Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Februari 2012

Selain kurangkan makanan segera

Korang ingat lagi tak tentang azam kita di tahun 2012 ni? Oh ye, buat apa korang nak ingat ye tak, bukan nya dapat apa pun kalau ingat tentang azam kita tu.

Sebelum ni kita ada bagitahu yang kita nak kurangkan makan kat restoran makan makanan segera kan? Alhamdulillah, setakat hari ni memang kita dapat kurangkan makan kat sana. Satu lagi azam kita tahun ni adalah untuk kurangkan sedikit (kalau boleh nak kurangkan banyak) berat badan.

Salah satu cara untuk kita kurangkan berat badan tu selain kurangkan makan makanan segera ialah bersukan. Bukan la kita nak bersukan macam Nicol Devid tu. 

Cara kita bersukan adalah dengan berjogging dan main badminton. Itu pun cuma dapat buat sekali seminggu. Tahun ni dah beberapa kali kita pergi Kompleks Belia Dan Sukan di Paroi untuk berjogging dan main badminton.

Kita ke sana setiap pagi Sabtu (7.15-7.30) sampai la pukul 9.00. Kene pergi awal sebab kalau lewat sikit cuaca dah panas. Sebenarnya kita nak buat senamrobik tapi tak tahu pulak benda tu hari apa. Setahu kita kat sana ada buat senamrobik. Ada sesiapa tahu setiap hari apa senamrobik tu?


Kalau anak-anak dah penat, mereka boleh main di sini.




Tiada ulasan: