Nuffnang Ads

Isnin, 7 Januari 2013

9th Anniversary

Alhamdulillah....tanggal 19 Disember 2012 genaplah usia perkahwinan kita dan Sayang 9 tahun. Kita bersyukur sesangat sebab Allah masih panjangkan jodoh kami dan kami masih bahagia seperti dulu disamping anak-anak tersayang. 

Pada 19 Disember 2012 tu kita dapat bunga dari Sayang. Memang terkejut sesangat sebab tak target apa-apa pun dari Sayang sebab tak plan apa-apa pun kerana anak-anak kat kampung. Tak syok la kalau celebrate tanpa anak-anak. 

Balik dari kerja hari tu kami terus pergi makan. Untuk pengetahuan korang sejak bulan Disember 2012 hari tu Sayang yang hantar dan jemput kita pergi dan balik dari kerja sebab kita dah tak larat nak drive. Malam tu pulak Sayang pergi main badminton dan kita pulak dah takda benda nak buat, maka tidur awal la.

Rupa-rupanya balik dari main badminton tu Sayang bawa balik bunga dan letak sebelah kita. Ohhhh....sweetnya.....Tak sangka Sayang boleh buat kejutan macam tu. Kali ni kita betul-betul terkejut...Selalunya kita boleh baca apa yang Sayang nak buat. Terima kasih Sayang.....


Pose sebelum pergi kerja
Bunga tu hanyalah sampingan jer. Hadiah anniversary yang sebenar masih belum beli lagi...huhuhu....Hadiah anniversary kita tu kita perolehi bila balik dari Pusat Sains Negara. Kami singgah ke Mid Valley masa balik dari Pusat Sains Negara tu. Masa kat Mid Valley tu takda la rasa tak larat pulak, ok jer kita bila dapat cari barang yang kita nak....huahuahua....

Ni la hadiah anniversary kita yang ke 9.


Setiap hujung tahun kita pasti akan ke Mid Valley untuk beli perfume. Asalnya nak beli perfume Burberry tapi terbekenan dengan perfume Jimmy Choo la pulak.



Free gift
Anak-anak seronok jer dapat jalan-jalan. Dah tu belikan ais krim, lagilah seronok dia orang. Takdelah dia orang bosan. Pandai tak kita umpan anak-anak?


Tengok la muka kita yang keseronokan dapat apa yang dihajati. Hilang semua rasa tak larat tu...huhuhu

Terima kasih Sayang untuk hadiah anniversary yang ke 9 dan terima kasih jugak sebab menjadi suami yang penyayang dan memahami....Semoga hubungan ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke hujung nyawa. Amiin.........

4 ulasan:

Lynn berkata...

As salam..

Happy Anniversary angah...Semoga berkekalan hingg hujung nywa..amin..samalah kita..lyn pun bulan 4 ni 9 tahun..rasa lawak pulak..sebab time abang amy kawen kami berkenalan..tak sangka jodoh lyn dengan abg..

Hilda berkata...

Tq Lynn....amiin..

nadiya berkata...

berapa harga perfume jimmy choo tu kak ? bleh bgtau ?

Hilda berkata...

Kalau tak silap harga perfume tu dlm RM200++ @nadiya