Nuffnang Ads

Jumaat, 7 September 2012

Citer pasal pregnant pulak

Pasal bulan puasa pun tak habis nak citer lagi, apatah lagi citer pasal raya, tapi ada hati nak citer pulak pasal pregnant. Sebenarnya banyak betul citer yang kita nak story kat sini, tapi memandangkan kekangan masa yang terlampau-lampau (kekakangan masa atau tahap kemalasan yang melampau-lampau?) Whatever.....sambil goyang-goyangkan kepala dan bahu macam citer kat tv selalu tunjuk tu.

Hujung minggu ni genaplah kandungan kita 20 minggu (5 bulan). Tapi kalau ikut scan baru minggu ke 18+++. Tarikh due beza dalam 10 hari macam tu. Kalau ikutkan kita dijangka bersalin pada 28 Januari 2013, tapi kalau ikut tarikh scan pula pada 7 Febuari 2013.

Kalau sesiapa ada terjumpa kita sekarang ni mesti tak sangka kandungan kita baru 20 minggu (5 bulan) sebab perut kita macam orang dah 28 minggu (7 bulan). Masa kandungan kita 16 minggu (4 bulan), ada orang yang kata kandungan kita dah 6 bulan. Muka kita pulak dah macam kuih pau yang terlebih serbuk penaik. Badan, tak payah nak citer la kan, buat sentap hati kita jer.....huwwwwwaaaaaaa.............

Tapi kalau nak diikutkan berat kita tak naik banyak pun dan boleh turun lagi masa bulan puasa hari tu. Macam mana perut ni boleh nampak besar ek? Soalan orang yang tak boleh terima hakikat....huhuhu....

Alhamdulillah.....kesihatan kita dan baby baik cuma Dr. nasihatkan kita kurangkan pergerakan atau melalui jalan-jalan yang tidak rata (terhentak) sebab uri kita masih di bawah dan kemungkinan untuk keguguran masih tinggi.

Baby dalam kandungan kita  ni memang agresif. Setiap kali scan ada jer aksi-aksi yang dilakukan seperti melambaikan tangan (mesti korang tak percayakan?) Dr. Asmah pun turut teruja bila scan kita hari tu  bila nampak baby lambaikan tangan. Selain tu baby kita buat aksi garu hidung dan menggoyang-goyangkan badan. Comel jer bila tengok aksi dia bila Dr. scan tu.

2 minggu lagi kita akan buat detail scan. Macam tak sabar jer nak tengok aksi dia. Ok, tu jer....

1 ulasan:

Lynn berkata...

Salam angah..

Baru timbul ye..hehe