Nuffnang Ads

Rabu, 29 Februari 2012

Jom Heboh di Bangi

Apa??? Jom Heboh di Bangi? Kenapa, korang tak percaya? Betul......Jom Heboh buat kat Bangi......Jom Heboh kali ni bukan la dikendalikan oleh TV3 tapi kakitangan kat opis kita ni jugak yang handle benda ni.

Sempena Karnival Hari Keluarga kat opis kita kali ni mereka buat ala-ala Karnival Jom Heboh. Sepanjang kita bekerja kat sini dah macam-macam tempat kita pergi untuk Hari Keluarga. Sebelum-sebelum ni Hari Keluarga pernah di adakan di FRIM, Desa Water Park, Tiara Beach Resort, Bukit Merah dan lain-lain lagi.

Tapi tahun ni kita rasa paling best sebab banyak sangat aktiviti yang kami sekeluarga boleh masuk walaupun hanya buat di dalam kawasan MPOB ni dan makanan pun memang banyak dan banyak pilihan..

Banyak betul aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk semua kakitangan dan kita rasa semua orang pun enjoy menghadiri Karnival Hari Keluarga tahun ni.

Antara aktiviti-aktiviti yang ada :
1) Pertandingan mewarna
2) Memanah
3) Paintball
4) Flying Fox
5) Horse Riding
6) Refleksologi
7) Games Console
8) Inflatable
9) Funfair booth
10) Make Over ect.......


Harith tengah beratur nak naik flying fox

Tu la....ringan sangat, sampai setengah dah stop, terpaksa la orang tu tarik untuk sampai ke hujung

Muka cuak, tapi masih ada hati nak naik lagi tu.....

Paintball

Cubaan memanah oleh Sayang....not bad panahannya....



Dah penat berjalan, masa untuk refleksologi pulak....


Kes : aku ambik gambar ko, ko ambik gambar aku



Ohhh lupa pulak....cabutan bertuah juga ada. Kita tunggu jugak kalau nombor kita dipanggil untuk dapat ipad, tapi hampa......kena beli sendiri la nampaknya....

Tiada ulasan: