Nuffnang Ads

Jumaat, 1 Julai 2011

Bila dah berkumpul

Selalunya bila ada cuti umum kami adik beradik akan cuba sedaya upaya buat plan agar kami boleh berkumpul beramai-ramai.

Kalau nak harap cuti hujung minggu tu selalunya payah sikit. Bila ada cuti tersepit macam hari Rabu tu, masing-masing cuba sehabis mungkin untuk attend acara yang telah dirancangkan.

Untuk pengetahuan korang hari Rabu adalah cuti umum (Israk & Mikraj) bagi N. Sembilan, Kedah dan Perlis. Walaupun kita kerja di Selangor, kita masih kena cuti sebab takde sesape nak jaga anak-anak kita.

Acaranya adalah pada Selasa malam iaitu bermain bowling (acara kebiasaan) di Jusco Seremban 2. Selain main bowling kami juga selalunya berkelah kalau ada cuti2 tersepit ni.

Korang tahu je la......family kita ni ramai. Adik beradik jer dah ada 8 orang, campur mak, abah, menantu dan cucu......ko kira la berapa ramai. Kalau semua pergi, memang tempat tu akan jadi 'aku yang punya'.....hahaha......(gelak jahat).

Tapi malam tu family Fizah dan Sayang takde. Walaupun kekurangan ahli, suasana tetap meriah (meriah sebab gelakkan balingan bola yang masuk longkang). 

Kita bersama adik (adik bongsu).

Dari kiri : Kita, Adik dukung Hani, Ita dan Ina. (Pelik Hani tengok gigi kita....hahaha...kenapalah besar sangat gigi Mak Ngah ni - mungkin itu kata hatinya....)

Mak-mak yang over (Atih, Kita, Ita, Ina, Hani dan Faiz)

5 adik-beradik perempuan bila bersama (Fizah jer yang takde). Sama tak muka kami?

Ita yang control ayu......
Gambar yang lain-lain tak ada sebab dia orang tengah main lagi. Kita orang dah siap main, sebab tu ada masa untuk bergambar.

Tiada ulasan: