Nuffnang Ads

Selasa, 3 April 2012

Semputmaknak

Tarik nafas dalam-dalam........Semput rasanya....tapi kita ni bukannya semput asthma tau tapi semput nak menghabiskan citer pasal percutian kita ke Cameron ni. Perginya 3 hari 2 malam jer, tapi citernya...........kemain la panjang berjela.

Abih camano.....gambarnya pun banyak. Rugi pulak rasanya kalau tak share dengan kawan-kawan. Mana la tau kalau boleh dijadikan panduan untuk kawan-kawan yang baru nak pergi ke sana......

Hari tu kita pergi ikut Simpang Pulai dan balik pulak ikut Tapah. Saje nak tahu jauh sangat ke beza jarak perjalanannya.

Bila balik ikut Tapah maka boleh la kami menyinggah ke Ladang Teh dan kawasan air terjun Lata Iskandar. Sebenarnya anak-anak dah pening kepala duduk dalam kereta lama sangat dengan jalan yang berpusing-pusing tu. Harith siap cakap "takde kapal terbang ke kalau nak pergi Cameron ni?"

Kita suruh dia orang tidur dulu bagi mengelakkan mereka pening. Tapi sebelum tu dah bagitahu yang nanti akan lalu kawasan air terjun.

Bila sampai jer kawasan air terjun tu anak-anak masih tidur, tak sampai hati pulak nak bangunkan mereka. Tapi memandangkan tadi dia orang beriya nak tengok air terjun maka kita bangunkan jugak.

Muka budak baru bangun tidur

Takde mood lagi nak pose

Gembira dia orang dapat main air

Dah mula 'panas'....baru la boleh pose
Nasib baik mereka tak meragam bila kita bangunkan tu. Memang dia orang nak tengok air terjun tu. Kemain suka Harith dan Adriana bila dapat tengok air terjun dan minta nak mandi sekali......Ohhh...no no no.....tak boleh mandi disini.....

Kita rasa setakat ni je la citer pasal percutian kita ke Cameron. No more sambungan kesah ke Cameron ni. Akak ko ni pun dah nak termuntah untuk menyiapkan entry ke Cameron ni. Korang pun tak payah la nak muntah sama membaca kesah Cameron ni lagi.

Daaa.....


1 ulasan:

Lynn berkata...

Memang la akan muntah kalau ikut Tapah..Ijan sampai bertaubat tak nak ikut jalan situ..hehe..