Games Console
8) Inflatable
9) Funfair booth
10) Make Over ect.......


Harith tengah beratur nak naik flying fox

Tu la....ringan sangat, sampai setengah dah stop, terpaksa la orang tu tarik untuk sampai ke hujung

Muka cuak, tapi masih ada hati nak naik lagi tu.....

Paintball

Cubaan memanah oleh Sayang....not bad panahannya....



Dah penat berjalan, masa untuk refleksologi pulak....


Kes : aku ambik gambar ko, ko ambik gambar aku



Ohhh lupa pulak....cabutan bertuah juga ada. Kita tunggu jugak kalau nombor kita dipanggil untuk dapat ipad, tapi hampa......kena beli sendiri la nampaknya....

Ni no ni no ni no.....

Ini citer dari tahun 635 sebelum masihi.....hahaha......Itu semua nak menandakan betapa lama kita simpan citer ni. Tak kira la berapa punya lama kita perap gambar dan citer ni........Tapi kita masih nak citer jugak kat korang.....

Setiap tahun kat opis kita ni akan buat latihan kebakaran. Selalunya memang kita dah tahu masa dan tarikh latihan tu. Jadi memang dah plan tak akan mulakan kerja awal untuk hari berkenaan kerana nanti akan mengganggu kerja yang akan kita buat tu.

Kita kan kerja di bahagian penyelidikan, maka semua ujikaji atau eksperimen tu memang kena buat buat ikut jarak masa yang tertentu.

Nak citer kat korang yang abang bomba yang datang kat opis kita tu terover demo. Masa Sayang tengok gambar yang kita snap masa latihan kebakaran tu dia ada tanya jugak sapa yang pegang fire estinguisher tu. Kes jeles la tu kot-kot bini dia yang kena pegang dengan abang bomba tu.......huhuhu........(macam la bini dia ni kurus sangat macam orang yang kat dalam gambar tu.......waaaaaaaa........  :(

Pertandingan gigi tercantik.....hehehe

Dato' KP tengah berucap

Abang-abang bomba

Anak dara dan mak dara....hahaha....


Ni la gambar kontroversi tu....huhu...Adakah fizikal perempuan itu seperti kita????Adakah????

Jumaat, 14 Oktober 2011

Penat masih tak hilang

Over pulak tajuk entry kali ni....Kita baru jer seminggu balik dari kursus 'Team Building' kat Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka. Team Building ni dihadiri oleh seramai 48 orang kakitangan Bahagian ABBC dari pelbagai peringkat jawatan.

Kita pergi sana drive sesorang. Sebenarnya bas disediakan untuk ke sana, tapi kalau nak naik bas kena pergi Bangi pulak dulu. So, drive jer la.....nak balik pun senang kan?

Kursus adalah selama 3 hari 2 malam. Jadual adalah sangat padat. Hari pertama pun xtvt habis pukul 12+++am.

Hari kedua tu kita dah mula demam. Demam-demam pun masih boleh main paintball. Tapi seronok sangat pergi kursus kali ni sebab penceramahnya tersangat la....kelakarnya.....Asyik gelak jer sepanjang kursus.....Sampai lenguh tulang pipi nak gelak....Nasib baik tulang pipi kita tak cramp...huhuhu....

Hari ketiga kita masih demam. Badan orang yang jarang bersenam memang macam tu. Lari jer sikit jadual dari kebiasaan atau terlebih jer penggunaan tenaga sikit, mula la tak dapat nak sesuaikan diri....lalu demam.....

Korang layankan jer la gambar-gambar kita kat sana. Tapi gambar masa main paintball tak adoooo sebab kita tak larat dah nak bergambar-gambar ni....badan tak sihat......


Xtvt : Corporate War Games (letak benda yang hitam tu sikit-sikit jer kat muka....bajet muka comel....hehehe)


Masa nak balik ke bilik sempat lagi bergambar padahal dah pukul 12+++am



Dr. Fairus dan Dr. Leow yang tak puas bertempur kot.....

Ni la bilik kita masa kursus tu

Bersama Ayu, room-mate sepanjang kursus (nape pulak terbuntang mata kita tu?)

Ahli kumpulan kita (10 orang) bersama penceramah dan urusetia

Apa ntah nama xtvt ni. Tapi kumpulan kami menang.

Bergambar bersama penceramah

Xtvt : The Last samurai (setiap orang kena cari 1 nama jepun untuk diri sendiri)

Kumpulan kami adalah juara keseluruhan dalam kursus tu (tapi hadiah semua sama jer)

Khamis, 22 September 2011

Jamuan raya MPOB

Selagi tak habis Syawal, selagi tu la ada jamuan raya. Kadang-kadang dah masuk bulan Zulkaedah pun masih ada yang buat jamuan raya lagi, tak sempat katanya nak buat bulan Syawal, betul tak?

Maka berseronoklah kepada sesapa yang dapat makan untuk jamuan raya tu. Tapi awas!!!! Jangan terlebih makan, nanti tak muat pulak koleksi baju dalam almari tu macam kita ni...hehehe.....

Hari Isnin ari tu kat MPOB ni (tempat kita kerja ni la) buat jamuan raya. Biasanya kami ambik pot kat dalam dewan, tapi hari tu nak alih angin sikit kami duduk kat khemah luar.

Menu tahun ni adalah nasi briani, laksa johor, rendang daging, lemang, kambing golek dan macam-macam lagi la. Boleh dikatakan setiap tahun jamuan raya kat MPOB ni gunakan khidmat catering D'Saji.

Ok, layan gambar la pulak.......

Kami beramai-ramai nak ke jamuan raya

Bergosip dulu sebelum ambil makanan...hehehe

Kak Zaini, Kak Nita, Pek Lan dan Grace

Kita dan Katie



Punyalah panjang beratur nak ambil makanan



Masing-masing dah dapat makanan

Grace, Katie dan Iza : Tengah beratur nak ambil cendol
Hari ni ada lagi jamuan raya (makan lagi.....hehehe...). Kali ni jamuan raya group pulak (Group Genomics). Nanti kita update ye....

Jumaat, 26 Ogos 2011

Sangat kecewa dengar berita ni

Tadi baru jer kita kata entry sebelum ni adalah entry terakhir dalam bulan puasa ni. Tapi kita kena jugak buat entry ni.

Sebelum balik tadi kita dapat tahu cerita ni. Kita rasa kecewa sesangat. Kenapalah dalam bulan yang mulia ni dah tu nak penghujung ramadhan dah, ada jugak orang yang bermulut jahat. Tak takut dosa ke? Bukan ke dihujung-hujung puasa ni kita lagi digalakkan melipatgandakan amalan?

Dia baru jer masuk group (kerja) kita, baru sebulan jer tapi macam mana dia boleh buat kesimpulan tentang hati budi, kelakuan dan sebagainya pasal seseorang yang dia baru kenal sebulan tu? Padahal dia pun jarang bercakap dengan kita.

Apa yang telah kita buat sampai dia nak kata benda yang tak baik pasal kita? Kita rasa kecewa sangat kat sorang ni (kita namakan A). Ada ke dia cakap kat B yang kita bising-bising sebab B mintak tolong kat kita masa B nak keluar tengahari tadi. Padahal dia yang cakap lebih masa tu. Dia yang tak puas hati, kata kita pulak.

Apa yang kita kecewa sangat tu dia menambah pulak citer.....Apa masalah dia yang sebenarnya. Selama sebulan ni kita bantu dia mana2 benda yang dia mintak tolong tu (bukan nak mengungkit), tapi ni balasan dia kat kita. Orang macam ni memang tak boleh di buat baik. Buat baik macam mana pun kita akan dipijak-pijak jugak.

Orang macam ni memang tak patut ada dalam organisasi sebab membawa pengaruh negetif dan boleh membuatkan orang bergaduh. Nasib baiklah B tanya kita hal yang sebenar, kalau tak kita tak tahu yang dia memburuk-burukkan kita dan B mesti berprasangka dengan kita.

Dia jeles ke kita baik dengan B? Kalau ye, kenapa dia nak jeles pulak?

Rasanya nak jer kita ajak A dan B bersemuka bersama tanya apa masalah dia yang sebenar. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu sapa yang cakap bohong dan sape yang cakap betul.


Selasa, 23 Ogos 2011

Ole-ole dari Netherlands dan Switzerland

Korang dah maklum kan yang bos kita dah balik dari training dan bercuti. Seperti biasa kalau dia pergi obersi waima outstation sekalipun 'kebiasaannyalah' dia akan belikan ole-ole untuk kami.

Sori la lambat sikit buat entry ni sebab tak ada mood la pulak.........sebenarnya kita baru jer dapat ole-ole tu minggu lepas.

Ni la 2 benda yang kita dapat.
Apa-apa pun terima kasih la kat bos kita sebab mengingati jugak kami di sini. Tadi baru dapat kad raya dari bos. Selalunya dia bagi last minit, dekat nak cuti bari dia bagi. Kali ni cepat sikit sebab tadi dia nak pergi out station kat Hulu Paka.

Rabu, 17 Ogos 2011

Bergambar kenangan (Khas untuk Nurul)

Entry kita kali ni tak panyak perkataan. Hanya nak tayang gambar jer masa hari terakhir Nurul kat MPOB. Layanzzzzzz....