Best sangat xtvt Sabtu lepas. Sebulan lebih punya perancangan, akhirnya terlaksana jugak walaupun dua kali ubah tarikh.
Korang mesti tak sabarkan nak tahu apakah xtvtnya itu. Kita lagilah tak sabar nak kasik citer kat korang semuuuuuuaaaaaaaaa.........
Hari Sabtu lepas kita bersama-sama biras-biras feremfuuan bersatu hati nak gi jenjalan (mak-mak je yang pergi tau, anak-anak tinggal dengan ayah memasing). Bagi chance la mak-mak nak bersosial.....hahaha.....
Kami pilih Alamanda untuk perjumpaan kami yang pertama ni.
Sebenarnya kalau nak diikutkan ada 7 orang biras perempuan sebab mak mertua kita ada 7 anak lelaki. Tapi yang dapat join xtvt ni hanyalah 5 orang sahaja. Kak Long dan kak Ita tak dapat join. Takpelah lain kali kita pergi lagi ye.
Walaupun hanya berlima, tapi memang seronok (kalau tujuh2 ada lagi seronoklah kan). Kami berkumpul kat rumah kak Chek pukul 10.30am dan pukul 10.45 macam tu baru gerak ke Alamanda. Kami naik kereta kak Nani. Nak tahu sapa yang pergi? Ok, yang pergi hari tu ialah kita, Kak Ngah, Kak Chek dan Kak Nani. Kak Ee pergi sendiri sebab dia tinggal kat Puchong.
Mesti korang pelik kan kenapa semua kita panggil 'kak', apa muda sangat la ko tu Hilda? Ye la....dah husband kita anak lelaki bongsu maka isteri kepada abang-abang ipar kita harusla dipanggil kakak, tak gitu? Tapi memang kita yang paling muda pun (kalau ikut umur) antara mereka.....hahaha...nak jugak tu....
Sementara tunggu Kak Ee sampai kami gi jenjalan dulu dan bergambar (macam pelancong pulak....ececehhhh)
|
Kak Chek, Kak Ngah dan Kak Nani (yang baju purple tu) |
Lepas bergambar dan jenjalan, kak Ee pun sampai dan kami pun pergi la cari tempat untuk makan. Bincang punya bincang kami pilih untuk makan di The Manhattan Fish Market.
Sebenarnya ni pertama kali kita makan kat situ, yang lain mungkin dah pernah pergi. Kita cuba benda baru....
|
Tengah menunggu makanan sampai |
|
Quad Delight |
|
Fried Mushroom |
|
Baked Fish |
|
Poached Dory |
|
Fish n Chips Dory |
|
Grilled Catch Dory |
|
Semua hidangan bersama air Tropical Breeze |
|
Licin semua makanan bila mak-mak dah lapar |
|
Nasib baik ada kenangan ambik gambar berlima depan restoran. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan