Kita ni memang suka sesangat berjalan. Pantang ada yang sebut tempat-tempat yang menarik, mulalah rasa nak pergi tempat tu. Tak kiralah samada tempat melancong, berkelah, makan-makan, shopping dan sebagainya.
Tapi bukan semua tempat yang kita nak pergi tu kita dapat pergi. Tapi kalau boleh atau selagi boleh diusahakan kita nak jugak pergi tempat-tempat tu. Yang jadi mangsa dari tabiat kita yang suka berjalan ni adalah Sayang. Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk bawa kita pergi tempat-tempat tu selain Sayang?
Nasib baik kita dapat suami pun yang sama-sama suka berjalan, maka itu semua bukan masalah besar. Rentetan (perkatan bombastik kita hari ini) dari kita ke pesta buku tempoh hari, kita pergi ke Pavilion pulak. Macam tak tahu penat jer masa tu.
Dah alang-alang gunakan perkhidmatan awam (komuter, LRT dan monorel) kami naik monorel ke Pavilion. Bukan nak beli apa pun, cuma nak tahu apa yang ada kat Pavilion tu. Sekurang-kurangnya bila orang bercerita kita dah ada gambaran tentang tempat tu.
Gigih nak ke Pavilion bersama hasil borongan dari Pesta Buku. |
Mengalahkan pelancong dari luar nagara. Bergambar bagai kat sana |
Ada jugak gambar kat stesen komuter ni |
Disebabkan berjalan sakan pada hari tu, keesokkannya kami hanya berehat kat rumah jer sebab dah tak larat nak keluar. Kalau masih ada tenaga tu nak jugak kita keluar jenjalan, paling tidak pun bawa anak-anak ke Laman Basikal, Lake Garden Seremban.
Dah dasar kaki berjalan.........
1 ulasan:
Suke benor budak 2 org tu ye...yelah bukan selalu dapat naik tren..samalah ngan zahin ngan najah..
angah..angah kena buang verification words kat bawah ni..sebab org susah nak tinggalkan komen..perkataan dia pelik2..angah cari kat tutorial camna nak buang ye..lynn dah tak igt camna nak buat..
Catat Ulasan