Hari Sabtu lepas kita sarapan kat luar. Lepas hantar Harith kat sekolah untuk ikut lawatan sekolah kita balik rumah jap nak ambik apa ntah lepas tu terus keluar semula pergi sarapan.
Sebenarnya sebelum hantar Harith tu kami dah sarapan roti canai segera kat rumah, tapi macam tak kenyang jer kan? Jadinya nak jugak sarapan lagi.....
Kami pilih untuk sarapan kat Stadium Paroi sana (Selera Pinggiran). Macam-macam yang best kat sana, ada nasi lemak kukus dengan beraneka lauk (sotong, kerang, rendang daging dan ayam serta lain2), mee soto, mee rebus dan macam-macam lagi la......Bagi kita makanan kat sana memang menepati selera kita. Kita selalu order mee rebus....
Nak jadikan cerita, kita tengah duduk kat meje (cuppp meja sebab orang ramai) dan Sayang pulak pergi order, nak tunggu dia orang ambik order takut lambat...tengah Sayang beratur nak order makanan dia panggil kita, lebih kurang macam ni la yang dia cakap "Bu, ibu nak ambik gambar dengan Aidil kan? (pemain bola sepak N. sembilan tuuuu) Tu ha dia tengah minum dengan kawan2 dia."
Dengan gelojoh terus kita bangun pandang ke arah suspek (suspek ker?) Ye la.....wah...akhirnya dapat jugak tengok muka dia dari dekat. Aidil makan kat kedai sebelah, tapi jaraknya dengan tempat duduk kami memang dekat. Kita rasa dia baru habis latihan kot sebab malam tu ada perlawanan antara N.Sembilan dengan pasukan mana ntah...
Terus kita tukar tempat duduk ke meja sebelah (kebetulan orang tu dah habis makan) kerana pandangan lebih jelas untuk tengok Aidil. Lama jugak mamat tu minum sedangkan kawan-kawannya dah ramai yang balik.
Nak ambik gambar, kita cuma ada kamera hp jer....memang tak jelas kalau guna kamera hp kita....Sayang siap offer lagi guna kamera hp dia, tapi kita pulak malu nak ambik...... Nak pergi dekat2 cakap dengan dia yang kita nak bergambar dengan dia, memang takkkkk la kan......sebab tahap pemalu kita ni sangat la tinggi......(ye ke?)
Walauapapun, impian (impian ke?) kita dah tercapai jugak untuk tengok dia secara dekat tercapai......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan