Nuffnang Ads

Rabu, 26 Januari 2011

Makcik cleaner

Ingat lagi tak pada entry yg ada kebakaran kat bangunan kita kerja tu? Selepas inspection dari pihak bomba, polis & insurans, pada minggu lepas semua staff kumpulan Genomik telah bersepakat untuk membersihkan lab (makmal) yang terbakar tu sebab lambat sangat nak tunggu cleaner. Staff Genomik ni memang kuat kerja. Bila seminggu je tak dapat buat kerja mula rasa semacam je....ye ke kuat kerja????

Dengan segala peralatan, kami memulakan operasi sebagai makcik cleaner pada pukul 9:00am. Lihatlah gambar ni, masing2 bertungkus lumus membersihkan lab yang terbakar tu. Memasing pakai mask sampai 2-3 lapis sebab tak tahan dengan bau asap akibat kebakaran tu. Punyalah kuat bau dia walaupun dah lebih seminggu kejadian.


Pek Lan, Zana & Iza sibuk mengelap & membersihkan peralatan


Jay bertungkus lumus membasuh peralatan yang kotor terkena asap



Operasi mencuci dikendalikan oleh Pei wen

Antara kesan akibat kebakaran








Operasi membersih tu berlanjutan hingga ke petang. Dengan tenaga yang telah diberikan kami telah dihidangkan dengan minum petang (mee hoon & kuih-muih).

Disebabkan terlalu penat membersihkan lab tu kita tak masak untuk makan malam....maknanya makan kat luar je la malam tu...tapi kita yang kena belanja.....huhuhu....

Tiada ulasan: