Nuffnang Ads

Jumaat, 4 Mei 2012

Samprit

Korang tahu apa itu samprit? Cuba fikir betul-betul.....pernah dengar tak perkataan ni? Apa, dah ingat dah? Mesti korang kata kita ni dah kemaruk nak raya sebab sebut pasal kuih samprit ni kan. 

Kuih ni memang popular bila menjelang perayaan jer dan masa tu la ramai orang cari untuk persiapan kuih raya kat rumah memasing.

Kita bukannya nak ambik order buat kuih ni dan untuk pengetahuan korang jugak kita tak pernah pun buat kuih ni dan tak pernah pun beli kuih ni masa raya.

Entah macam mana minggu ni kawan kita ada bagi kita rasa kuih ni. Sekarang ni kuih atau biskut macam ni bukan hanya dijual ketika nak raya jer, bila-bila pun dah boleh dapat. Kalau ko mengandung dan mengidam nak makan kuih raya sebelum raya memang dah tak ada masalah sebab ko boleh dapatkannya dimana-mana dan bila-bila masa okkkkkk.......

Maka bila dah rasa sebiji kuih ni, terasa pulak nak makan banyak lagi. Nak mintak kat kawan kita tu malu pulak. Jadinya kita pun order la melalui kawan kita yang bagi kita rasa kuih tu. 

Kuih samprit

Begitu pantas sekali orang yang buat kuih tu sebab kita order hari Rabu, hari Khamis dah dapat. Sedap tau kuih tu......Sebelum pergi kerja tadi sempat lagi kita makan sebiji dua kuih tu dan masih terasa-rasa lagi kat dalam mulut ni.......(Akak ko ni bab-bab makan memang hoverrrrrr ok........)

Kira-kiranya terlebih awal betul mood raya kita dah sampai kan?

Tiada ulasan: