Nuffnang Ads

Khamis, 10 Mei 2012

Borongan itu

Ini adalah sambungan entry kita Hasil bersesak-sesak. Korang nak tahu tak apakah hasil borongan kita masa di pesta buku hari tu?

Disebabkan orang terlalu ramai dan bersesak-sesak hanya ini sahaja yang dapat kita borang.

Buku pilihan Harith
Harith ni cerewet sikit nak pilih bahan bacaan dia. Dia suka komik, kita pulak tak suka dia baca komik. Maka memang payah nak dapatkan bahan bacaan untuk dia. Mana yang kita rasa sesuai untuk dia, dia pulak tak berkenan dan bila dia berkenan, kita pulak tak berkenan. Akhirnya hanya 2 buah buku sahaja untuk Harith.

Dengan orang yang super duper ramai tu, tak kuasa nak mencari buku untuk dia lagi.

Buku pilihan Adriana
Adriana berjaya memilih 3 buah buku. Dah namanya perempuankan, cover buku pilihannya semua pun ada warna pink.

Buku untuk kami sekeluarga
 Buku untuk aktiviti kami sekeluarga. Nak tengok sape lebih cekap.....hehehehe

Buku untuk bacaan kita dan Sayang

Buku pilihan kita
 Dah inilah kesemua hasil borongan kami pada pesta buku baru-baru ni.


Tiada ulasan: