Siapakah penggemar teh 'O' tegar? Korang jangan tak percaya pulak bila kita bagitahu nanti...Harith adalah menggemar tah 'O' tegar. Boleh dikatakan pagi, petang, siang, malam nak minum teh 'O'. Tak kira la sama ada sejuk atau panas.
Itu bukan la bermaksud maknya hanya pandai buat air teh 'O' sahaja. Minuman kegemarannya itu tidak ada kena mengena dengan mak nya dan bukan bermaksud kat rumah tu tiada minuman lain selain teh tau.....
Disebabkan Harith dah suka minum teh tu maka ketika di Cameron (motif sebenar nak citer pasal percutian di Cameron yang masih belum selesai) kami singgah la ke ladang teh. Nak tunjuk kat dia macam mana rupanya pokok teh tu.
|
Harith ajak jugak turun ke bawah sana untuk tengok pokok teh dengan lebih dekat, tapi kita adalah malas ketika itu |
|
Adriana tengah control cun |
|
Harith & Adriana |
|
Apakah yang Sayang cuba lakukan itu? |
Kat sini kita ada jugak la beli teh untuk stok kat rumah walaupun banyak lagi teh kat rumah tu. Nampak gayanya setahun ni kita minum teh je la.....huhuhu....
|
Kita dengan Adriana |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan