Nuffnang Ads

Isnin, 10 Januari 2011

Terbakar?????

Pagi tadi, on the way nak pegi kerja kawan car pool kita ni bagitahu yg lab kita (Bangunan Bioteknologi, Tingkat 2) terbakar. Dia pun ada org yg bagitahu. Kita pun tak ambik pusing sangat la sebab bangunan tempat kita kerja tu memang banyak masalah. Sebelum ni pun dah macam2 kejadian yg berlaku seperti lab berasap, wayar air-cond terbakar dll.

Ingatkan tak la seteruk mana. Sampai je kat pintu masuk bangunan hidung ni dah terbau bau asap. Confuse jugak sebab kebakaran tu hari Sabtu, sekarang dah hari Isnin kenapa masih ada bau lagi. Sampai je tingkat 2, ha kau......kesan jejak kaki penuh kat lantai. Kita ingatkan lab kita, rupa2nya lab sequencing....Teruk jugak kebakarannya. Hari ni ramai la yang datang melawat tempat kejadian termasuklah Pengarah2 Bahagian yang terdapat kat MPOB ni, Ketua2 Unit dan staff . Glemer pulak rasanya ramai yang bertanya pasal kejadian. Disebabkan kita sampai awal, jadi kita dah dapat maklumat paling awal dari Dr. Arif (officer yang paling awal sampai masa kejadian).

Apa yang paling best segala eksperimen ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.....hahaha (gelak jahat)....bestnya....boleh gitu?

Tapi kepala ni sakit sebab bau asap yang masih belum hilang tu....

Sorry, gambar x ada sebab kes ni masih dalam siasatan polis, Takut nanti kena dakwa pulak oleh pihak MPOB pasal sebarkan gambar kejadian yang masih dalam siasatan....

Tiada ulasan: