Kita dah mula menggigil bila dapat tahu yang dia tak jadi pergi....Sebab............kita kena drive sendiri ke tempat seminar tu. Kita ni memang fail sikit bab2 kena drive pergi tempat yang tak biasa. Bukannya jauh sangat pun tempat seminar tu dari office kita. Kita ni bila sebut je nama tempat yang tak familiar mula la berdebar2. Tapi masa tu bila tau je kena pergi seminar kat Subang Jaya sendiri (diulangi....sendiri....) punya la gelabah siap suruh Abang Misai kita beli GPS lagi. Macam-macam perkara yg bermain di fikiran antaranya nak survey jalan pada hari minggu. Korang rasa logik tak nak survey jalan dari Senawang ke Subang Jaya?
Bila kita ajak Abang Misai kita untuk gi survey sudah semestinya la dia menolak kan, bukannya dekat. Kalau dekat2 tu mungkin dia rajin melayan kerenah kita ni. Ingat lagi masa dulu (masa duduk kat Taman Kota Perdana, Equine Park) kita kena check up mengandung kat Hospital Putrajaya. Kali pertama & kedua tu dia hantar la, masuk kali ke tiga dia suruh kita pergi sendiri sebab dah kerap sangat dia keluar pejabat hantar kita, dah la office dia jauh kat Sg. Buloh. Dia pun bawak kita servey jalan. Padahal kita dah 2 kali pergi sebelum ni. Bab2 jalan ni kita lembab sikit (sikit je tau)....Masa nak induksi khusus pun sama, dia bawak kita survey jalan untuk ke ESSET kat Bangi tu sampai 3 kali.
Apa-apa pun akhirnya kita pergi jugak ke seminar tu barsama 2 orang lagi kawan. Sorang student Master, dan sorang lagi office mate. Dia orang pergi menggantikan tempat kawan kita yg tak dapat pergi tu.
Sebenarnya senang je nak ke tempat tu, tak sesat pun. Punya la exited pergi pukul 8:15am, padahal seminar tu start pukul 10:00am. Kita orang sampai dalam pukul 8.55am. Disebabkan sampai awal kita breakfast dulu kat sana...
Gambar kenangan semasa seminar...
Disebabkan sampai awal, kita masih berpeluang untuk berborak. Itu lah 2 orang kawan kita (Ong Pei Wen_Student Master & Faizun_Office Mate) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan