Nuffnang Ads

Rabu, 22 Disember 2010

::Derma Darah::

Nak citer sikit kat korang yg hari ni dalam sejarah sbb buat pertama kalinya kita g derma darah....excuse me, derma darah okeh....bukan derma dara.....

Pukul 8.45am, kawan kita call nak tanya samada nak g derma darah atau x.....Apa! derma darah? punya la cuak waktu tu sbb x pernah terfikir pun nak derma darah ni. Oleh sebab tu la yg kita x elert pun bahawa hari ini ada program berkenaan sempena Minggu Q kat MPOB ni. Tapi kita x boleh nak bagi jawapan waktu tu sbb nak tanya Abang Misai kita dulu....

Dengan segera tangan ni laju je dail no Abang Misai kita tu....Kita tanya pendapat dia samada boleh x kita nak derma darah...Dia pun bagi la pendapat dia..Sambil tu kita tanya la dia samada dia pernah derma darah atau x, mana la tau boleh kongsi pengalaman....hampeh.....dia pun belum pernah derma darah lagi...Tapi apa2 pun dia tetap bagi semangat kat isteri dia ni supaya derma je darah yg ada....hehehe

Untuk pengetahuan korang kita pernah jugak cuba nak derma darah masa tahun 2003 dulu, tapi reject sbb x cukup berat badan, lepas tu tiap2 tahun ada je halangan utk membolehkan kita derma darah dengan pregnantnye, breast feed dan segala bagai alasan la....

Dan akhirnya......dengan tangan dan kaki menjadi sejuk secara tetiba (macam nak g interview la pulak) darah kita berjaya di dermakan dengan jayanya...Lepas derma darah, dia org kasik makan (muffin & air milo) serta dapat la cenderahati (payung) sbb menderma.

Disebabkan kerja kita x banyak ari ni, kita pun singgah la kat kaunter pemeriksaan kesihatan...Dia check tinggi, berat badan, BMI, blood pressure dan diabetic test. Memang seperti ku duga, BMI kita berada antara kelompok ok & pre obes.....dah tu bacaan diabetic test pulak tinggi (8.3) sepatutnya kalau puasa bacaan dia paling tinggi 5.8 dan kalau lepas makan 7.8.

Mulai hari ni kita kena jaga pemakanan sbb x nak kena makan ubat diabetic seumur hidup...jaga makan juga perlu untuk mengelakkan dari masuk kelompok BMI obes....

Tiada ulasan: