Belasah je la......suka hati kita la kan nak bagi tajuk apa kat entry kita, ye tak? Korang jangan la emo pulak, bagi kita sorang je yang emo okeh.....
Petang semalam, adalah dalam pukul 4.30pm adik kita (Atih) call bagitahu yang adik kita (Ita) ada plan nak pegi main bowling malam ni. Kita ok jer, tapi kena bagitahu Sayang dulu....After call Sayang, dia setuju nak pegi. Sebelum ni pun memang Sayang dah suruh kita call adik-beradik kita ajak main bowling sebab 17.05.2011 adalah cuti.
Tapi kita malas pulak nak call2 ni.....(nanti habis kredit aii uuuu.....) hahaha....boleh tak macam tu? Kita senyap je la....Rupa-rupanya adik kita punya perancangan sama dengan Sayang.
Atih pun apa lagi, sebuk la menelefon adik-beradik yang lain untuk joint aktiviti ber'bowling' tu.
Kami janji untuk sampai pukul 8.00-8.30pm kat Seremban Perade. Malas nak pergi main bowling kat Jusco, rasa macam jauh sikit dari rumah.
Sampai-sampai je kat sana, kami tak boleh main sebab ada tournament. Kalau nak main jugak boleh, tapi pukul 10.30pm....dengan bawak budak2 lagi, takde maknanya nak tunggu sampai pukul 10.30pm. Nak pergi kat Jusco pun kawan adik kita kata penuh....
Bergambar dulu sementara menunggu keputusan plan seterusnya. Mak budak ni menyibuk je kita nak bergambar dengan anak dia..... |
Tengoklah pipi Hani ni dah macam kuih pau. Pipi maknya pun lebih kurang macam pau jugak....hahaha.... |
Akhirnya dengan hujan yang renyai-renyai di Seremban, kami buat keputusan untuk lepak kat kedai burger adik kita yang sorang lagi (Fizah). Husband dia bukak kedai burger (malam jer) kat Seremban Jaya sana.
Mak frust sebab tak dapat main bowling (sape yang frust sebenarnya?) |
Tengah menunggu burger. |
Tak sabar2 nak makan burger sampai tunggu depan kuali... |
3 dara pingitan.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan