Nuffnang Ads

Jumaat, 2 Disember 2011

Faktor umur

Tak pasal-pasal faktor umur di jadikan alasan....Sekarang ni kita mudah sangat nak terasa hati, sentap dan seangkatan dengannya. Boleh kata mudah sangat perasaan ni nak sensitif. Korang ada tak perasaan macam tu?

Kita tak tahu la kenapa mesti nak jadi camtu. Adakah kerana kita terlalu penat atau betul ke disebabkan faktor usia. Tak boleh la orang nak cakap kasar atau kuat sikit dengan kita, mudah sangat nak terasa. Itu belum lagi yang cakap guna perkataan yang tak sedap telinga ni nak dengar.

Dah tua sangat ke kita ni sebab kaitkan faktor usia dengan perasaan yang sensitif ni? Agak-agaknya sebab tu la kita selalu kata nak cuti tanapa gaji......Faktor-faktor emosi terlalu sensitif ni la menjadi puncanya..... 

Tak kira la dengan siapa, kalau silap cakap sikit mula la hati ni sentap. Kita ada buat korang sentap tak?

Khamis, 1 Disember 2011

Tak sempat....

Sekarang ni kita asyik tak sempat jer nak undate story kat blog ni. Mangalahkan orang yang bekerja kat bidang perakaunan. Ye la.....selalunya akauntan kan akan sibuk nak tutup akaun masa hujung-hujung tahun ni..... 

Sebenarnya banyak story nak tulis kat sini. Takpe, kalau ada masa nanti kita harung 5 entry setiap hari ye.....(banyak sangat la masa kau tu Hilda......)

Ok la......saje nak jengah kat blog ni......nanti lama-lama tak jengah korang rindu kat kita pulak sampai tak boleh buat kerja......huahuahua.........



Dengar citer kat opis kita ni nak kuatkuasakan undang-undang baru. Tak boleh nak buka jaringan sosial, tak boleh bawak laptop sendiri, tak boleh guna broadband dan macam-macam lagi la yang tak boleh nak bawak atau guna kat opis ni........


Nampak gayanya kita akan menulis untuk blog ni di rumah jer la....itu pun kalau sempat.....

Jumaat, 25 November 2011

Siapa yang lebih rindu

Dah 5 hari anak-anak berada di kampung. Setiap hari juga kita sibuk menelefon mereka nak bertanya aktiviti mereka. Sebenarnya rindu nak dengar suara mereka.

Kalau mereka ada kat rumah tu selalu jer kena marah dengan kita, tapi bila dia orang tak ada kat rumah terasa sunyi sangat rumah. Walaupun rutin kita macam biasa jer, bangun pagi siapkan sarapan, pergi kerja, balik dari kerja pulak sibuk nak masak, basuh kain baju kalau tak pun lipat kain baju dan kemas apa-apa yang patut tetapi bila tak dengar suara anak-anak rasa macam sayu jer......

Bila dia orang ada kekadang dia orang ni suka cari kemarahan kita, tu yang jadi riuh rendah suara kat dalam rumah tu. Bila dah biasa bebelkan anak-anak, seminggu tak membebel ni rasa lain macam pulak......Agaknya suara riuh rendah tu la sebenarnya penghibur kita.

Beberapa hari lepas kita call anak-anak tanya dia orang rindu kat kita ke tak. Masa Sayang tanya Adriana samada rindu tak dengan ibu dan ayah, dia jawab rinduuuuuu.......sebelum tidur selalu jer dia nangis rindukan kami berdua. Masa tu la rasa sayu sangat.........

Harith pulak terlalu seronok agaknya dapat duduk kat kampung bersama sepupunya sampai macam dah tak ingat kat kami berdua.










Siapa yang lebih rindu ni, ibu dan ayah atau anak-anak?

Khamis, 24 November 2011

Pantang teringin.......

Sekarang ni ntah kenapa agaknya tekak ni nak makan macam-macam pulak.......Hari tu teringin nak makan tapai, lepas tu teringin kerepek pisang, western food dan macam-macam lagi lah.......

Dah tu perut ni asyik lapar jer.....Bila kita citer jer pasal masalah 'asyik teringin nak makan itu dan ini' ni semua orang ingat kita pregnant. Apa? Kalau tak pregnant tak boleh nak teringin ke? Hanya orang pregnant jer ke yang boleh teringin?

Tapi ok jugak kalau pregnant kan? Apa yang kita teringin tu pasti ada jer orang yang cuba tunaikan permintaan kita tu (apa ayat ko ni Hilda?)




Kalau macam tu kita teringin nak makan ice cream 'Baskin Robbins' la......Ada sesapa yang sudi nak belikan? Ngeh ngeh ngeh........

Dah post

Sekarangkan dah bermula cuti sekolah. Anak-anak dah sibuk ajak pergi bercuti tapi kami masih belum dapat tentukan destinasi percutian kami sekeluarga untuk akhir tahun ni. Kita takut nanti bila dah last minute nak pergi, hotel pulak penuh. Kesian kat anak-anak.....

Muka bosan....


Semasa bercuti di Cerating

Semasa bercuti di Terengganu
Untuk menggembirakan hati anak-anak, minggu lepas kita dah post 'hantar' anak-anak balik kampung. Harith la yang paling gembira sebab sepupunya pun ada sekali kat kampung. Harith dah tak nak duduk kat nursery kalau cuti sekolah ni. Mungkin dah terlalu lama dia duduk kat nursery dan mungkin jugak kat nursery tu ramai budak kecik 'baby'.

Kesian kat dia sebab sebelum cuti sekolah hari tu lagi dia dah bagitahu yang dia tak nak duduk kat nursery. Siap nangis-nangis lagi suruh kita cuti 40 hari untuk jaga dia kat rumah sepanjang cuti sekolah ni. Kalau kita ada banyak cuti nak jer kita cuti temankan dia......

Kreatif

Hari ni Sayang hantar kita pergi kerja. Maka boleh la kita tidur dalam kereta sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Syoknyaaaaaa.......bila sekali sekala ada driver hantar kita pergi kerja ni.....huhuhu.....

Sampai jer kat tol Kajang kita dengar sayang gelak sesorang (tak ada la gelak kuat-kuat) tapi kita boleh dengar la......Jadi kita tanya la kenapa dia gelak sesorang. Rupa-rupanya kereta yang depan kami tu gunakan kayu pemukul lalat tu untuk touch n go.

Ohhhhhh....kita memang dah pernah tengok situasi tu. Jadi kita takde la heran sangat. Tapi mula-mula tengok dulu kita memang gelak la......Kita rasa orang tu kerja kat area Putrajaya sebab selalu perasan kereta dia.  

Kreatif betul orang tu. Dia lekatkan kad touch n go kat kayu pemukul lalat tu untuk memudahkan dia. Takdelah nanti nak kena bukak pintu kereta kalau berhenti terjauh sikit dari kotak touch n go tu.

Rabu, 23 November 2011

Sibuk dengan adat

Sebelum kita terus bercerita, kita nak minta maaf  dulu. Apa yang kita nak citerkan ni hanya untuk renungan kita bersama.

Kita memang anak jati Negeri Sembilan. Sebagaimana orang semua tahu, Negeri Sembilan ni berpegang kuat pada adat. Bagi keluarga kita pula masih mengamalkan adat-adat yang difikirkan tak menyusahkan banyak pihak. Ini semua terpulang kepada pandangan masing-masing.

Tak salah nak ikut adat tapi jangan sampai menyusahkan orang lain dan benda-benda lain tak di ambil kira. Baru-baru ni kita ada menghadiri satu majlis perkahwinan. Kita adalah di sebelah pihak lelaki. Kira bapa saudara kita la yang nak kahwin ni sebab ayah pengantin lelaki adalah 'Pak Su' abah kita. Kita panggil Tok Busu la.......(korang faham tak ni?)



Tok Busu kita ni tinggal kat KL. Anaknya dapat isteri orang Negeri Sembilan. Pihak pengantin perempuan ni terlampau menjaga adat sehingga agak menyusahkan pihak pengantin lelaki. Masa kita dari pihak pengantin lelaki ni datang bertandang ke rumah pengantin perempuan tiada sesiapa pun yang mempersilakan kami untuk menjamu selera sedangkan masa tu jam telah menunjukkan pukul 2 petang. Barang hantaran yang kami bawa pun memakan masa untuk mereka ambil.

Sesampai di sana kami tak tahu nak duduk kat mana sebab semua kerusi ada orang duduk (pihak pengantin perempuan). Kalau orang tu tengah makan takpe lagi, ni tidak. Mereka duduk sebab nak tengok pengantin bersanding dan tarian lilin di atas kaca. Pandai-pandai la kami cari makanan sendiri tanpa dijemput.

Ok la kalau mereka nak perkenalkan adat kat pihak pengantin lelaki dengan persembahan tu dan  mereka ada menjemput 'Kumpulan Anak Bochek' (betul ke ejaannya tu?). Tapi jangan la sampai tetamu yang datang ni tak dihiraukan.

Nasib baik la ada persembahan dari Kumpulan Anak Bochek ni, sekurang-kurangnya kurang sikit rasa tak puas hati dengan layanan dari pihak pengantin perempuan.