Nuffnang Ads

Jumaat, 7 Januari 2011

Seminggu bercuti untuk.......

Agak lama juga kita x update blog ni...Mana x nya bercuti (termasuk cuti tahun, cuti umum & mc) selama 7 hari bermula 30 Dis 2010 hingga 5 Jan 2011.

Lebih kurang mcm ni la jadual kita sepanjang kita bercuti......

30 Dis 2010 : Pendaftaran Harith Tahun Satu & beli buku sekolah (8.30am - 11.00am)





Semasa Hari Pendaftaran

31 Dis 2010 : Cuti Umum (Meraikan kemenangan pasukan bola sepak negara)
1 Jan 2011   : Cuti hari Sabtu (Balik Kampung)
2 Jan 2011   : Cuti hari Ahad
3 Jan 2011   : Hantar Harith (1st day sekolah) & bayar yuran Khas & PIBG

Saje pilih tempat duduk kat depan.......Kalau kat belakang nanti cikgu mengajar dia main pulak....

4 Jan 2011   : Ajar Harith naik van (pergi & balik sekolah)
5 Jan 2011   : MC

Walaupun korang tengok kita cuti panjang, hakikatnya banyak benda yg nak di sattlekan dalam masa seminggu tu. Punya penat badan ni sampai demam dibuatnya.

Sebenarnya kita bercuti untuk uruskan kemasukan Harith ke tahun satu Sek. Keb. Senawang. Untuk pelajar tahun satu pada tahun 2011 ni ada 10 kelas. Lebih kurang 350 orang yg berdaftar untuk tahun satu sahaja..

Kelas diberi nama :
A: Arif, B: Bestari, C: Cekap, D: Dinamik, E: Efektif, F: Fikir, G: Gemilang, H: Harmoni, I: Inisiatif, J: Jujur. Harith dapat kelas F: Fikir. Kedudukan kelas sementara ni berdasarkan nombor semasa kita mendaftar dulu (Bulan Mac 2010). Tapi kedudukan untuk kelas ni belum muktamad lagi sebab hari Rabu baru-baru ni ada exam untuk tentukan kelas sebenar. Keputusan untuk kelas mana akan diketahui hari ini (Jumaat-07.01.2011).

Sek Senawang ni ada 2 sesi (pagi & petang). Murid tahun 1,4,5 & 6 pada sesi pagi manakala murid tahun 2 & 3 sesi petang. Macam2 ragam masa hari pertama persekolahan tu. Mak bapak kemain excited nak hantar anak2 ke sekolah, lebih2 lagi kepada mak bapak yang baru pertama kali hantar anak masuk sekolah macam kita ni. Sekolah tadika x kira ok.....

Itu semua penyumbang kepada kesesakan kawasan sekitar sekolah termasuklah kawasan parking. Korang nak tahu, Abang Misai kita terpaksa parking jauh kerana kenderaan yg ada terlalulah banyaknya. Waktu pagi ok gak lagi, tapi bila tgh (waktu balik sek) lagi la haru....dengan van sek yg berderet2 menghantar pelajar untuk sesi petang & menanti pelajar untuk balik untuk sesi pagi.

Waktu rehat tadi, kesian kat anak kita tak dapat beli makanan sebab makanan dah habis....nasib baik jugak pagi tadi dan breakfast dulu sblm pergi sekolah, kalau tidak berlapar la jawabnya. Harith cuma sempat beli solivite je waktu rehat.

Sebenarnya hari Isnin ni la penyumbang untuk kita demam sebab punya la penat separuh hari berada di sekolah. Anak yang bersekolah mak bapak pulak yang lembik sebab penat...

Apa-apa pun kita berdoa agar Harith dapat menjadi anak yang soleh, berilmu & berjaya. Amin.....

Doa dari seorang ibu....


Merenung masa depan.....





Tiada ulasan: