Nuffnang Ads

Jumaat, 7 Januari 2011

Adriana yang suka bergaya.....

Nak citer sikit la kat korang perihal anak kita yang no. 2 ni sikit. Asyik citer pasal Harith je, macam kita ni ada sorang anak je.....



Nur Adriana @ Nana @ Kakak. Itu lah nama yang biasa kita gunakan. Bila tengah marah panggil Nur Adriana, bila nak sakat dia, panggil Nana sebab dia tak suka kita dan ayah dia panggil nama tu kerana dia bahasakan diri dia Kakak. Hanya sedara dan sepupu sepapat dia je yang boleh panggil Nana.

Kakak ni sebenarnya baru je umur 5 tahun pada 23 Dis 2010 baru-baru ni, tapi disebabkan dan masuk tahun 2011, kira umur dia dah 6 tahun la kiranya.

Kakak ni suka berlakon dan bergaya. Apa yang kita perhatikan watak yang selalu dia lakonkan ialah cikgu, emak dan doktor. Kalau jadi cikgu tu, asyik nak marah murid je (garang betul dia, kalau betul2 jadi cikgu ni tak tahu la nasib anak murid dia).....Bila jadi mak pulak, dia suka ada anak yang masih kecil (baby) dan bila jadi doktor pulak dia suka bertanya dan menasihati pesakit. Contoh : dah berapa hari awak sakit, pagi tadi makan tak, lain kali bila nak makan basuh tangan dulu, awak ni ada masalah kelenjar (perkataan ni dia biasa dengar sebab dia dimasukkan ke hospital tahun lepas pun sebab masalah kelenjar).

Kadang-kadang kita dan ayah dia terpaksa jadi anak murid, anak dan pesakit dia. Kalau x diikutkan kehendak dia merajuk pulak.




Aksi spontan bila nak ambil gambar bertudung



Watak : Sebagai emak

Tiada ulasan: