Nuffnang Ads

Khamis, 29 Mei 2014

Imam Muda Harith


Alhamdulillah...Harith ada menunjukkan ciri-ciri yang kita inginkan semenjak dari kita mengandungkan dia dulu. Semasa mengandungkan Harith dulu kita selalu berdoa agar anak yang kita kandungkan itu akan jadi penghafaz Al-Quran.

Walaupun kita tak hantar dia ke sekolah agama sepenuhnya, tapi dia ada menunjukkan ciri-ciri yang kita impikan.

Minggu lepas dia ada saringan pemilihan untuk Program Imam Muda peringkat sekolah. Saringan Imam Muda ni terdiri dari murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Puas la Harith minta kita doakan agar dia berjaya dalam ujian saringan tu. Ada satu buku tu (cikgu bagi) untuk dia dan peserta-peserta yang terpilih untuk saringan Imam Muda kene hafal. Dia ada bagitahu yang dia kene hafalkan bacaan-bacaan dalam buku tu seperti wirid, doa qunut, niat tayamum, doa selepas solat dan macam-macam lagi la...

Ibu mana yang tak nak anak mereka berjaya kan? Sudah tentu la kita mendoakan dia dan adik-adiknya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Itulah yang kita doakan semenjak kita mengandungkan mereka lagi.

Harith gembira sangat apabila dia terpilih untuk Imam Muda kali ini. Seramai 8 orang sahaja peserta Imam Muda yang akan dinilai sehingga hujung tahun ni. Kalau Harith gembira, hati ibunya lagi la berbunga-bunga bila anaknya berjaya terpilih.



Imam Muda Harith (IM Harith) gambar bawah, 3 dari kiri.
Semoga anak ibu kekal menjadi Imam Muda untuk keluarga dan seterusnya untuk masyarakat...amin.....

Khamis, 22 Mei 2014

Kad Hari Ibu

Cerita yang dah basi tapi kita tetap nak citer jugaks...Kejadian 2 minggu sudah. Hari ibu tahun ni kami sekeluarga tak sambut pun..Macam takde apa-apa jer...Tak tau kenapa...Tapi kita tak kisah pun...

Mungkin sebab hari Ahad tu kami pergi kenduri akiqah anak abang kot, sebab tu tak rasa apa-apa... Namun begitu......cewahhhh....(macam nak buat karangan apa ntah ayat kita ni....) anak-anak tetap ingat hari untuk ibu mereka....

Mereka dah siap-siap buatkan kad untuk kita. Terharu ibu tau.....Ini dah cukup bermakna sebab dia orang ingat jugak kat ibu mereka ni....

Kad ni dari Adriana....



Nak gelak baca kata-kata dari Adriana ni "Selama ini ibu telah beri kakak makan dan ibu juga telah membesarkan kakak dari 1 bulan hingga darjah 3"


Ni pulak kad dari Harith. Tahun ni ada peningkatan sikit. Pandai dah dia guna kertas warna warna untuk buat kad hari ibu. Mungkin dia tahu yang dia tak berseni macam Adriana, maka penggunaan kertas warna akan menampakkan kad dia lebih menyerlah. Kita tak kisah pun...Dia orang ingat tu pun dah kira bersyukur sangat-sangat.....


Kad Harith ni siap pantun lagi. Tapi yang kelakarnya setiap permulaan pantun dia guna "dua tiga". Tapi kita tetap puji usaha dia nak cipta pantun untuk kita.


Korang perasan tak yang dia suka sangat buat huruf 'S'. Kita pun ada tanya jugak apa maknanya huruf 'S' tu...Jawapannya mudah jer "abang suka buat huruf "S" jadi abang buat jer la".....Apa-apa lah abang.....


Terima kasih anak-anak ibu sebab hargai ibu...Tak sabar pulak nak tunggu Adelia besar....Adakah kad untuk ibu di Hari Ibu nanti?

Isnin, 5 Mei 2014

Mak Jemah vs Kepochi

Budak sorang ni memang sentiasa membuatkan kita selalu rindu dan tak sabar nak balik rumah. Bila memikirkan keletahnya boleh membuatkan kita tersenyum sorang-sorang.

Usia Adelia bakal mencecah 1 tahun 4 bulan pada hari Sabtu ni (10 Mei 2014). Sekarang ni dah macam-macam benda yang dia belajar. Buat masa ni dia suka sangat tiru apa yang kita buat. Jadi kita kene hati-hati sikit takut dia terikut benda yang salah.

Salah satu perkara buruk kita yang dia terikut adalah cakap kuat-kuat. Biasalah, bila kita panggil kakak dan abang dia sekali dua tak dengar tu, maka volume suara kita tu akan terkuat la. Selama ni dia perati jer, sekarang dia pulak suka cakap kuat-kuat.

Adelia ni pantang jer dengar muzik mulalah nak berjoget atau goyangkan badan dia. Budak kecik sorang ni pun tersangatlah pandai ambil hati. Bila kita marah dia mulalah datang dekat nak peluk dan cium sambil buat-buat citer. Kalau tak pun dia pergi kat tempat kita biasa solat tu pura-pura rukuk atau sujud (macam solat).

Jom layan gambar dan dialog Adelia..........


"jom kita gi shopping, I dah ready ni"
"ok, kita jumpa kat Pavi ye"
"you ni suka buat suprise kat I tau....terkejut I"

"eh...I lupa la nama you"
"laaaa...macam tu ker citernye..."
"I nak pegi tengok la....macam ada  orang gaduh jer tu"
"Ni la kakak I, Adriana nama dia"
"sape lagi comel, I atau kakak I ?"
"cakap jer la...I tak kisah pun..."
"ok ok....I tahu mesti you nak kata I lagi comel kan?"


Jumaat, 2 Mei 2014

Hari cuti memasak

Wahhh....tajuk...kemain kan...
Bukan kita ni selalu jer hari cuti memasak ke?...hahaha

Semalam kan hari pekerja, jadi awal-awal pagi tu dah keluar beriadah. Maka bersarapan kat luar la kita ye. Bila balik badan dah penat, nak masak memang 1000 kali kene fikir la kan. Balik dari riadah tu dah pukul 11pagi. Nak settle kain baju untuk dicuci, nak mengemas serba sikit kat dapur, nak menyapu lagi maka badan dah terlalu penat (penat la sangat kenzz..)

Jadinya tengahari tu akak ko ni dah tak berdaya nak memasak....hahaha...poyo betul kan? Oleh itu marilah kita makan di luar. Kepala pun dah tak tau nak makan kat mana dan nak makan apa. Bila kereta dah gerak baru nak bincang makan kat mana. Ikut kata hati la jawabnya..

Mula-mula tu ingat nak makan kat area Stadium Paroi sana, tapi pagi tu baru jer sarapan kat sana. Maka kita ubah rancangan. Apa kata kita makan kat Mama One Stop Bakery & Cafe. Selalu lalu kat sana asyik pandang jer orang makan. Macam best jer dapat makan kat sana sambil tengok kereta lalu.

Kita belum pernah makan kat sana lagi. Kalau singgah kat sana pun beli donut dia jer....itu pun tapau bawak balik. Kali ni nak merasa pulak makan kat sana.

Lupa lak nak bagitahu lokasinya...Mama One Stop Bakery & Cafe ni terletak kat Kg. Sentosa, Paroi. Kat sini ada jual pelbagai jenis donut (kat tingkat bawah), tingkat atas pula cafe. Cafe dia ada jual set makan tengahari, aneka mee, nasi ayam, nasi lemak dan beberapa menu lagi. Kalau nak makan makanan western sila datang waktu malam ye...

Seronok la anak-anak kita bila makan kat sini sebab cafenya terletak di tingkat atas maka sambil makan boleh tengok kereta yang lalu kat bahagian bawah. Kawasannya pula berangin...memang selesa..Kita lagi la super duper seronokkan...tambah pulak bab-bab makan ni akak ko ni memang ratu....cuti pulak dari memasak....wahhh...berganda-ganda seronoknya kenzzz...hahaha..dasar sangat.....



Tingkat bawah (aneka jenis donut)
Wajah gembira nak makan
Antara menu yang kita order
Nasi ayam
Nasi lemak rendang ayam

Adelia pun makan sekali
Bila dah kenyang marilah kita bergambar 



Riadah santai

1 Mei 2014 (Khamis)

Cuti hari pekerja ni kami meluangkan masa untuk beriadah bersama anak-anak. Dah lama sangat tak lakukan aktiviti riadah ni. Asyik tak berkesempatan jer. Kami beriadah di Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi. 

Sesuai sangat cuaca pagi tu, redup jer...Masa kami sampai dalam pukul 7.30 pagi tu ada juga orang yang dah nak balik, dah siap jogging kot...Adakah kita yang terlewat sampai???

Kat bawah ni adalah kasut Adriana masa kecik dulu (masa umur 1-2 tahun). Sekarang kita turunkan untuk Adelia pulak. Akak ko ni kan penjimat.... 

 Jom layan gambar...
Suka betul Adelia dapat bebas macam ni







Kita cuma main badminton jer, tak sempat nak jogging sebab melayan Adelia. Balik dari Kompleks Sukan tu punya la sakit badan sebab dah lama tak bersukan. Pada hal kita main badminton tu bukannya lama sangat pun.....Tak fit betul badan kita sekarang ni sebab main sekejap jer dah sakit-sakit badan...Kene selalu bersenam ni....

Rabu, 30 April 2014

Mr. Kabab

Siapakah Mr. Kabab? Siapakah gerangan orang yang bernama Mr. Kabab sehingga menjadi pujaan hati. Pujaan hati siapa? Sama-sama kita cari....hahaha...

Siapa pernah dengar nama Mr. Kabab? 

Banyak sangat persoalannya ye....Ok la...ok la....kita citer...Mr. Kabab ni bukanlah kekasih gelap atau terang kita....Nanti merajuk pulak Sayang kita bila dengar kita ada kekasih gelap ni.....Silap-silap boleh perang dunia ketiga kalau kita ada kekasih gelap....Nauzubillah.....jauhkanlah....

Mr. Kabab ni adalah sebuah restoran. Nama penuh restoran ni adalah Mr. Kabab & Biryani. Ia terletak di Presint 15, Putrajaya. Memandangkan restoran ni dekat dengan opis kita maka kita selalu jugak la makan kat sana.

Maaf ye...akak ko ni dan makanan memang senonim. Korang mesti perasan bila sebut jer Hilda akan teringat makanan dan bila sebut makanan jer maka akan teringatkan Hilda. Batul tak? Kita dan citer pasal makanan memang tidak dapat dipisahkan...Maklum la...penchentaaa makanan...hahaha....Oleh itu korang sudah tentu maklum dengan badan kita yang bagai dipam-pam ni....

Kita suka makan naan kat restoran Mr. Kabab ni....Kita dah pernah cuba naan butter dan naan garlic...Terbaik.....Lembut jer naan dia....

Sayang seribu kali sayang....gambar tak ada pulak nak tunjuk kat korang....Tak sempat nak ambik gambar sebab makanan dia terlalu menyelerakan. Bila dah abis makan baru teringat nak ambik gambar...huhuhu...abih camno....


Isnin, 28 April 2014

Burgerbyte...yummmeeyyy

Kita tengah lapar ni. Akak ko ni bila tengah lapar mula la nak citer pasal makanan. Akak ko ni kan pencenthaaaa makanan....I love food....huahuahua..

Kali ni nak citer pasal burgerbyte. Burgerbyte yang kita pegi ni kat area Taman Guru (Jalan Paroi Senawang). Kedai ni mula operasi seawal pukul 5 petang. Kalau nak makan tengahari memang takde la....

Huwaa....tak mampu nak sambung citer...lapar sangat ni....baru pukul 12pm....Layan gambar jer la....