Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Mei 2014

Riadah santai

1 Mei 2014 (Khamis)

Cuti hari pekerja ni kami meluangkan masa untuk beriadah bersama anak-anak. Dah lama sangat tak lakukan aktiviti riadah ni. Asyik tak berkesempatan jer. Kami beriadah di Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi. 

Sesuai sangat cuaca pagi tu, redup jer...Masa kami sampai dalam pukul 7.30 pagi tu ada juga orang yang dah nak balik, dah siap jogging kot...Adakah kita yang terlewat sampai???

Kat bawah ni adalah kasut Adriana masa kecik dulu (masa umur 1-2 tahun). Sekarang kita turunkan untuk Adelia pulak. Akak ko ni kan penjimat.... 

 Jom layan gambar...
Suka betul Adelia dapat bebas macam ni







Kita cuma main badminton jer, tak sempat nak jogging sebab melayan Adelia. Balik dari Kompleks Sukan tu punya la sakit badan sebab dah lama tak bersukan. Pada hal kita main badminton tu bukannya lama sangat pun.....Tak fit betul badan kita sekarang ni sebab main sekejap jer dah sakit-sakit badan...Kene selalu bersenam ni....

Tiada ulasan: