Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Mei 2014

Hari cuti memasak

Wahhh....tajuk...kemain kan...
Bukan kita ni selalu jer hari cuti memasak ke?...hahaha

Semalam kan hari pekerja, jadi awal-awal pagi tu dah keluar beriadah. Maka bersarapan kat luar la kita ye. Bila balik badan dah penat, nak masak memang 1000 kali kene fikir la kan. Balik dari riadah tu dah pukul 11pagi. Nak settle kain baju untuk dicuci, nak mengemas serba sikit kat dapur, nak menyapu lagi maka badan dah terlalu penat (penat la sangat kenzz..)

Jadinya tengahari tu akak ko ni dah tak berdaya nak memasak....hahaha...poyo betul kan? Oleh itu marilah kita makan di luar. Kepala pun dah tak tau nak makan kat mana dan nak makan apa. Bila kereta dah gerak baru nak bincang makan kat mana. Ikut kata hati la jawabnya..

Mula-mula tu ingat nak makan kat area Stadium Paroi sana, tapi pagi tu baru jer sarapan kat sana. Maka kita ubah rancangan. Apa kata kita makan kat Mama One Stop Bakery & Cafe. Selalu lalu kat sana asyik pandang jer orang makan. Macam best jer dapat makan kat sana sambil tengok kereta lalu.

Kita belum pernah makan kat sana lagi. Kalau singgah kat sana pun beli donut dia jer....itu pun tapau bawak balik. Kali ni nak merasa pulak makan kat sana.

Lupa lak nak bagitahu lokasinya...Mama One Stop Bakery & Cafe ni terletak kat Kg. Sentosa, Paroi. Kat sini ada jual pelbagai jenis donut (kat tingkat bawah), tingkat atas pula cafe. Cafe dia ada jual set makan tengahari, aneka mee, nasi ayam, nasi lemak dan beberapa menu lagi. Kalau nak makan makanan western sila datang waktu malam ye...

Seronok la anak-anak kita bila makan kat sini sebab cafenya terletak di tingkat atas maka sambil makan boleh tengok kereta yang lalu kat bahagian bawah. Kawasannya pula berangin...memang selesa..Kita lagi la super duper seronokkan...tambah pulak bab-bab makan ni akak ko ni memang ratu....cuti pulak dari memasak....wahhh...berganda-ganda seronoknya kenzzz...hahaha..dasar sangat.....



Tingkat bawah (aneka jenis donut)
Wajah gembira nak makan
Antara menu yang kita order
Nasi ayam
Nasi lemak rendang ayam

Adelia pun makan sekali
Bila dah kenyang marilah kita bergambar 



Tiada ulasan: