Nuffnang Ads

Rabu, 4 April 2012

Dapat jugak

Hi......dengan nada ceria (buat-buat ceria macam dah lama tak jumpa). Walaupun pagi ni kita tak beberapa ceria. Disebabkan nak citer pasal benda yang happy maka permulaan ayat tu perlulah diceriakan.

Kenapa kita tak beberapa ceria tu tak penting (sila abaikan). Kita mulakan citer ke'happy'an kita tu walaupun korang tak happy. Harap-harap dengan ke'happy'an kita tu korang pun akan turut sama happy, Insya Allah.....

Sesiapa yang follow blog kita ni mesti tahu bahawa beberapa minggu lepas kita teringin (mengidam) makan cookies Famous Amos. Bukan tak ada usaha nak pergi beli, tapi macam banyak jer halangannya. Kita memang aim nak beli kat Alamanda, tu yang banyak sikit halangannya tu.

Bukannya tak ada dijual kat pasaraya macam Tesco tu, tapi kita nak beli secara timbang dan nak menikmati bau cookies yang fresh semasa membeli (kita memang terover bab-bab tu).


Nasib baik la baru-baru ni adik-adik kita kat opis ni (Katie dan Sue) tahu keinginan kita tu dan rajin pulak nak ke Alamanda, maka dapat la kita membeli cookies yang diidam-idamkan itu sambil menikmati bau yang sungguh menyelerakan (terover lagi......) hehehe........ Bagi sesiapa penggemar cookies pasti tahu nikmatnya rasa itu.

Dah alang-alang dapat pergi tu terus beli untuk 300g, puas hati kita.....

2 ulasan:

Lynn berkata...

Sedap ke angah..?cam best je..?

Hilda berkata...

Bagi sesiapa yang penggemar cookies, angah rasa mesti dia orang suka. Kalau tanya angah, memang best sangat la cookies ni....hehehe....