Nuffnang Ads

Isnin, 13 Februari 2012

Orang minyak

Disebabkan kegilaan kami sekeluarga berpicnic menyebabkan kulit kami sekeluarga dah bertukar menjadi seperti orang minyak.

Dah la kulit kita memang tak berapa nak cerah, tambah pulak kegilaan berpicnic dari pagi sampai ke lewat petang maka haruslah kulit ni bertukar menjadi kulit orang minyak.

Baru-baru ni kami berpicnic lagi di PD. Macam-macam makanan yang kami bawa. Akhir-akhir ni kita asyik pergi tempat yang ada makan-makan jer (macam mana nak kurus ni???)

Kita tak mandi laut pun, hanya anak-anak dan Sayang jer yang mandi. Kali ni kita pergi bersama adik-beradik kita seperti Abang dan anak-anak (Kak Maria baru bersalin, jadi dia tak boleh la nak ikut), keluarga Ita,Atih, Ina, Fizah, Elly serta abah dan mak.

Tapi dia orang semua tu balik dalam pukul 3-4 petang, cuma keluarga kita dan Ita jer bertahan sampai pukul 7.

Dah nak balik baru la teringat nak bergambar. Rugi pulak rasanya sebab tak bergambar sebelum dia orang balik.

Kita and Sayang

Harith and Adriana

Kitaorang dah siap kemas, tunggu family Ita pulak berkemas

Kita and Adriana yang overrr

Sayang tengok sunset

Cantik pemandangan kat sini

You see....dah berkilat kulit kita

Family kita dan Ita sebelum balik.

Tiada ulasan: