Nuffnang Ads

Isnin, 11 Julai 2011

Kawan kita dah balik

Seronoknya pagi ni bila tengok kawan kita dah kembali bekerja. Kita rasa dah hampir 3 bulan tak jumpa dia.

Dia pergi Wageningen, Netherland untuk training selama 2 bulan. Tapi sebelum dia pergi tu, kita pulak mc 3 minggu sebab keguguran. Jadinya lebih kurang 3 bulan la tak jumpa dia.

Pagi ni bila nampak jer dia masuk lab terus jerit-jerit kegembiraan dapat jumpa dia, siap peluk-peluk lagi. Rasa lama sangat la tak jumpa dia. Kita suka berkawan dengan dia sebab dia banyak bagi aura positif kat kita dan dia adalah seorang yang sempoi (bagi kita la, tak tahu la orang lain macam mana).

Bukan la nak memuji lelebih kat dia, tapi kita selesa berkawan dengan dia.

Grace bersama Kak Ijun. Gambar Grace sesorang takde pulak dalam simpanan kita.

Ole-ole dari Netherland.
Terharu kita sebab dia bagi kita perfume. Ingat jugak dia yang kita ni adalah peminat perfume. Apa-apapun selamat bekerja Grace, love you.

Tiada ulasan: