Nuffnang Ads

Jumaat, 13 Januari 2012

Antara azam tahun ni....

Kita ni setiap hari pun ada azam tapi ntah berapa kerat jer yang terlaksana. Hati ni tak betul-betul kuat dan cekal untuk laksanakan azam-azam yang kita kehendaki tu......

Antara azam kita tahun ni adalah untuk mengurangkan berat badan tanpa berlapar dan sihat. Tak nak la tak makan atau terpaksa had kan benda yang kita boleh makan......(hilang nikmat makan.....) rugi tuuuuu.....

Kalau boleh la.....diulangi KALAU BOLEH..............kita nak kurangkan makan makanan kat restoran makanan segera. Makanan segera ni terlalu tinggi kalorinya.....tu pasal la berat badan kita ni tak nak turun-turun (peratusan adalah tinggi).



Tapi canne ek, tengok jer makanan kat atas ni teteiba terasa nak makan pizza pulak.......boleh ke? Berjayakah azam kita tahun ni? Sama-sama kita nantikan di penghujung tahun nanti........

Gila berpicnic

Sekarang ni kita sekeluarga macam dah gila berpicnik. Asal ada cuti jer kalau boleh nak pergi picnic. Sayang lagi la, kekadang tu petang hari Sabtu pun dia boleh tetiba rasa nak pergi picnik.

Kita memang seronok dapat berpicnic ni tambahan pulak bersama-sama keluarga. Meriahnya......Dah tergambar keriangan di waktu tu.....

Cuti awal bulan Febuari nanti Sayang dah plan nak berpicnic lagi. Tak sabar rasanya nak pergi......Ok la, nak plan bawak dan masak apa nanti.......

Daaa.....

Selasa, 10 Januari 2012

Pemurah & lalai

Geram betul kita dengan anak-anak...... Baru beberapa hari sekolah dah macam-macam yang hilang. Harith, bukan hilang alat tulis saja, dengan kotak pensel sekali hilang. Semalam boleh pulak tertukar seluar sekolah dengan kawan masa transit.

Ingatkan tahun ni Harith tak la seteruk tahun lepas sebab banyak alat tulis dia yang hilang. Mintak-mintak seminggu dua ni dia akan berubah menjadi lebih peka dengan barang-barang dia.

Adriana pulak teramatlah pemurah sebab bagi kawan dia pegangkan dompet masa hari pertama persekolahan. Tu nasib baik kita pantau masa hari pertama tapi bila balik sekolah kita tanya la mana duit dia sebab masa rehat tu kita yang belikan makanan untuk dia, boleh dia jawab dah bagi kawan........hanginnnn satu badan dibuatnya.... 

Buku tulis pun sesuka hati jer dia bagi kat kawan. Tu belum kira pengasah pensel, pensel, pemadam dan lain-lain lagi tu. Kenapa la korang ni baik tak bertempat......

Kalau macam ni selalu boleh gugur semua rambut ibu ni (memang dah banyak pun gugur......huhuhuhu......)


Guru Harith guruku jua

Tak sangka betul...... Kita rasa macam kenal jer cikgu sorang ni masa hari pertama persekolahan anak-anak. Ingatkan dia hantar anak dia kat sekolah tu, rupa-rupanya dia mengajar kat situ.

Hari ke dua persekolahan, kita pergi la jenguk anak-anak masa waktu rehat mereka, tanya la Harith siapa guru kelas dia. Guru kelas Adriana kita tahu la sebab kita ada jumpa cikgu tu dalam kelas dan ada jugak la berbual .

Anak kan 2 orang, maka bagi-bagi la dengan Sayang uruskan setiap anak. Kita uruskan Adriana dan Sayang uruskan Harith. Nasib baik anak 2 orang jer, kalau 4-5 orang mau pitam di situ.....

Bila tanya Harith siapa guru kelas dia, dia cakap nama cikgu Mohd. Saadon sebab hari pertama tu guru yang handle kelas dia tu perempuan.

Kita pun apa lagi, cakap la kat Harith yang cikgu kelas dia tu cikgu kita masa sekolah dulu. Harith, tanpa berlengah terus jer jumpa cikgu tu yang kebetulan ada kat kantin untuk tanya samada cikgu tu kenal ibu dia ni ke tidak.

Bila cikgu tu datang dekat kita, kita pun berbual la serba sedikit. Cikgu tu pemalu sangat.....tak banyak yang dapat dibualkan tapi sempat jugak la suruh dia pantaukan Harith sebab Harith ni tak boleh duduk diam dalam kelas.

Masa sekolah dulu, kita dan kawan-kawan selalu je la ngusha cikgu tu sampai naik malu cikgu tu. Anak murid tak malu tapi cikgu pulak yang malu.....Buruk betul perangai kita masa sekolah dulu kan?

Isnin, 9 Januari 2012

Demam

Badan rasa tak sedap.....rasa macam nak demam (dah demam pun.....)

Adakah demam berisi??????

Sabtu, 7 Januari 2012

Sekolah baru

Anak-anak kita telah selamat memulakan sesi persekolahan yang baru di sekolah yang baru. Harith telah bertukar sekolah dari Sek. Keb. Senawang (tahun 1) ke Sek. Keb. Lavender Height (tahun 2). Bagi Adriana pula ini memang sekolah yang baru sebab dia baru masuk tahun 1.

Sekolah ni baru dibuka untuk sesi persekolahan tahun ni. Jadi banyak benda yang tak lengkap lagi dan perlu diperbaiki. Pelajar pun tak berapa ramai, cuma 700++ orang pelajar sahaja tak macam masa Harith di Sek. Keb. Senawang dulu yang murid tahun 1 jer ada 400+++.......

Sesi taklimat ringkas untuk pelajar

Adriana yang bosan dengan taklimat cikgu sebab masih blur lagi....

Buku-buku tu dah hampir menutupi muka Adriana

Dah la kecik, dapat tempat duduk tengah-tengah pulak...
Hasil pemerhatian sehari di sekolah kita dapati Adriana ni suka sangat la berbual dengan kawan sebelah tempat duduknya tu sampai apa yang cikgu suruh buat selalu jer tak sempat nak siap. 

Besar harapan kita supaya Harith dan Adriana dapat menimba ilmu yang bermanafaat kat sekolah seterusnya menjadi anak yang soleh dan solehah....Amin...... 

Selasa, 3 Januari 2012

Hari terakhir 2011

Korang buat apa masa hari terakhir 2011? Mesti ramai yang celebrate malam tahun baru tu kan? Hari terakhir 2011 kita dan keluarga besar kita pergi berkelah di PD jer....

Selain berkelah kami juga meraikan hari ulang tahun kelahiran anak buah kita, Haiqal yang ke 8 tahun. Baru sehari celebrate birthday yang ke 8 pada 31.12.2011 dah masuk darjah 3.

Perkelahan kali ni cuma keluarga Atih dan Ina je yang tak join sebab dia orang ada hal. Tapi kekurangan itu telah diganti dengan family Acik Bedah dan uwan.

Kita orang pasang 3 khemah untuk kemudahan berehat. Kami kat sana seawal 10 pagi hingga ke 8 malam. Masing-masing bawa la bekalan makanan untuk di makan sepanjang kami di sana. Kita bawa nasi putih, sambal ayam, sayur campur dan air. Ada yang bawa nugget, sosej, mee goreng, jajan dan macam-macam lagi la. Along pulak buat bbq ayam dan ikan manakala uwan belanja ice cream untuk kami semua. Dalam RM50 jugak la uwan peruntukkan untuk belanja ice cream tu. Uwan memang penggemar ice cream terutama perisa oren.












Seronok sangat hari tu bila dah berkumpul ramai-ramai walaupun kita tak mandi laut. Tak sempat nak tengok bunga api malam tahun baru tu sebab dah terbungkang kepenatan......Itulah kesah hari terakhir kita di tahun 2011......

Semoga 2012 mendatangkan perkara-perkara yang baik dan indah buat diri kita & keluarga serta korang semua.....Amin.....

Mari mari mari......

Kepada sesiapa yang tinggal di Seremban dan yang berhampiran dengannya serta menggemari Tutti Frutti sekarang ni anda boleh dapatkannya dengan mudah. Tutti Frutti kini boleh ditemui di Taipan Senawang (selang sebuah kedai dengan Secret Recipe) dan di Uptown Avenue, Seremban 2.

Wahhhhh......promote habis nampak gayanya, macam ada share pulak dengan company ni.......Bukan apa, kita cuma nak berkongsi apa yang kita tahu jer......takde niat pun nak claim apa-apa dari company ni. Tapi kalau dia orang nak bagi kita makan free untuk setahun pun ok jugak.......hua hua hua.......

Tutti Frutti di Uptown Avenue Seremban 2.
Sebenarnya kita tak pernah cuba lagi pun Tutti Frutti ni......Tak tahu macam mana rasa dia. Kalau yogurt ni, kita takut tak tertelan jer.......Setakat ni tekak kita ni hanya boleh makan yogurt mangga jer.....

Niat

Sebenarnya kita ada niat nak belanja anak-anak makan benda yang dia orang suka. Tapi memandangkan duit bonus ni macam-macam pulak nak digunakan maka kita belanja yang biasa-biasa jer. Tapi niat nak belanja tu tetap dah tertunai.

Minggu lepas kita bawak dia orang makan kat ice room. Dia orang memang penggemar ice cream. Harith tu dah la asthma, tapi tetap jugak makan ice cream. Kita tak la selalu bagi dia makan ice cream atau air berais. Tapi kalau tak bagi langsung macam tak sampai hati pulak......


Kemain besar mulut Harith nak makan ice cream tu

Misi nak cari gaduh. Adriana ni memeng suka sakat abang dia, dia punya dah ada nak jugak ambik abang dia punya.



Harith memang makan banyak tapi badan tak naik-naik jugak.....

Baru 6 tahun

Kesian pulak kita tengok budak-budak yang lahir hujung-hujung tahun ni. Contohnya macam anak kita, Adriana. Baru jer seminggu sambut birthday yang ke 6 dah masuk sekolah darjah 1.




Birthday Adriana tahun ni kami celebrate kat rumah mertua. Birthday Harith hari tu celebrate kat rumah mak abah kita. Adil kan?

Berbowling di tengah minggu

Kita ni susah sikit nak join xtvt pada hari bekerja sebab tempat kerja adalah agak jauh dan kena bangun awal pulak setiap pagi untuk ke tempat kerja. Kalau kita join jugak rasa macam tak larat jer kalau nak pergi kerja keesokan harinya.

Tapi baru-baru ni kita join jugak sebab Sayang memang dah teringin nak main bowling. Ni semua adik kita punya plan, kita ikut jer. Kita dah malas nak plan xtvt macam ni, penat la........

Kami main bowling pada hari Rabu malam kat Seremban Perade. Tak ramai yang join pun, hanya family kita, Ita dan Atih. Sebenarnya badan kita penat walaupun hari Rabu tu kita cuti (uruskan pertukaran sekolah anak-anak), tapi ikutkan jer la.......lagipun Sayang nak join, kalau Sayang kata tak nak pun kita tak kisah....


Disebabkan badan penat maka gambar pun tak banyak. Ni la satu-satunya gambar yang sempat kita snap, itu pun nak tarik perhatian Dina yang tengah merajuk tu.....

Isnin, 2 Januari 2012

Tahniah

Awal tahun ni kita mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada orang-orang disekeliling kita. Kita nak ucapkan tahniah kepada 2 orang sepupu kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Aminah, walaupun orangnya biasa-biasa jer dan low profile tapi anda adalah seorang yang hebat kerana telah berjaya mendapat 9A. Tahniah jugak sebab dapat membuatkan mak dan abah bangga dengan kejayaan anda.

Buat Shikin juga tahniah angah ucapkan kerana berjaya dapat 7A. Teruskan usaha anda untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi SPM kelak seterusnya berjaya memasuki ke universiti yang anda berdua idam-idamkan.

Tahniah juga buat kawan-kawan kita yang selamat melahirkan anak-anak yang comel. Maaf, tak sempat nak pergi ziarah lagi. Iza, tahniah dapat baby girl pada 29 Dec 2011. Ahamdulillah, dah dapat sepasang. Buat kak Ijun, tahniah jugak dapat baby girl pada 30 Dec 2011.

Kita pulak yang terlebih happy bila dapat tahu yang mereka berdua dah selamat bersalin. Tak pasal-pasal jer senyum sorang-sorang sebab happy dengar kawan-kawan dapat menimang cahaya mata, rezeki dari Allah....


8 tahun

Dah masuk tahun baru, baru la terhegeh-hegeh nak buat entry pasal anniversary. Tanggal 19 Dec 2011 merupakan ulang tahun perkahwinan kita yang ke 8. Macam tak caye jer dah 8 tahun kita kawin.

Memang dah plan nak pergi bercuti masa anniversary kali ni. Bermacam halangan dan dugaan nak pergi bercuti kali ni, tapi tak mengapa kita tetap bersyukur sebab masih boleh bersama-sama mengharungi semua tu bersama Sayang dan anak-anak.

Setakat ni kita tak pernah terlintas lagi nak pergi bercuti tanpa anak-anak. Walaupun ragam mereka kekadang membuatkan kita naik angin, tapi kalau bercuti tanpa mereka rasa macam tak lengkap pulak.

Percutian kali ni tak la jauh mana, hanya kat Melaka jer.....Tak tau la, kita orang memang suka bercuti di Melaka. Setiap tahun mesti akan bercuti ke Melaka. Tahun 2011 dah 2 kali bercuti ke Melaka. Banyak tempat yang nak dilawati kat Melaka ni. Setiap tahun pergi Melaka pun masih ada tempat yang kami tak pergi melawat lagi.

Di Istana Kesultanan Melaka



Kita dan Sayang setelah 8 tahun berkahwin

Adriana di Taman Larangan

Kita dan Adriana yang sentiasa overrrr.....

Cubaan mengambil gambar melompat

Pose macho dari Harith

Adriana yang suka bergambar





Tak dapat nak mandi lama-lama sebab angin kuat, cepat sejuk. Swimming pool kat tingkat 7.



Kita ke Melaka pada 18 Dec - 20 Dec. Ingatkan bila pergi hari bekerja orang tak ramai, tapi sama jer macam pergi pada hari cuti. Biasala......cuti sekolah.......semua orang pun nak pergi bercuti......

Apa-apa pun kita sangat gembira dengan percutian ini bersama Sayang dan anak-anak. Semoga anniversary akan datang akan ada lagi percutian yang lebih menarik, Insya Allah......