Nuffnang Ads

Selasa, 21 Disember 2010

Cuti-cuti 2011

Wah.....cuti2 2011? 2010 pun belum habis lagi ada hati nak pikir cuti2 2011....

Kita ni memang mcm ni, suka sgat merancang....pegi @ tak, itu belakang kira....

Kena plan awal2 sikit sbb x nak jadi mcm tahun ni..Tahun ni kurang perancangan, sbb tu la asyik pegi tempat yg sama je sbb tempat yg kita org nak pegi tu hotel dah penuh...kalau dh tau nak berjalan tu booking la 2 month in advance, ni tidak 2 minggu sblm pegi baru terhegeh2 nak booking hotel...tambah2 skrg ni cuti sek, lagi la payah...

Kita org ni cuti2 dlm Malaysia je buat masa skrg...belum mampu lagi nak cuti ke luar negara...
Anak kita yg sulung tu (Harith) heboh sangat ajak kita pegi bercuti kat luar negara. Nak tau kat mana dia nak pegi?

Korang jangan terkejut pulak sbb mula2 dia cakap nak pegi tempat tu pun kita mcm x percaya je....kat mana la dia dpt tahu tempat tu...Apa yg istimewanya tempat tu pun kita x tahu ....bila kita tanya kenapa dia nak pegi sana dia hanya kata tempat tu best...x tahu la apa yg best sangat pada pandangan dia....

Korang...., Harith sebenarnya nak pegi Mexico.....siap boleh tanya kita & ayah dia lagi berapa tambang nak pegi sana & tanya lagi yg duit dia kat dalam bank tu dah cukup utk pegi sana ke belum....

Sampaikan atuk & uwan dia boleh tanya dia lagi bila dia nak pegi Mexico...Harith ni memang suka bercerita  & bertanya...Semua benda dia nak tanya & cerita kat orang, so kita orang mmg berhati2 kalau nak cakap @ plan apa2 sbb takut dia cerita kat org...hehehe

Eehhh...dah citer pasal Harith pulak....tukar tajuk la pulak...

Apa2 pun tahun depan kita org akan plan betul2 utk pergi bercuti....adik kita ada bagi hint utk pegi Sabah, tapi tengok la mcm mana nnt...

Tempat bercuti tu masih lagi dlm perbincangan.....but by end of this year mesti dah ada lokasi yg specific...
kalau korang ada cadangan tempat2 yg best bagitahu la ye....

Tiada ulasan: