Hari ni kita masih meng'mc'kan diri selama seminggu lagi. Kali ni akak ko ni betul-betul tak fit. Kita start mc dari hari Isnin hari tu sampai Isnin minggu depan. Tak tahu la pulak kalau sambung mc lagi.
Hari ni pergi nyerah diri minum air gula. Rasa nak pitam jugak la nak menghabiskan secawan air gula tu. Rasa nak muntah tu jangan cakap la....Kita tengok orang lain sekejap jer dah habis minum secawan air gula tu. Kita pulak punya la seksa nak menghabiskannya.
Kita nyaris jer termuntah kat klinik tadi. Puas nak menahan muntah dari terkeluar. Sampai rumah terus membaringkan diri.
Ok la nak sambung rehat, perut rasa tak ok dan tekak rasa nak termuntah....Nampak gayanya blog ni akan sunyi sepi untuk beberapa ketika......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan