Pagi ni kita kejutkan anak dari tidur sebaik mungkin. Tak nak la mood dia orang tak ok pepagi Isnin ni kan? Lagi pun kita tak nak mood kita pun bermasalah pepagi ni.....sebab dah dapat rasakan badan tak beberapa nak ok untuk pergi kerja hari ni.....
Alhamdulillah....kita dapat kawal perasaan dan emosi melayan kerenah budak 2. Walaupun tadi Harith ada merajuk sikit, tapi masih terkawal. Merajuk pun pasal suruh kita beli kuih 'burger malaysia', sedangkan kat rumah dia dah makan rori bakar 2 keping dan milo 1 mug. Bukannya tak nak beli tapi kita dah lewat untuk ke tempat kerja...... Bila dah janji dengan dia kita akan beli esok, baru la mood dia ok sikit.
Bila Harith dah ok, Adriana pulak buat hal........Masa ni la rasa nak naik angin ni, dah la kita rasa tak sedap badan dah tu lewat pulak dari biasa, dia buat hal pulak........Bila kita dah kunci pintu boleh dia menangis tanya mana anak patung dia!!!!!!
Memang nak kena budak ni....... dia dah lupa ke? Anak patung dia ada kat penyidai, kita basuh sebab jatuh dalam longkang masa kat kampung semalam. Tu la.....sape suruh angkut anak patung tu kehulu-kehilir?
Bila kita explain yang anak patung dia basah lagi, boleh pulak dia merajuk dengan kita......salah kita ke? Memang tak sesuai betul budak ni......Dah tu tak nak bercakap dengan kita masa dalam kereta....merajuk
la tu.....Tak pasal-pasal jer merajuk dengan kita......padahal salah dia......sabar je la......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan