Nuffnang Ads

Khamis, 28 Jun 2012

Apa pun tak boleh....

Kebosanan....Sekarang kita tengah membaringkan diri di atas tilam yang empuk di rumah sendiri.....di ulangi.....rumah sendiri. Mesti korang musykilkan, dah dapat membaringkan diri pun masih kebosanan.

Sebenarnya sesaje nak bagi korang jeles baca kenyataan kita tu..hahaha....

Kita tengah meng 'MC'kan diri selama seminggu. Bosan sebab tak boleh buat apa. Tapi mana ada orang mc boleh pergi bershopping pulakkan? Itu bukan mc namanya, itu bercuti....

Asyik baring jer pun bosan jugakkan....

Jumaat, 15 Jun 2012

Kenapa ye?

Kenapa ye sejak bermenjak-menjak ni akak ko ni malas tahap dewa untuk mengupdate blog kesayangannya ni?

Sebelum korang kata kita ni memang dah dasar pemalas, baik kita explain dulu. Memang lah dah terbukti akak ko ni agak malasssss, tapi tak la seteruk sekarang ni....huhuhu....

Sebenarnya banyak benda yang kita nak share dengan korang dan banyak jugak gambar-gambar yang nak di tunjukkan. Tapi nak buat macam mana, kemalasan melampau telah menguasai diri.

Kekonon bila dah ada galaxy note ni akak ko ni bertambah rajin la nak mengupdate blog, tapi.....hampehhhhhh.....

Sebenarnya kita dah ada jawapannya cuma saje nak korang tertanya-tanya jer....(perasan yang ramai sangat la orang kesah pasal dia tu.....)

Khamis, 24 Mei 2012

Tak sabar

Dah tak sabar rasanya nak cuti.......Bukan pergi mana-mana pun, lepak kat rumah jer dengan anak-anak.....Minggu ni kan minggu terakhir sekolah sebelum cuti pertengahan tahun. 

Eeehhhhh.....apasal pulak kita yang sesibuk nak cuti ye tak, kita bukannya cikgu mahupun pelajar sekolah. Budak sekolah punya cuti, kita pulak yang lelebih....Anak-anak pun tak sibuk pasal cuti dia orang......

Bukan apa, tak sabar rasanya untuk bermalas-malas di rumah (bukan selama ni pun memang ko malas ke Hilda? Ooppppssssssss!!!!)

Sepanjang cuti sekolah selama 2 minggu ni banyak betul dapat jemputan orang kawin. Tak tahu la dapat pergi ke tak.

Bila dah lama tak dapat undangan ke majlis kenduri orang kita bising. Masa tu la tetiba nak rasa lauk kat rumah kenduri, nak tengok pengantin dan macam-macam la......Bila dah terlalu banyak undangan pun bising lagi........macam tak tahu bersyukur jer kan?

Ok la....pepehal pun kita dah hantar borang cuti untuk merehatkan badan dan minda....huhuhu.... (kot ye la dapat berehat.....)

Rabu, 23 Mei 2012

Nipu nipu

Mesti korang pelikkan apa bendalah nipu nipu ni? Nipu nipu ni bukanlah nama negara, makanan mahupun  benda, tapi adalah singkatan kepada perkataan menipu yang digunakan oleh Adriana.

Macam perkataan membaling, kata dasarnya adalah baling, membuang kata dasarnya adalah buang, maka  dengan itu Adriana telah menjadikan kata dasar bagi menipu kepada nipu-nipu. 

Bukan kita tak cuba betulkan, tapi mulut dia selesa jer sebut nipu-nipu tu lagi......Apa yang kita nak citer kat sini adalah pasal Adriana ni lah......Asyik citer pasal Harith jer kan......kesian kat Adriana......

Dia ni pantang jer kalau kita tak buat apa yang telah kita janji atau cakap. Contoh macam ni

"kakak pergi mandi dulu, lepas mandi ibu bagi tengok tv"

Tapi kalau lepas dia mandi tu kita masih tak bagi dia tengok tv dia akan kata

"Ibu ni suka nipu-nipu, kalau ibu nipu-nipu nanti mati seksa...."


Maksudnya kalau kita suka cakap tipu nanti seksa bila mati. Sekarang ni perkataan tu dah jadi modal kami sekeluarga untuk gunakan ayat Adriana tu bila ada yang tipu atau cubaan nak menipu.....huhuhu........

Tercapai jugak

Kita ni memang suka sesangat berjalan. Pantang ada yang sebut tempat-tempat yang menarik, mulalah rasa nak pergi tempat tu. Tak kiralah samada tempat melancong, berkelah, makan-makan, shopping dan sebagainya. 

Tapi bukan semua tempat yang kita nak pergi tu kita dapat pergi. Tapi kalau boleh atau selagi boleh diusahakan kita nak jugak pergi tempat-tempat tu. Yang jadi mangsa dari tabiat kita yang suka berjalan ni adalah Sayang. Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk bawa kita pergi tempat-tempat tu selain Sayang?

Nasib baik kita dapat suami pun yang sama-sama suka berjalan, maka itu semua bukan masalah besar. Rentetan (perkatan bombastik kita hari ini) dari kita ke pesta buku tempoh hari, kita pergi ke Pavilion pulak. Macam tak tahu penat jer masa tu.

Dah alang-alang gunakan perkhidmatan awam (komuter, LRT dan monorel) kami naik monorel ke Pavilion. Bukan nak beli apa pun, cuma nak tahu apa yang ada kat Pavilion tu. Sekurang-kurangnya bila orang bercerita kita dah ada gambaran tentang tempat tu.


Gigih nak ke Pavilion bersama hasil borongan dari Pesta Buku.

Mengalahkan pelancong dari luar nagara. Bergambar bagai kat sana


Ada jugak gambar kat stesen komuter ni 
Disebabkan berjalan sakan pada hari tu, keesokkannya kami hanya berehat kat rumah jer sebab dah tak larat nak keluar. Kalau masih ada tenaga tu nak jugak kita keluar jenjalan, paling tidak pun bawa anak-anak ke Laman Basikal, Lake Garden Seremban.

Dah dasar kaki berjalan.........

Selasa, 22 Mei 2012

Belum basi kot....

Kita rasa citer ni belum basi lagi kot..... Akak ko ni membizi tahap gaban sekarang ni....Bizi bizi pun sempat lagi tulis kat blog ni untuk tatapan korang semua.....(Bajet : glemer sangat la blog dia tu dan ramai sesangat la orang nak baca dan kalau tak update peminat lari.....huhuhu........)

Hari ibu sudah pun berlalu dan bulan Jun nanti sambutan hari bapa pulak. Hari ibu tahun ni kita tak celebrate pun cuma dapat ucapan melalui sms dari Harith walaupun masa tu kita dan dia ada kat rumah. 


Walaupun sekadar ucapan melalui sms, kita rasa terharu sangat sebab anak-anak menghargai kita. Waktu tadika dulu mungkin cikgu yang ingatkan mereka mengenai hari ibu dan minta mereka buat kad khas untuk ibu. 

Sekarang, tanpa disuruh mereka dah boleh nak bagi ucapan kepada kita untuk menghargai jasa seorang ibu.....

Khas untuk anak-anak ibu :

'Ibu sayang sesangat kat abang dan kakak. Semoga abang dan kakak menjadi anak yang soleh dan solehah....Aminnnnn....Ibu marah bukan kerana ibu tak sayang abang dan kakak, ibu marah sebab nak betulkan apa yang salah dan ibu tak nak abang dan kakak terlalu leka buat benda-benda yang tak berfaedah'

Sepanjang ada handphone

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian, hari ni kita nak tanya korang semua dah berapa banyak hp yang korang ada? 

Sepanjang kita guna hp ni (sejak tahun 1999 kot), kita dah guna 5 jenis hp. Mula-mula dulu kita guna jenama Siemen, kedua hingga ke empat pulak jenama Nokia dan sekarang Samsung.

Hp Siemen tu kalau tak silap dulu kita bagi emak guna, tapi sekarang ntah kat mana agaknya. Hp ke 2 hingga ke 4 masih ada dalam simpanan kita. Dan dah tentulah hp yang ke 5 ada kat kita (hp yang kita gunakan sekarang).

Kita rasa korang lagi banyak koleksi hp kan. Bagi kita 5 ni pun dah banyak sebab kita bukanlah gila hp sangat. Kita tengok ada orang (kategori gila hp) sentiasalah bertukar hp ikut perkembangan semasa.......Pffffff......tak terikut kita......

4 dari 5 hp yg kita pernah gunakan