Nuffnang Ads

Jumaat, 23 September 2011

Not my day

Hari ni kita rasa memang bukan hari kita (walaupun masih pagi lagi nak cakap macam tu). Mana tak nya, dah 4 hari kita tak marah anak-anak pagi-pagi sebelum pergi sekolah (baru 4 hari, sebelum ni tiap-tiap hari asyik nak marah jer....hehehe....).

Tapi hari ni anak-anak buat hal tak nak bangun dan mandi. Ini semua gara-gara tidur lewat sikit dari biasa malam tadi disebabkan tengok tv. Puas dah cakap elok-elok tak nak dengar, kesudahannya keluar jugak suara hililintar ni di pagi hari......

Ok, itu satu hal.....Lepas hantar anak-anak pergi nursery, kita pun dengan semangatnya nak pergi kerja. Sampai satu traffic light tu, kita berhenti sebab lampu merah. Muka adalah maintain 'poyo' (muka akak ko ni kan serius) sambil minum air. Tetiba terasa pulak nak pandang sebelah kiri. Rupa-rupanya ada mamat tu nak usha.....(hahaha...sengal.....mana ada....). Tapi ada ke orang nak ngurat muka serius macam akak ko ni?

Mamat tu tunjuk kat arah tayar belakang kereta kita kata pancit. Alamak.....dalam hati dah pikir nak pergi kerja ke tak ni.....Dah dasar 'pemalas'......hahaha.....otak terus fikir ke situ pulak. Takpe, apa-apa hal kita berhenti kat shell sebelum tol Senawang tu dulu dan terus call Sayang.

Lepas call Sayang terus call bos bagitahu masuk lambat sikit (tak jadi nak ponteng, hehehehe). Call adik ipar minta bantuan. Tapi dia nak hantar anak pergi sekolah pulak dulu.....Takpe, terus menunggu.....

Tetiba datang abang lori 'Teh Cheeta' (macam tu ke ejaan dia?) tu tanya kita dah dapat bantuan atau belum. Dah tu siap perli kita lagi kata muka kita dah macam nak menangis......Obvious sangat ke muka kita macam nak nangis.....bukan ke muka kita ni muka serius?

Haaaa....muka kita ni memang transperant.....Bila dah panic tu muka kita memang terus bertukar jadi muka nak nangis.....padahal cuma tayar pancit jer.....

Tak lama pun nak tukar tayar tu sebenarnya.....Tapi kalau kita yang kena buat sendiri mau berjam-jam atau berhari-hari.......ye la, nak angkat tayar pun tak larat....

Dah settle semua tu kita teruskan perjalanan. Alamak.....jem pulak.....ada accident kat highway.....Huhhh....sedikit sebanyak membantutkan niat kita nak pergi bekerja lagi.....(dah dasar kan...hehehe...). Tapi dah masuk highway, tak kan nak patah balik.......

Jadi sekarang kita dah ada kat tempat kerja. Maknanya akak ko ni bukan la pemalas sangat....(motif?)

Tiada ulasan: