Nuffnang Ads

Khamis, 12 Julai 2012

Adoiyainyapun....


Korang tahu kan yang kita tengah meng'mc'kan diri. Jadinya ko duduk la kat rumah tu diam-diam dan buat cara orang yang tengah mc kan... 

Tapi tadi, dekat pukul 10 kita dapat call dari sekolah. Ingatkan Harith kena asthma kat sekolah, rupa-rupanya pasal Adriana. Cikgu suruh datang sekolah sebab Adriana dah terberak dalam seluar. Memang la dah cuci semua tu tapi seluar spare yang ada kat sekolah tu semuanya besar. Kesian pulak cikgu tu tengok Adriana pakai seluar yang besar dan tak selesa.

Boleh tak boleh kita kena jugak pergi sekolah untuk hantar baju. Nasib jugak kita tengah mc, kalau tak siapa yang nak hantar baju kat dia. Takkan kita yang tengah kerja kat Bangi tu nak balik semata-mata nak hantar baju.

Sampai jer sekolah kita tanya la kenapa dia berak dalam seluar, dia kata masa dia nak masuk tandas tadi tandas tu berkunci. Korang rasa logik tak jawapan Adriana tu?

Hai....macam-macam ragam la kamu ni wahai anak....

Tiada ulasan: