Seperti biasa, kalau ada cuti tersepit ni family kita suka la buat rancangan untuk berkumpul. Hari Selasa kan cuti hari pekerja. Maka adik kita, Ita merancang untuk mengadakan perhimpunan yang tak berapa nak 'bersih'. Eh eh eh.......tersilap......terbawa-bawa pulak dengan perhimpunan BERSIH baru-baru ni...huhuhu....
Bukan, kami sebenarnya berkumpul bersama-sama untuk beriadah. Kami memang tak ada kena-mengena langsung dengan perhimpunan BERSIH tu ye!!!!!! Harap maklum.......
Seronok tau dapat berkumpul ramai-ramai ni. Kebetulan pulak kami semua tinggal kat area Seremban dan Kuala Pilah, jadi mudahlah kami semua nak berkumpul.
Perjumpaan kali ni semua adik-beradik kita ada termasuk mak dan abah. Meriah uols......Kami buat perjumpaan di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi pada hari Isnin malam. Nasib baik ada sorang suri rumah ni (Ita) nak meng'arrange'kan perjumpaan kali ni. Nak harapkan kita, nampaknya tak menjadilah perjumpaan ni sebab sekarang akak ko ni dah malas nak buat kerja-kerja meng'arrange'kan semua ni.
Seawal 8 malam dah ada antara kami yang sampai di Kompleks Sukan ni dan terus berjogging. Kita tak dapat nak join berjogging sebab kebetulan sakit perut, kalau tak dah pasti 10 pusingan padang tu senang-senang jer kita tawan....huhuhu....(budak poyo yang suka beri alasan........)
|
Adik saje cari alasan dukung Aidil sebab malas nak jogging...hahaha |
|
You see....kemain semangat mak berjogging..... |
|
Mak dan abah berehat sekejap selepas berjogging 8 pusingan padang |
Masa ni anak-anak semua tengah sibuk main kat sekitar padang. Masa ni la peluang dia orang nak bebas dan mak ayah pun tak risau sangat lepaskan anak-anak pergi bermain. Kalau tak, asyik la kena control pergerakan mereka.
|
Along yang poyo...masa tu la nak buat stretching |
|
Dah macam nak merusuh pulak masa ni.....huhuhu |
|
Along yang tak habis-habis poyo.... |
|
Keluarga yang paling lambat sampai....huhuhu |
|
Lihatlah perbezaan saiz yang ketara pasangan suami isteri ni.....sorry bang, jangan marah ek... |
|
Sayang yang kepenatan. Lepas jogging ni nak main badminton pulak dengan kawan-kawannya |
|
Anak-anak main kat playground |
Selepas berjogging, kami semua ke kedai makan untuk menjamu selera bersama-sama. Gambar masa kat kedai makan tak ada pulak sebab asyik la sibuk bercerita aka bergosip.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan