Dah masuk 2 minggu umat Islam berpuasa dan baru sekarang kita berpeluang untuk menulis dalam blog yang suam-suam kuku ni.......sedeyyy.......
Hari ni kita punya kekuatan untuk menulis kat blog ni setelah mc seminggu keje seminggu lepas tu mc lagi seminggu dan kerja balik, lepas tu keje sehari mc pulak esoknya. Pendek kata asyik mc jer la keje kita ni sampai dah naik menyampah kawan-kawan kat opis tengok kita (pandai-pandai jer kan kita buat andaian di bulan yang mulia ni.....tak baik kan.....)
Pregnant kali ni banyak sikit dugaannya....Tapi setakat hari ni kita masih lagi dapat berpuasa penuh walau pun muntah (muntah yang bukan disengajakan ye). Pagi tadi pun muntah lagi.
Almaklumlah....pregnant bila umur dah meningkat ni macam-macam hal pulak berlaku...macam la dah tua sangat ko tu Hilda ooiiii....(sebenarnya orang lain pregnant umur 40an pun ok jer....)
Setelah 2 kali keguguran sebelum ni, kita lebih berhati-hati. Tak nak la degil macam dulu walaupun hakikatnya masih degil...huhuhu...Bukan apa, pregnant sebelum ni kalau tak larat pun kita masih buat jugak kerja, selagi terdaya buat jugak sebab takut orang mengata yang kita ni mengada-ngada.
Seboleh-bolehnya tak nak banyak sangat mc ketika mengandung. Tu pasal la masa mengandung sebelum ni bila demam pun masih kuat pergi kerja, dan akhirnya diri sendiri yang merana keguguran. Orang lain tak nampak semua tu.
Kali ni kita dah tak kisah apa pun orang nak cakap sebab bukan dia orang yang tanggung semua tu. Nasib baik la family kita memahami, terutama Sayang kita tu. Terima kasih ye Sayang di atas kesabaran melayan kerenah kita yang macam-macam ni... :)
Pregnant kali ni bila balik jer kampung kita akan diberi pengecualian dari buat sebarang kerja. Akak ko rasa macam 'mem' besar pulak bila hanya memandang dari jauh adik-beradik bertungkus lumus di dapur dan akak ko ni berseronok main game kat handphone.......hahaha.....akak sukeeeeeeeeee....
Esok kami adik-beradik akan menyambut birthday mak di kampung. Pembahagian tugas untuk memasak pun dah diagih-agihkan. Memang la kita ditugaskan untuk memasak ikan siakap sweet sour sebanyak 5 ekor macam tu, tapi adik-adik kesayangan kita dah berjanji akan menggantikan tugas kita tu kerana kesiankan kakak kesayangan dia orang ni......love you la my adik-adik........
2 ulasan:
Salam angah..
Lynn pun seram je dengar bile org ngandung ni alahai..kalau dikenang2 alahan lynn..sampai hari ni masih lagi takut nak mengandung..tak sedia..tambah2 jauh macam ni..takde org boleh picit kaki..takde org boleh urut belakang bile muntah..biarlah org lain potong line lynn..heheheh..anyway..just take care urself and ur baby..selamat berbuke..eh..puasa ke..?hehehehe
Terima kasih Lynn...Nak tak nak Angah kene pregnant jugak sebab umur Angah dah semakin meningkat dan Nana pun dah 7 tahun.
Alhamdulillah...setakat hari ni Angah masih belum tinggal puasa lagi. Harap2 dapat puasa penuh tahun ni :)
Catat Ulasan