Nuffnang Ads

Khamis, 12 Julai 2012

Baru nak umumkan



Read: Macam PM nak umumkan bonus. So,korang mesti rasa teruja okeyyyyy.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi yang berbahagia ini dengan sukacitanya saya mengumumkan bahawa sekarang ini kita tengah mengandung 3 bulan. Besarlah harapan kita sekiranya kawan-kawan semua dapat mendoakan kesihatan kita dan kandungan kita kali ini.

Mood: Sesangat happy walaupun kesihatan tak berapa mengizinkan.

Sebenarnya dah lama nak bagitahu tapi memandangkan kondisi kita tak berapa ok,tu yang dah 3 bulan baru umumkan.

Kita rasa ramai yang dah tahukan......

Kali ni kita check up kat 2 tempat iaitu di Klinik Kesihatan Senawang (KKS) dan Senawang Specialist Hospital (Salam). Kita  check up kat 2 tempat ni kerana 

1. KKS : sebab kita kena bersalin dekat hospital kerajaan disebabkan kita punyai masalah masa bersalin yang ke 2 dulu. Jadinya perlu buat buku dekat KKS.

2. Salam : untuk pemeriksaan yang lebih detail dan ia dekat dengan rumah serta doktornya perempuan (Dr. Asmah). Nak pergi KPJ doktornya lelaki dan agak jauh jugak, nak pergi Hospital Columbia pun jauh jugak walaupun doktornya perempuan.

Kita pilih Hospital Salam ni adalah untuk langkah berjaga-jaga. Kita tak nak jadi macam kandungan kita yang sebelum ni. Bila kita bagitahu kat doktor KKS yang bahagia bawah perut kita sakit dia boleh kata yang rahim kita nak mebesar sebab tu sakit. Tiada tindakan susulan sehinggalah kita keguguran.

Bukan la kita nak salahkan doktor semata-mata, tetapi dia macam tak ambil peduli langsung dengan masalah atau aduan kita atau mungkin pesakit terlalu ramai dan dia pun tak sempat nak ambil tahu masalah pesakit.

Sekarang ni sekurang-kurangnya kita dah tahu tahap kesihatan kita dan Dr. Asmah dan explain dengan terperinci mengenai situasi kita dan langkah-langkah yang perlu.

1 ulasan:

Lynn berkata...

Salam angah..wah wah..tahniah....mood : terkedu..hihihi..