Korang ingat tak minggu lepas mengenai keterujaan kita untuk shopping sakan sempena J Card Members' Day (hanya untuk pemegang kad Jusco sahaja).
J Card Members' Day adalah pada 8.7.2011 (Jumaat) dari pukul 8am hingga 11pm. Korang kalau nak tahu, kita siap ambil cuti untuk pergi J Card Members' Day ni tau. Dah la hari Selasa hingga Khamis pergi kursus, hari Jumaat pulak cuti, mau sakit jer hati bila orang tengok kita seminggu tak pergi opis.
Punyalah gigih, pagi-pagi lagi kita dah keluar rumah untuk shopping sakan. Ingatkan tak la ramai orang lagi, rupa-rupanya dah ada orang yang dah nak balik bila kita sampai Jusco tu dalam pukul 8.30am. Kata mula buka pukul 8am, camana dia orang boleh siap shopping awal?
Kita shopping sampai pukul 1 lebih macam tu. Pada kita, harga barang-barang dia biasa jer, tak la murah mana pun tapi kelebihan hari ni ialah dengan setiap pembelian RM100 akan dapat voucher sebanyak RM10. Jadinya kalau korang shopping hingga RM1000, korang akan dapat voucher RM100.
Selain dapat voucher korang juga dapat kumpul point.
Tujuan asal kita adalah nak cari kasut. Memang dah jumpa kasut yang berkenan di hati dan diskaun 30% tapi kasut tu adalah last pair. Sedih giler......Cari-cari lagi, memang tak jumpa yang berkenan, lagipun Jusco Seremban 2 ni tak banyak sangat pilihan kasut. Nampaknya kena pergi shopping tempat lain pulak ni (boleh terima tak alasan kita ni?)
Dekat outlet luar Jusco pun kita cari jugak, tapi takde yang berkenan. Tu tengah memilih kasut la tu. |
Hasil shopping'an pada hari tersebut. |
Dah 5 jam ber'shopping' pun masih tak dapat apa yang dihajati. Benda lain pulak yang dibeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan