Nuffnang Ads

Rabu, 1 Februari 2012

Beralih arah

Rindunya kat blog kita ni.....lama sangat rasanya tak menulis kat sini.......banyak sangat nak cerita kat sini sebenarnya dan gambar pun terlalu banyak yang nak ditunjukkan, tapi buat masa sekarang kita telah beralih arah.......

Sekarang ni kita lebih banyak menulis di dalam diari (buku). Kat dalam diari tak ada sesiapa pun akan kecik hati dengan tulisan kita. Hanya kita sorang jer yang baca. Kalau tulis kat blog ni nanti ada pulak yang salah tafsir dengan apa yang kita tulis.

Tulis kat dalam diari ni lebih open sikit......boleh curahkan segala-galanya.......

Apa-apa pun kalau kita ada kelapangan kita akan menulis jugak kat dalam blog ni......

Jumaat, 13 Januari 2012

Antara azam tahun ni....

Kita ni setiap hari pun ada azam tapi ntah berapa kerat jer yang terlaksana. Hati ni tak betul-betul kuat dan cekal untuk laksanakan azam-azam yang kita kehendaki tu......

Antara azam kita tahun ni adalah untuk mengurangkan berat badan tanpa berlapar dan sihat. Tak nak la tak makan atau terpaksa had kan benda yang kita boleh makan......(hilang nikmat makan.....) rugi tuuuuu.....

Kalau boleh la.....diulangi KALAU BOLEH..............kita nak kurangkan makan makanan kat restoran makanan segera. Makanan segera ni terlalu tinggi kalorinya.....tu pasal la berat badan kita ni tak nak turun-turun (peratusan adalah tinggi).



Tapi canne ek, tengok jer makanan kat atas ni teteiba terasa nak makan pizza pulak.......boleh ke? Berjayakah azam kita tahun ni? Sama-sama kita nantikan di penghujung tahun nanti........

Gila berpicnic

Sekarang ni kita sekeluarga macam dah gila berpicnik. Asal ada cuti jer kalau boleh nak pergi picnic. Sayang lagi la, kekadang tu petang hari Sabtu pun dia boleh tetiba rasa nak pergi picnik.

Kita memang seronok dapat berpicnic ni tambahan pulak bersama-sama keluarga. Meriahnya......Dah tergambar keriangan di waktu tu.....

Cuti awal bulan Febuari nanti Sayang dah plan nak berpicnic lagi. Tak sabar rasanya nak pergi......Ok la, nak plan bawak dan masak apa nanti.......

Daaa.....

Selasa, 10 Januari 2012

Pemurah & lalai

Geram betul kita dengan anak-anak...... Baru beberapa hari sekolah dah macam-macam yang hilang. Harith, bukan hilang alat tulis saja, dengan kotak pensel sekali hilang. Semalam boleh pulak tertukar seluar sekolah dengan kawan masa transit.

Ingatkan tahun ni Harith tak la seteruk tahun lepas sebab banyak alat tulis dia yang hilang. Mintak-mintak seminggu dua ni dia akan berubah menjadi lebih peka dengan barang-barang dia.

Adriana pulak teramatlah pemurah sebab bagi kawan dia pegangkan dompet masa hari pertama persekolahan. Tu nasib baik kita pantau masa hari pertama tapi bila balik sekolah kita tanya la mana duit dia sebab masa rehat tu kita yang belikan makanan untuk dia, boleh dia jawab dah bagi kawan........hanginnnn satu badan dibuatnya.... 

Buku tulis pun sesuka hati jer dia bagi kat kawan. Tu belum kira pengasah pensel, pensel, pemadam dan lain-lain lagi tu. Kenapa la korang ni baik tak bertempat......

Kalau macam ni selalu boleh gugur semua rambut ibu ni (memang dah banyak pun gugur......huhuhuhu......)


Guru Harith guruku jua

Tak sangka betul...... Kita rasa macam kenal jer cikgu sorang ni masa hari pertama persekolahan anak-anak. Ingatkan dia hantar anak dia kat sekolah tu, rupa-rupanya dia mengajar kat situ.

Hari ke dua persekolahan, kita pergi la jenguk anak-anak masa waktu rehat mereka, tanya la Harith siapa guru kelas dia. Guru kelas Adriana kita tahu la sebab kita ada jumpa cikgu tu dalam kelas dan ada jugak la berbual .

Anak kan 2 orang, maka bagi-bagi la dengan Sayang uruskan setiap anak. Kita uruskan Adriana dan Sayang uruskan Harith. Nasib baik anak 2 orang jer, kalau 4-5 orang mau pitam di situ.....

Bila tanya Harith siapa guru kelas dia, dia cakap nama cikgu Mohd. Saadon sebab hari pertama tu guru yang handle kelas dia tu perempuan.

Kita pun apa lagi, cakap la kat Harith yang cikgu kelas dia tu cikgu kita masa sekolah dulu. Harith, tanpa berlengah terus jer jumpa cikgu tu yang kebetulan ada kat kantin untuk tanya samada cikgu tu kenal ibu dia ni ke tidak.

Bila cikgu tu datang dekat kita, kita pun berbual la serba sedikit. Cikgu tu pemalu sangat.....tak banyak yang dapat dibualkan tapi sempat jugak la suruh dia pantaukan Harith sebab Harith ni tak boleh duduk diam dalam kelas.

Masa sekolah dulu, kita dan kawan-kawan selalu je la ngusha cikgu tu sampai naik malu cikgu tu. Anak murid tak malu tapi cikgu pulak yang malu.....Buruk betul perangai kita masa sekolah dulu kan?

Isnin, 9 Januari 2012

Demam

Badan rasa tak sedap.....rasa macam nak demam (dah demam pun.....)

Adakah demam berisi??????

Sabtu, 7 Januari 2012

Sekolah baru

Anak-anak kita telah selamat memulakan sesi persekolahan yang baru di sekolah yang baru. Harith telah bertukar sekolah dari Sek. Keb. Senawang (tahun 1) ke Sek. Keb. Lavender Height (tahun 2). Bagi Adriana pula ini memang sekolah yang baru sebab dia baru masuk tahun 1.

Sekolah ni baru dibuka untuk sesi persekolahan tahun ni. Jadi banyak benda yang tak lengkap lagi dan perlu diperbaiki. Pelajar pun tak berapa ramai, cuma 700++ orang pelajar sahaja tak macam masa Harith di Sek. Keb. Senawang dulu yang murid tahun 1 jer ada 400+++.......

Sesi taklimat ringkas untuk pelajar

Adriana yang bosan dengan taklimat cikgu sebab masih blur lagi....

Buku-buku tu dah hampir menutupi muka Adriana

Dah la kecik, dapat tempat duduk tengah-tengah pulak...
Hasil pemerhatian sehari di sekolah kita dapati Adriana ni suka sangat la berbual dengan kawan sebelah tempat duduknya tu sampai apa yang cikgu suruh buat selalu jer tak sempat nak siap. 

Besar harapan kita supaya Harith dan Adriana dapat menimba ilmu yang bermanafaat kat sekolah seterusnya menjadi anak yang soleh dan solehah....Amin......