Nuffnang Ads

Jumaat, 23 Disember 2011

Jumaat lepas

Hari Jumaat minggu lepas kita telah keluar dari kawasan tempat kerja untuk makan tengahari. Dah lama sangat tak keluar dari kawasan tempat kerja ni untuk makan tengahari.

Nasib baik ada Katie yang mempelawa kita untuk makan kat luar. Kalau harap kita, masih makan kat kantin ni la jawabnya.....Malas nak drive punca tak nak keluar sebab kebiasaannya balik kerja nanti nak drive lagi. Tambahan hari Jumaat biasanya highway PLUS sesak sikit. Kalau hari tu hujan, bertambah lagi la sesaknya.....

Kami makan kat restoran 'Asam Pedas'. Lepas makan tu Katie nak cuci mata tengok tudung kat 'Fareeda'. Punya la ramai orang kat dalam kedai tu. Siap tunggu depan pintu bilik jahitan lagi untuk dapatkan tudung yang terbaru. Tak pernah kita tengok orang 'gila tudung' macam tu. Bagi kita tudung-tudung tu tak la murah, tapi orang yang ada dalam kedai tu punya borong macam dah tak ada hari esok untuk beli lagi tudung tu....

Kami tak beli apa-apa pun kat 'Fareeda' tu. Rimas sebab terlalu sesak dalam kedai tu. Otw balik, nampak pulak Ice Room. Maka menyinggah pulak untuk makan 'Blueberry Snow Ice'.....Dasar perut.....tuuutttttt.......hahaha.......




Kami order satu jer, share......jimatttt........huhuhu............

Tiada ulasan: