Awal tahun ni kita mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada orang-orang disekeliling kita. Kita nak ucapkan tahniah kepada 2 orang sepupu kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.
Aminah, walaupun orangnya biasa-biasa jer dan low profile tapi anda adalah seorang yang hebat kerana telah berjaya mendapat 9A. Tahniah jugak sebab dapat membuatkan mak dan abah bangga dengan kejayaan anda.
Buat Shikin juga tahniah angah ucapkan kerana berjaya dapat 7A. Teruskan usaha anda untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi SPM kelak seterusnya berjaya memasuki ke universiti yang anda berdua idam-idamkan.
Tahniah juga buat kawan-kawan kita yang selamat melahirkan anak-anak yang comel. Maaf, tak sempat nak pergi ziarah lagi. Iza, tahniah dapat baby girl pada 29 Dec 2011. Ahamdulillah, dah dapat sepasang. Buat kak Ijun, tahniah jugak dapat baby girl pada 30 Dec 2011.
Kita pulak yang terlebih happy bila dapat tahu yang mereka berdua dah selamat bersalin. Tak pasal-pasal jer senyum sorang-sorang sebab happy dengar kawan-kawan dapat menimang cahaya mata, rezeki dari Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan